Port Dickson - Part 2

>> 09 June, 2009

Kisahnya.
Misi ke PD kali ini nak merawat kulit Syasya yang gatal-gatal itu.

Maka.
Seharusnyalah Syasya perlu dimandikan di air laut yang masin itu.

Percubaan pertama untuk mandian di laut.
Petang selepas check in masuk hotel.

Malangnya, mandian itu hanya berjaya selama lebih kurang 15 minit sahaja.
Syasya terjerit-jerit ketakutan dalam air laut tu.

Dan Syasya pun berlari ke pantai...

Tengok muka pun tau.

Dan selepas itu, kami ke swimming pool...

Sama la jugak kes, terjerit-jerit dalam swimming pool.
Apesal la budak ni. Budak lain suka main air. Syasya terjerit-jerit. Bengang betul la.

Sebenarnya Syasya ada kes bermain air dalam swimming pool dekat nak terlemas.
Tu sebab dia sangat la phobia.
Kisahnya.

Ok. Cerita mandian petang itu tamat.

Hari pun dah malam.
Kitaorg pekena seafood kat kedai feveret aku.
Ceh. Feveret konon.
Macam la selalu pegi PD. Huahua.
Tapi memang kedai feveret kalau pegi PD sejak member aku, lecturer polytech kenalkan.
Beberapa tahun yang lalu.
Masa semua masih bujang-bujang belaka.

Nama kedai dia M.A.R Seafood.

Kalau ada yang bawak budak kecik.
Kalau rasa-rasa nak pakai baby chair.
Sila cakap bahasa melayu.
Mamat tu tak paham...

Aku tanya baby chair dia kata takde.
Pastu aku tengok kat tepi sink tu ada.
Pastu aku cakap la, tu ada, "kerusi budak" sana tu.
Baru dia pegi amik.

Hehehe...Sori. Syasya pun panggil "babychair". Dah terbiasa. Senang sebut berbanding menyebut "kerusi budak".

Ini feveret dish aku - Siakap Stim Kukus Limau
Fuhh, kesedapannya sangatla best. Hirup-hirup kuah masam dia tu. Iskkk..Tertinggal dalam mulut perisa masaman itu...Slurppp!

Ini menu cobaan. Ketam masak pedas. Ahh, memang dah lama nak makan ketam. Memang best. Bulan mengambang, isi ketam penuh. Sedappp, I sker ketammm.

Kerabu sotong. Sedap la, memang rasa dia macam ni kalau yang sedap.

Ada lagi menu lain.
  • Udang goreng tepung - standard la rasa dia. Sebab goreng je kan.
  • Kailan ikan masin - pun standard rasa yang sedap.
  • Sup daging - Syasya makan licin. Kalau licin, maknanya sedap.
Punya banyak menu yang diorder sebab begitu la lapar nasik.
Siang makan ayam yang tak berapa puas.
Jadi. Malam begitu menantikan makanan ini.

Abis tinggal tulang, kulit ketam, sisa-sisa daun je. Ilekkk, licin. Berpeluh-peluh, kuar air idong memasing.

Habis dah cerita malam.

Keesokkan harinya.
Breakfast kat hotel la.
Biasa la. Semua orang dapat bekfes kalau tinggal kat hotel.

Syasya makan cornflakes with milk.

Betapa tak bestnya pilihan makanan bekfes kat sini.

Dah membayangkan scrambled egg, baked bean dimakan bersama roti (Macam la tak bole buat sendiri, tapi feel makan kat hotel tu lain...).
Tapi yang ada roti bakar dengan jem je.

Menu-menu lain, nasi lemak, kuetiau goreng, etc (Biasa-biasa je, tak best)

Makanan tak banyak choice pun, meja penuh gak, hehe.

Lepas bekfes.
Percubaan kali kedua memandikan Syasya dengan air laut.
Kalau tak nanti, tak baik gatal-gatal dia tu.
Tak tercapai la misi nanti.

Kebetulan air tengah surut time tu.
Ok. Terpaksa pergi ke tengah sikit.

Senyum paksa yang dalam hatinya cuak gile

Menangis ketakutan di tengah lautan.

Syasya punya menangis.
Masya-Allah.
Sampai ke tepi pantai.
Nenek Syasya yang tengah nak tido kat tepi pantai pun dengar Syasya punya tangisan.
Alahai.
Macam budak kena dera.

Cuak pon, peace & senyum tetap ada.

Tapi.
Nak buat macam mana.
Kena gak mandi.
Jerit pun jeritlah.
Mesti orang lain kata makbapak budak ni tak guna betul.
Paksa anak mandi laut.
Adalah dalam setengah jam kot.


Untuk memujuk hati Syasya yang lara.
Bawak la ke swimming pool pulak.
Macam la dia berani.
Semalam kan dia terjerit-jerit jugak.

Wah, gembira nampaknya Syasya?

Akhirnya.
Setelah diperlakukan dengan mesra oleh mamasyasya di dalam pool.
Akhirnya.
Syasya boleh terima sikit-sikit dah bermandian di dalam pool.
Sedikit sebanyak cuaknya hilang.
Ada sikit je lagi elemen cuak tu.

Pose sekuarga yang tak berapa best.

Ish.
Aku pulak bole bawak selai je tudung.
Yang tudung semalam tu, tudung susah nak dapat, aku takmo la wat pakai ganas-ganas.

Maka.
Terpaksa aku pakai tudung yang sama.
Dari pagi hingga ke petang hingga ke malam.

Babai PD... Jumpa lagi...

Tamat.
Inilah kisahnya percutian satu hari satu malam kami sekuarga di Port Dickson.

Harap gatal-gatal Syasya tu sembuh la hendaknya.
Walaupun sekejapan aje rendaman di dalam air laut itu.

Coretan: Alhamdulillah. Gatal-gatal Syasya memang dah baik.

10 komentar:

jijah,  8:51 AM  

aku rasa mcm dejavu bila tgk siakap limau tu....ahhaahaha...rupanya, aku dh baca kat blog zeri....

jijah,  8:53 AM  

cakap kat syasya, ammar pon takut air gak, tapi dengan berkat kesabaran dan kasih sayang mama, berjaya gak aku masukkan dlm kolam. skrg nih, sket2 nak gi swimmming. pantang cuti...

jellyna 9:17 AM  

eh cerita aku ni terbalik, patut makan malam dulu, pastu baru mandi pantai, ni la kes apdet tgh malam buta, tak sedar

rohamia 9:25 AM  

wahhh...seronoknye....La ciannye sasa...phobia...xpe untie dulu pn phobia gak...tp bile dh besar dh okay..tp still phobia skit...w/pn dh reti swim tp tak berani nak swim tempat dlm..kena make sure ujung jari kaki bleh sentuh lantai pool br okay...hehehe...

zulfarina zulkeple 9:31 AM  

sian syasya...ikan siakap n ketam tu mmg nmpak sedap...patut cuba nnti nih..

evyn4ever 10:04 AM  

ala comei syasya nangis tgh laut..mcm kita gak kecik2:)) yer la bila kita diri kt air tu terasa bergerak2 bdn kita..huhuh

jellyna 10:13 AM  

ramai rupanya yang macam syasya, nampaknya syasya tidak keseorangan, hehehe

abahsyasya 11:10 AM  

siakap stim kukus limau..hmmm..macam jalan sekapur sireh road plak...

kazaztan 2:51 PM  

ramai jal... haziq pun... smpi skrg pon ada rasa cuak...cuma bila tgk adik yer kecebur aje die mcm berani skit..ehehhee

jellyna 2:32 PM  

mesti syasya suka kalau dia bole baca komen-komen ini..hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP