Crocs - Saya sudah menjadi ahli

>> 15 July, 2009

Sewaktu kehangatan membara tentang Crocs di Tanah Melayu ini.
Di kala ramai orang yang telah menjual Crocs di serata Malaysia.

Di mana-mana saje orang asik citer pasal Crocs (kalau sape tak minat, dendiam ek)
Sampai aku tengok history orang search pon dok search Crocs murah.

Aku pon terpanggil untuk men'register'kan diri menjadi member Crocs...

Dapat gak berita-berita terkini Crocs.
(Walaupun bukan nak beli selalu ponnnn)

Aku memang suka je nak register jadi member pape. Nak-nak lagi yang free.
Tapi member sopping-sopping la. Member pertubuhan haram aku takde la nak join.



Abahsyasya pon sebenarnya nak carik Crocs baru untuk dia.

Ye.
Crocs dia skang sudah terlalu buruks.
Crocs buruk dia tu hadiah harijadi aku kepada dia tawun lepas.

Ye.
Dalam banyak-banyak hadiah yang aku bagi dia.
Hadiah harijadi dari aku yang ini lah yang paling abahsyasya manfaatkan sekali.
Yaaa, aku bangga... (stetment poyo)

Kebanyakan hadiah yang penah aku bagi, banyak yang dia tak pakai sangat.
Dengan alasan.
Tak best la, tak sesuai la, sempit la..
Eh jap.
Ada ke ek hadiah lain yang aku bagi abahsyasya??
Fikir jap... Lalalala...

Hishhhh, buruks nyerrrr!

Semasa masih baru, memang cun (biasa ler, sape plak yang belikan?)


Ye abahsyasya.
Beli la sendiri Crocs baru anda tu yek.
Outlet kan ada.
Hehehe.

Coretan: Tak abis lagi rupanyer citer Crocs. Hik hik hik.

7 komentar:

i.z.m.a 2:29 PM  

http://ohkedaionline.com/

Kat sini ada buat bulk order crocs ori murah2..

jai.jezz ^.~ 4:40 PM  

mahal yerk crocs ni..??

jellyna 4:46 PM  

izma: nak suh kak ijai jual crocs ke??

jezz: yg untuk abahsyasya ni mahal la jugak... http://www.crocs.com.my/footwear_detail.php?mainID=51

i.z.m.a 5:53 PM  

takyah jual.. tapi org tu selalu buat bulk order (amik order secara beramai2). mana la tau ada yang berkenan di hati.. tapi kena reg kat site die tu. nanti die bagi info kalau bulk tu re-open.. kalau nak meniaga pun apa salahnya. kite kan satu kuarge otak bisnes!! :P

Mohd Riziqin Hill 9:10 PM  

wahhh tahniah..

akhirnye cite mengenai crocs smpai ke penghujungnye..

happy ending rupenye..
hehe~

abahsyasya 11:27 PM  

patut la pagi tadi crocs tu dah berubah tempat, ade sesi fotografi rupanya..

jellyna 9:19 AM  

reez: no no no - the crocs story will never ends....

abahsyasya: hehehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP