Hanya kerana minyak telon Nyonya Meneer

>> 23 July, 2009

Apakah perasaan anda jika seorang kanak-kanak berusia 3 thn telah memijak botol minyak telon ini sehingga pecah dan mengeluarkan minyaknya sehingga kering botol?

Gambar hiasan
*Semasa kejadian, minyak telon tu ada 3/4 lagi isi kandungan.

Apakah akibatnya?

Iyerrr...

Akibatnya.
Seluruh lantai bilik telah diselaputi minyak telon itu.
Di mana-mana saja ada minyak telon.
Pijak sini minyak telon. Pijak sana minyak telon.

Akibatnya.
Kanak-kanak berusia 3 thn itu mendapat beberapa das tepukan manja dari emaknye.
Kanak-kanak berusia 3 thn itu juga bergelumang kakinye dengan minyak telon.
Lantas menjadikan bilik itu semakin berminyak.

Akibatnya.
Emak kanak-kanak itu terpaksa melakukan kerja-kerja amal mengemop lantai yang berminyak.
Ingat senang nak mop lantai berminyak?
Tidakkkk!!!

Akibatnya.
Emak kanak-kanak itu tertekan.
Dah berapa kali mop pon minyak tak ilang-ilang gak.
Kanak-kanak itu pula sudah ketidoran.
Setelah dimandikan hanya kerana minyak telon itu.

Oh tidak.
Meja komputer ni pon ada minyak telon gak?
Eiiiii.

Akibatnya.
Emak budak itu pon akhirnya ketidoran jugak.
Tido dengan tertekan.
Zzzzzzzzzz.

Coretan: Nak jadi suri rumah tapi takmo wat keje rumah. Bole?

8 komentar:

Real Woman 9:15 AM  

hahaha cian nye dia kena mop minyak telon..kalau mama ni, takde makna nak tepuk2 manja..mesti tepukan yg power sikit! hehehe. ye lah..satu hal nak lap minyak tu!! adoi..habis la satu rumah bau telon! anak oh anak..sabar ye ibu!

alia 9:53 AM  

ala...kesian kat syasya..kena tepuk manje ngan mama...hehehe

jijah 10:13 AM  

sabar ye mama...
mama kena search kat internet cara membersihkan tumpahan minyak
ahhahhaahh

agak2 kalau tabur bedak dulu leh membantu tak?

silap2 mop tu pun harus dibuang..

syian syasya... time kejadian mmg kita marah betul, tapi bila tengok dia tido, kesian pulak...

jellyna 10:22 AM  

kak real: ekceli tepukan 'manja'tu~ sambil menangis dia ckp,'Jgn la pukul Syasya, Jgn la marah Syasya'. Huhuhu. Gerammnyerrr kat dia time tu. Memang satu hal nak mengelap tau!

alia: memang 'manja' sangat tepukan itu~

jijah: tabur bedak. hmm..betul gak ek. aku coba malam ni gak. masih minyak lagi lantai tu. budak-budak time tido muka memang muka baik, oh la anak...

chuopa 1:48 PM  

bau minyak telon tu best tak? sbb qaseh ade pecahkan perfume aku. tak kena marah sgt sbb mmg tak suka sgt perfume tu pun. ahahaha

jellyna 2:15 PM  

chuop,
kalau perfume pecah aku marah gak kot tp tak marah seteruk aku marah minyak telon tumpah. perfume meruwap.

tapi ni minyak tau, minyak. minyakkk seluruh tmpttt

suhanazainal 1:24 PM  

huhu...mak budak berumur satu tahun pun telah melalui pengalaman yg sama. bezanya pemecahan itu terjadi akibat kecuaian mak budak itu sendiri (nak simpan kat rak pastu leh terjatuh lak botol tu ke lantai pastu leh pecah pulak). tiada tepukan manja berlaku kepada siapa2 dlm cerita ini.

jellyna 4:42 PM  

sue, dalam kes ko, kalaupun syamiel yg umo baru sethn jagung yg buat, cam tak sanggup kot nak buat tepukan manja kat dia. sian dia~ huhu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP