Kemensah Waterfall

>> 22 June, 2009

Kemensah ni dekat belakang Zoo Negara jer.
Sungguh la tak ku sangka belakang tu ada air terjun yang best gak.

Takyah ler pepenat nak pegi Sg Congkak ke.
Wat sakit badan.Ni dekat jer sejengkal.

Lepas abahsyasya sampai.
Baju pun sampai. Kasi tukar itu baju.

Kecebummmm!
Masuk dalam air laa.
Ape lagi mau tungguuu?

Biar gambar bercerita bley?

..................

Kolam yang orang beramai-ramai mandi ni asalnya kolam ikan.
Tokey chalet ni dah kasi tukar.
Jadi macam swimming pool.
Tapi.
Guna air gunung.
Best giler. Air jernih.


Abahsyasya, mamasyasya & Syasya

Sonot giler mandi. Air tak sejuk. Air gunung.

Bebudak tu tengah main bola Syasya, tapi derang takpe, derang sedara, aku tak kisah.

Swonot giler lah mandi. Aku yang tak berapa geti nak enjoy main air pon leh enjoy. Sebab. Air tak sejuk.

..................

Sudah tentu la ada air sungai dengan air terjun.
Syasya tak berapa minat nak mandi sini.
Dia lebih teruja nak mandi tempat ramai owang itu~


Aik? Menguap Syasya? Ngantuk ek? Mana tak ngantuk, dari pagi sampai ke petang asik main air jer.

Biasa la, ada sungai ada la jembatan. Kalau tak camne nak cross?

Pose tepi tempat takungan air sungai. Ada kolam dalam tepi tu. Lebih 6' dalam dia.

Lepas mandi air sungai, leh mandi air bersih kat shower tu. Sumber asli. Tidak mengandungi klorin.

Ye. Sedang mandikan Syasya pakai shower itu.

Ni seme kerabat kitaorg konker. Ye ler. Kata sewa chalet tido sini. Memang kitaorg la yg ada sejak dari pagi.

Ni kolam yang dalam itu. Taktau berenang, takde pelampung, jangan nak try. Jadi arwah kang.

Sempat gak TokMat Syasya berpancing-pancingan. Ada ikan sungai manyak woo..

Ni la chalet kitaorg. Leh terjun terus masuk dalam air. Tapi. Takdela nak buat gitu.

..............

Lihat, Syasya tidak takut lagi

Konsepnya.
Syasya macam sudah ada berani mandi pool semula.
Bagus kan.
Nanti boleh ler bawak Syasya lagi.

Coretan: Ini kisah di siang hari.


9 komentar:

jijah 4:43 PM  

woohoo...giler seronok..seb baik ko tak letak video kat sini, harus aku download, masuk dlm henpon, pasu tunjuk kat abg ma...

oh tidak..rasa kerterujaan nak ke sana la...adakah tempat itu sememang nyer bes, ataupun, nko pandai memancing keseronokan kami semua dengan membaca entry ko kali ini..

walau apa pun, aku sgt ecited dgn air nyer yg nampak mcm sejuk, tapi tak sejuk tu...giler nyaman gittew..

jellyna 5:23 PM  

cadangan saya:
lom cuba lom tau.
jadi.
cubalah try test.
kalau tak best.
takyah dah pegi lagi.
kan?

Mak Ton 11:29 PM  

sonoknye!!!!
cantek gak tempat nye....
mcm nk g situ gak la...

zamreen 5:55 PM  

owh best gak tempat ni rupeny, sebelum ni dgr member2 citer cam x caya until tgk gambar2 nie... kepingin gak mau pigi...

ninasani 3:58 PM  

ada contact number tuk booking tempat tu...

hany,  11:47 PM  

waaa ..bestnyaa ..chalet ni kat bahagian mana ? kemensah tu besar... teringin nak pi ni ..

Miss b 2:15 PM  

kak.

camne akak booking tpt ni.

saya gugel x jumpa la.

mieyra 3:29 PM  

akk....mintak tlg nk tau cmne nk p ke tmpt.smp je kt zoo,nk hala kemana.dlu pnh pegi tp xjmpe.end up pegi sungai air cetek je.if ade number tmpt ni..bleh bg x...terima ksih byk2

jellynajal 11:11 AM  

hi sume yang berminat nak pegi ke Kemensah Waterfall ni, sorry ye tak reply komen.. no contact leh tengok kat blog ni.. blog husband sy.. :)
http://abahsyasya.blogspot.com/2009/06/chalet-warisan-rimba.html

cara nak pegi, masuk jalan nak zoo negara yang sebelah kanan tu, straight jer, kita akan lalu perkampungan, makin lama jalan kecik.. simpang nak masuk ke chalet tu sebelah kiri tapi tak ingat landmark sebelum nak sampai situ. leh try call la chalet tu yek tanya directions. time kasih. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP