Tempat makan best di KL

>> 19 June, 2009

Sebenarnya.
Semalam lagi dah ajak abahsyasya nak pegi makan stimbot kat KL.
Akan tetapi.
Semalam abahsyasya penat.
Maka.
Takde la pegi.

Hari ni masih terasa nak makan stimbot tu jugak.
Maka.
Ajak la abahsyasya sekali lagi.

Sampai-sampai je terus menggelabah pilih. Feveret abahsyasya - hati ayam.

Kebetulan Syasya hari ni tak pegi Taska Amira.
Syasya ikut nenek dia pegi jenjalan.
Jadi.
Neneksyasya pun ikut sekali dengan kazen abahsyasya juga.

Syasya makan hotdog jer seketul.

Dah lama betul tak makan stimbot kat sini.
Dulu pergi meja (memang ada meja je) dekat depan Bisik Bistro.
Skang Bisik Bistro pon dah takde, dah tukar dengan ape ntah.
Meja stimbot ni pon pindah.
Depan Maybank Ampang Park.

Ni gambar terbaik yang aku dapat snap. Giler blur.

Lepas makan stimbot.
Perut masih tak berapa kenyang.
Ke kedai feveret kat Jalan Travers, Desa Pandan pulak.
Pekena nasi goreng RM3 yang selambak & sedap.

Nasi goreng kedai ni.
Malangnya.
Masakan malam ini tidaklah berapa ada 'kick'.

Selalu kitaorg pegi makan siang.
Memang lazat nasik gorengnya, ketiau gorengnya kaw kaw.
Meleleh air idong makan.

Bila datang malam.
Rasa ada kureng sikit.

Pakcik yang pakai baju putih kat belakang tu tukang masak kedai ni.

Tak berenti bercakap Syasya, terpaksa orang dengar jer dia menceceh.

Kesimpulannya.
Sila datang siang kalau nak rasa yang sedap.
Boleh ek camtu?
Entah?

Coretan: Kena pegi siang lak kedai ni. Tak puas ati makan malam tadi.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP