Besday Nenek Klang Syasya

>> 28 July, 2009

Sempena besday nenekKlangSyasya.
AtukSyasya belanja makan sate + nasi ayam + ABC keluaran Gerai Abang Leman.

Kedai makan ni memang feveret famili kitaorg kat Klang sejak kecik lagi.
Sejak kecik lagi dah makan nasik ayam Abang Leman ni (dah arwah dah pakcik ni...)

Kedai makan dia dah wujud since 1975 lagi.
Aku sendiri pon lom lahir lagi time tu.

Sate, ABC & Nasi Ayam punye kuah-kuah.

...............

AIR BATU CAMPUR

ABC Gerai Abang Leman aku rasa adalah yang terbesttttt sekali yang penah aku makan.
Takde lagi kedai kat Mesia yang boleh celen la ABC kedai ni.
Hebat ek, kat Mesia tuhhhh.
Seriously.
Memang sedap gilerrrrr (tekak aku).

Tak caye, tanya abahsyasya.
Abahsyasya pon akan kata sedap gilerrrrrr (tekak abahsyasya).
Abahsyasya pon memang tak bole missed ABC ni .
Tiap kali balik Klang, mesti nak beli.
Ish. Memang terkonang-konang den rasa ABC nye.

.................

NASI AYAM

Ni la nasik ayam Gerai Abang Leman.

Nasi ayam ni la nasi ayam kedai yang aku makan sejak kecik.
Memang feveret aku nasi ayam ni.
Of cos. Feveret satu famili haku jugak la.

Nampak kaler nasi cam pudar-pudar je.
Tapi memang la sodappp nasik dia.
Aku lom penah makan nasi ayam yang nasik dia rasa camni (Maybe aku yang tak jumpa).
Kalau nak try test tiru buat sendiri pon macam tak reti la.

Alamak.
Tetibe aku sendiri terliur. Padahal baru je makan nasik ayam itu.
Terkenang bau nasi ayam nih.
Cissss.

Jadi.
Sape yang nak try.
Sila pegi Port Klang ek.
Gerai Abang Leman tu terletak di Port Klang...

.............


Tengok la moncong Syasya hirup sup.

Hmmm...
Apa budak ni makan ek?
Nampak beria-ia.

Yeaah.
Mee soto Abang Leman.
Syasya memang suka sup (like momma like doter).
Kalau sup sedap lagi la, makan tak pandang kiri kanan.

Oopss...Ape kat tangan nenek tu??


Ooopss.
Dalam sup ada kaki ayam
Anak aku suka makan kaki ayam jugak.
Ekekekeke.
Sape geli nasib ek (tau ade owang tak sker).

Kitaorg memang makan je kaki ayam.
Ok jangan geli.
Aku dulu pun tak makan gak.
Sejak sape ntah introduced, tetibe sedap plak.
Huhuhu.

Coretan: Terasa lapa lak nih~

4 komentar:

iekaNmie 8:17 AM  

jal....ko ni buat org terliur lak.... kt mana kedainya kt port ni??? sila la bg alamat penuh ...kalo boleh beserta map sekali........ ahahaha....

jellyna 10:08 AM  

ieka,
kedai dia kat tmpt2 makan depan bus stand port klang tu, kedai dia ngadap umah KTM buruk tuh

iekamie 12:44 PM  

nama kedai tu gerai abg leman ke??? tak sabo dah nk ke sana ni

jellyna 2:04 PM  

ieka,
a'ah, nama kedai dia Gerai Abang Leman -signboard kaler oren tak silap aku.
ko try la makan, kalau ok, ok la kan..
kalau tak ok, tekak kita memang lenlain, hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP