Crocs Outlet, The Mines

>> 08 July, 2009

Akhirnya...
Kepergian jugak.
The first CROCS Outlet in Malaysia.
The Mines, Level 3, New Wing.
Sila pegi.


Ok.
Masuk-masuk je nampak deretan kasut Dora ni.
Syasya terus menerkam.
Bajet dia akan dapat ke?
Sori ek Syasya.
Syasya dah ada Crocs Dora Uptown.
Tunggu buruk dulu, baru bole beli yang baru.

Menggelabah Syasya tengok banyak Crocs Dora ni.

Dengan susah payah dia bukak Crocs Dora sedia ada dia...Nak try Crocs Dora tu.

Berjaya jugak dia pakai akhirnya. Dapat bile jalan of cos la terjatuh. Hanger tu kan ke tak bukak lagi. Pastu abang jaga kedai tolong bukakkan untuk Syasya...

Dan.
Abahsyasya juga mencarik-carik Crocs Profesional yang konon dia nak beli original.
Memang ada.
Tapi kaler la takde.
Ye la.
Nama pun Crocs Outlet.
Yang mana ada je la.

Crocs untuk lelaki memang banyak gak la jenis.
Tengok je la yang tergantung itu~

Tengah tengok Crocs Profesional

Konon nak beli kasut ni nak wat pegi keje. Tapi, testimoni abahsyasya, Crocs memang best yang cam siper je. Bile kasut tak besh sangat.


Dan juga.
Kan mamasyasya sorang je takde Crocs.
Untuk pompuan memang takde choice sangat.
Boring sikit.
Yang ada Crocs Mary Jane.
Takde dalam senarai mamasyasya pun sebenarnya.

Tapikan.
Sebab semua Crocs kat Outlet ini semestinya ORIGINAL.
Maka.
Mary Jane pon Mary Jane lah.
Mamasyasya rembat gak seketul.
Bley?

Comel gak ape bile pakai?

Dalam banyak-banyak kaler.
Last-last pilih kaler Silver ni.
Boleh matching ngan banyak baju.
Mary Jane Silver tinggal 2 ketul je pon.

Aku sebenarnya selalu nampak ada sorang minah Arab ni.
Hari-hari jalan kaki kat tepi Jalan Ampang tu.
Aku selalu perhatikan dia (time kete benti).

Dia pakai pakaian jubah Arab (bukan kaler itam, kaler corak-corak).
Pastukan, dia pakai Crocs sebijik Mary Jane kaler silver ni.
(Camne aku tau tu Crocs ori? Aku tau la, aku kan pengkaji Crocs, eceh konon)

Ok jer dia pakai.
Tak nampak janggal pon.
Dan nampak begitu selesa sekalik.

Jadinya.
Aku anggap dia idola aku la ni.
Tu pasal aku nak beli Crocs cam dia.
Huhuhahahihi.

*Teringat pulak kasut Sommerset Bay Syasya kaler silver yang kiut itu.

Baru beli..

See the price?
Hage sebenar: RM129.
50% off = RM64.50
jerrr
....


Dengan Mary Jane aku ni nanti..
Bole la aku letak Jibbitz yang comel-comel.
Kasi berseri aku nye Crocs.
Wah wah.
Poyo nampak??

MaksuEnoi Syasya pon nak Jibbitz ni.
Takpe, nanti aku belikan untuk dia seketul dua.

Kaunter Jibbitz.

Loads of Jibbitz.
*loads = Informal. a great quantity or number


Ok.
Itu saja cerita Crocs.
Mesti bosankan asyik citer pasal Crocs je.
Nasib lerrrr...

Babai Crocs Outlet. Nanti kitaorg datang lagi ek.

Oh lupa.
Time kasih kepada kazen aku yang share info pasal Crocs Outlet ni.
Thank you very much!

Oh lupa kali kedua.
Crocs pertama aku ni abahsyasya yang banjer.
Mekasih banyak-banyak abahsyasya!

*Peringatan: Ini adalah Crocs Outlet. Jadi tak semestinya design yang diidamkan ada kat situ. Sebab ni sume stok-stok tak abis, tak laku kat butik. Yang penting Cros sini Crocs Original yang 50% off. (Tetibe risau nanti orang salahkan aku promote lelebey)

Coretan: Ada orang tak suka Crocs. Kasut banjir katanya. Tapi aku suka. Citarasa lain-lain. Hehehe..

8 komentar:

zamreen 2:57 PM  

hehe thx for the acknowledgement (cheh perasan!!!)

sharing is caring :)

suhanazainal 3:31 PM  

oo patutla kemarin aku sms tanya kat mana location kedai crocs kat mines ko tak reply. nak apdet kat blog ye.
btw thanks for the info. akan ku serbu mines dgn kadar segera. serbu je la. beli belum konfem. tengok2 kot2 alice ade kat situ.

jellyna 3:37 PM  

kak arin:
mesti kasi acknowledgement kat sesapa yang promote.

sue:
lahh sue, ko ke yang msg aku tu??? aku tak kenal nombor tu, ko dah tukar nombor ek?
aku tak reply sebab dah kol 10 lebey baru aku baca, aku assumed orang yang msg aku tu dah selamat ke Crocs Mines. hehehe...

by the way, Alice tak banyak, aku pegi ada 4 jer, size pon size 4 jer tinggal...

rohamia 4:51 PM  

haha..sue upanye yg msg ko jal....

suhanazainal 5:11 PM  

oit aku tak pernah tukar nombo fon sejak mule2 pakai henset pade 2001. timekasih jal.

jellyna 5:19 PM  

abis tu, takkan aku takde nombor ko kot? macam tak percaya lahhh (style little einstein versi melayu)

suhanazainal 3:19 PM  

jwpn 1: abis tu?! (style mao carik pasal tak sudah2)

jwpn 2: ahh...forget it. biasela aku pon selalu tak kenal sape yg sms aku. kadang2 aku belasah aje reply jawab soalan dia walaupun aku tak tau dia sape. kemudian2 baru aku cek balik kat henset lame aku. chuop rupenye. sori chuop, aku tak sempat nak transfer nombor ko ke henset baru. hehe.

Mak Ton 11:44 AM  

nak crocs yg 50% gak...
bila la aku nk g the mines nih??
jeles seh tgk jal nye...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP