Syasya dan biliknya

>> 11 June, 2009

Minggu lepas Syasya bersama abahsyasya mengecat bilik.
Ye la.
Abahsyasya kan cuti sekolah.
Apa je yang dia nak buat kat rumah.
Baik cat bilik Syasya.

Memula bentang sokabar. Nanti cat meleleh kena lantai.

Cat bilik Syasya ni pun dapat free.
Uncle Bad Syasya menang contest Casa Impian apa ntah.
Dapatla voucher cat Nippon harga rm100 yang membolehkan kita menebus cat berharga rm100 bersamaan dengan cat 5 liter.

Syasya pun mula mengecat. Acah mak enon je tu. Kasi can.

Umah Uncle Bad Syasya semua dah dicat.
Jadi dia tak perlukan cat itu.
Dia beri kepada kami.

Dan.
Kami dengan segera menukarkan voucher itu untuk mendapatkan setin cat.
Khas untuk bilik Syasya.
Tu sebab pilih kaler pink.

Trenggg, dah siap cat sebelah. Suka Syasya.

Sekarang ini dinding bilik Syasya sebelah dah kaler pink.
Bila ntah dinding lain nak kaler pink pulak.
Cat feature wall nanti la beli lain.
Tunggu ada duit terpijak ke, duit free ke jatuh dari langit.

Antara menda yang ada dalam bilik Syasya

Bilik Syasya ni kosong je sebenarnya.
Yang ada wardrobe putih, almari Syasya masa kecik, meja komputer abah (yang komputernya boleh buang ke laut) & slider Syasya.

Nanti la mama belikan Syasya katil warna putih yang cantik ye...
Sikit-sikit la beli.
Sabar ye Syasya.

Coretan: Ada gak Syasya bilik tapi tak bole tido lagi la. Lom complete.

2 komentar:

zulfarina zulkeple 2:08 PM  

Tuh la igt kot syasya dah tido sowang2 berani nyer dia..

rohamia 5:19 PM  

nice..buat wdrobe putih...then beli yg len pn kaler putih....ikea punye pn comei....mesti sasa suka..kan kan..sasa kan....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP