Restoran Po' Sen, Kajang

>> 24 July, 2009

Dah bosan la makan kat kedai sama je.
Kitaorg saje JJCM kat tempat lain lak.
Abahsyasya teringat ada satu restoren tersorok kitaorg penah terpegi dulu.
Tapi.
Kitaorg tak singgah makan situ.

Jadi.
Kali ni abahsyasya mengajak pegi ke restoren itu.

Wah.
Sampai-sampai aku agak teruja.
Tempat dia memang agak menariks.
Ala-ala rimba gitu.
Dengan background music yang soothing.
Dengan lampu oren bulat bergantungan di pokok-pokok.

Nampak daun jer.

Wah.
Macam best.

Bole pilih nak duduk bersila ke, nak duduk kusi ke.
Yang tempat makan bersila tu macam best.
Tapi nampak macam sesuai untuk makan reramai.


Daun lagi.

Daun & lampu.

Ye.
Aku tau gambar-gambar dalam blog ni takde yang boleh buat orang nak bayangkan macam mana restoren tu.
Aku tadek DSLR macam orang yang duduk sebelah meja aku kat restoren ni (nada jeles).
Aku terpaksa letak gak gambar gulap nih.
Kiranya tau la kan tempat ni tak terang sangat.
Kata dah konsep rimba.

Tomyam Seafood, Nasi Daging Merah, Nasi Goreng Kerabu.
Tiada dalam gambar: Mushroom soup & air-air.


................

Menu yang diorder:
Nasi daging merah = RM6
Tomyam seafood = RM6.50
Nasi goreng kerabu = RM5.50
Mushroom soup = RM4.50
Fresh oren, Laici suam & Laicikang = RM? Tak ingat hage

Review makanan:
Nasi daging merah = Ok la. Aku kenyang.
Tomyam seafood = Not bad. Syasya suka. Tapi sedap lagi tomyam seafood Malee.
Nasi goreng kerabu = Rasa makan nasi goreng kat hotel-hotel.
Mushroom soup = Ada rasa tersendiri.
Fresh oren, Laici suam & Laicikang = Rasa air laa.

..............

Jadi.
Nak pegi lagi ke tak?

Hmmm...
Best kalau nak bawak orang spesel pegi sana.
Nak celebrate pape pon macam best sebab suasana.
Nak pegi lagi sebab abahsyasya nak try western food derang lak.

Oo iye.
Nampak Toi & Naim AF6 kat situ.
Tapi derang tak glamer sangat.
Jadi aku takde la nak amik gmbr derang.
Bley?

Coretan: Ingat JJCM Tengku Maria Sabri pegi tu best-best ke?

8 komentar:

zamreen 9:06 AM  

hmmm western food dia not bad. abg zam dah try lamb chop, anak2 mkn chic chop... oklah boleh repeat lagi... good service gak, chef western food tu siap round2 tny foodnye memuaskan hati atau x.

jai.jezz ^.~ 9:18 AM  

kat mana ni..???
bagi ler alamat..
cam best arr tempat ni...

jellyna 9:40 AM  

kak arin:
boleh try nanti nih western food dia walaupon skang makan western food masak sindri jerk.. hehe

jezz:
tmpt dia mmg cam best gak (konon-konon artis pon dtg situ kan, walau artis tak glamer), alamat tatau, tp dekat2 dengan masjid besar kajang yg kat traffic light

Real Woman 10:09 AM  

waduuh mcm mengancam je tempat ni!! tapi jauh la pulak nak pergi from shah alam. ahaks..

abahsyasya 10:46 AM  

alamak...uniform ni lagi..

jellyna 4:35 PM  

kak real:
ala kak, saje jalan kajang, ape salahnye, hehe

abahsyasya:
sile beli baju baru.

iDAN 5:09 PM  

kawasan tu kawasan hitam denggi pastikan ianya dibakar ubat nyamuk, memang banyak nyamuk!.

masakan di sana tak stabil rasanya ada ketika okey... tapi sekali terkena nasi gorengnya ayamnya.. kami tenguk bil RM6.50 tapi salad... tomato tak ada; dagingnya bersukat tak sampai dua inci; nasinya pun cincai sahaja. Masa itu memang ada majlis jamuan org lain.

mungkin tukang masak sebenarnya cuti hari tu!

saya sejak awal dibuka sering ke sini;

kut! terkena lagi baik pergi ke restoran yang lain bersepah di Kajang.

Anonymous,  3:26 PM  

Penah G situ, booking tuk majlis jamuan..time book n bayar deposit harge agree lain. tp bile majlis harge up plak..macam mane nie?..
tetibe plak set bleh bartambah..x de plak minta...konpius2....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP