MEDALJ pot with lid - dari seorang kawan

>> 05 June, 2009

Malam tadi seorang kawan datang rumah.
Dia datang semata-mata nak hantar birthday present aku.
Diulang...
Birthday aku.

Sebelum tu dia ada mesej, dia lupa nak bagi hadiah birthday aku tu semasa dia datang rumah bagi hadiah Syasya.
Dalam mesej tu dia cakap, hadiah birthday aku tu ada dalam wishlist aku.

Wahh, hati agak berdebar.
Sebab wishlist aku yang tinggal tu agak mahal-mahal jugak.

Ada gak yang mencecah ribu harganya.
Takkan kawan aku tu nak bagi yang ribu-ribu lak, baik dia beli untuk dia kan?
Ish, tapi kalau nak bagi...
Aku terpengsan la kejap, pastu aku amik rampas terus tanpa perlu berpaling lagi, konsepnya.

Pastu tengok balik kat wishlist. (Aku ni memang bersifat curious, ingat tahu, huhu)

Jeng jeng...
Aku rasa aku tau kawan aku tu nak bagi apa.

Bila dia sampai depan umah, dia bagi hadiah, aku senyum.
Hehehe.. memang wishlist aku tu.

Masa ni lom bukak lagi la kan plastiknya..

Mekasih banyak-banyak Yas.
Aku sangat-sangat menghargai hadiah ko ini.

Setelah plastik dibuka, inilah dia.. MEDALJ pot aku.
(Gambar kena edit, sebab terpantul muka tukang amik gmbr)


Aku akan masak selalu (ye ke?).
Dengan periuk yang cantik ini (cam sayang pulak).
Ala-ala modern kontemporari punya periuk.
Nak masak pun terasa hebat. Lalala...
Aku memang sukaaa sangat!

Vavava, testing jap letak atas hob

Mekasih sekali lagi Yas! Lalalala (sekali lagi)

Aku pun ada menda nak bagi kat ko sempena hadiah birthday & sempena ko pindah umah. Aku tak tau wishlist ko sebab ko takde blog, tapi aku harap ko akan suka nanti. Tunggu ko pindah masuk dulu yek..

Coretan: Dah boleh potong satu lagi senarai wish.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP