Sambal Sabah

>> 16 June, 2009

Aku pun taktau apa nama sambal ni sebenarnya.
Yang penting resepinya aku dapat dari x-housemate aku masa stadi dulu.

X-housemate aku ni orang Sabah.
Dia menumpang sekejap je rumah sewa aku dulu.
Rajin jugak masak lauk-lauk Sabah dia.

Salah satu resepi, ikan stim sambal.
Orang Sabah masak memang jarang guna minyak.
Kebanyakan resepi semua stim.

Tapi.
Resepi yang aku nak bagi ni pakai gak ler minyak.

Sikit jer.

Udang kering, bawang merah, bawang putih, cili api & taucu.

Tumbuk kesemua bahan kecuali taucu hingga lumat.

Selepas itu.
Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan & masukkan taucu.
Masak sehingga dekat-dekat nak garing (jgn garing sangat, nanti sambal jadi kering).
Letak garam, gula, serbuk perisa.

Dah siap..

Sambal ini sedap dimakan bersama nasik macam kita makan sambal belacan, cencalok, budu atau tempoyak.
Tapi.
Aku suka ratah je.

Coretan: Dapat gak resepi Sabah seketul.

1 komentar:

abahsyasya 8:41 PM  

oh..makanan ke tu? ingatkan ntah ape bende..sori..dah selamat ke tong sampah...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP