Sebotol Serbuk Cheese

>> 03 July, 2009

Biasalah.
Makan piza mesti tabur serbuk cheese.
Makan sup piza (Syasya bg nama) pun mesti tabur serbuk cheese.
Makan spageti pun of cos la tabur serbuk cheese.

Pendek kata.
Apa-apapun menu yang ada kat Piza tu mesti kena tabur serbuk cheese.

Skang ni.
Habit itu dah menurun kat Syasya.
Syasya lagi ler teruk.
Makan sup piza berulamkan serbuk cheese.

Tetibe.
Rasa macam nak malu lak ngan kedai piza tu.
Dari sebotol serbuk cheese yang penuh.
Hanya tinggal 1/4 dikerjakan dek kitaorg.

Ah.
Lantaklah.
Aku bayar.
Sekati aku la.
Aku bukan habiskan licin sebotol.
Lagipun kedai jual piza ni sebenarnya untung banyak ape dengan menjual piza.
Setakat sebotol cheese luak.
Apa la sangat.

Tu pun aku pakai serbuk cheese aje.
Yang lelain aku tak mintak.
Derang pun macam dah takde white pepper.
Yang ada pun, black pepper je.
Chili powder yang kasar-kasar tu pon dah takde...

Sebotol serbuk cheese yang masih penuh di tangan Syasya

Makan sup piza berulamkan serbuk cheese. Last-last kitaorg sorok botol cheese tu.
Nampak tak serbuk cheese dah luak sikit tu. Tu baru di awal sesi tu.

Kat piza mesti la wajib tabur.


Tetibe aku teringat satu peristiwa di piza...

Aku mintak pepper kat sorang waiter.
Dia macam blur lepas aku mintak tu.
Aku pun tunggu.
Lama gak dia pegi amik.

Sekali tu dia datang kat aku bawak paper.
Kertasss???

Hello dikkkk.
Akak mintak pepper, bukan paper...
Ish ish ish.

Sian gak aku tengok muka mamat tu.
Aku tak marah pun dia, tapi aku senyum jer.
Mesti agaknye dia benti keje pastu.
Akakaka.

Coretan: Macam-macam..

3 komentar:

abahsyasya 10:48 AM  

dulu pizza hut ade serbuk cili..lagi best..lenkali bawak dari umah je la..

zulfarina zulkeple 2:33 PM  

syasya sama mcm aku...aku pon suka ngn powder cheese tu diletakkan dlm sup mmg sedap

jellyna 2:43 PM  

syasya mengikut keturunan, seluruh kaum kuarga (mamasyasya & abahsyasya) dia memang suka cheese powder itu ditaburkan di mana-mana bukan saje sup. hmm, atas meja pon bole?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP