Syasya di Taska Amira

>> 16 July, 2009

Taska Amira ialah sekolah Syasya.
Syasya start sekolah sini lepas pindah umah hari tu.
Bulan doblas.

Banyak gak cerita Syasya kat sini.
Dulu memula masuk sekolah ni, Syasya takmo pegi.
Dia kata Iskandar kacau dia.

Skang ni.
Syasya ngan Iskandar dah menjadi sahabat.
Iskandar tu kecik jer lagi. Cakap pon pelat-pelat.

Syasya pun dah gembira pegi sekolah.
Banyak yang Syasya belajar kat sekolah.

Tapi.
Banyak gak aktiviti yang Syasya tak dapat join.
Sebab Syasya datang dari tengahari jer..

Depan pintu Taska Amira


Beberapa minggu lepas.
Penyakit Syasya taknak pegi sekolah datang semula.
Terjerit-jerit takmo pegi sekolah.
Ini mesti ada something ni.

Rupanya..
Syasya tak suka Teacher Ida.
Syasya kata Teacher Ida garang...

Ekceli.
Aku pon dah nampak Teacher Ida tu macam tah pape sikit.
Dia sendiri macam ada masalah.
Asik bertelepon.
Dia sendiri penah paksa Iskandar tu masuk dalam sekolah.
Bila Iskandar tu takmo masuk, dia macam cakap "Ish, susah la macam ni."
Depan aku tu..
Jadi. Aku memang rasa Teacher Ida ni memang ada masalah dalaman.

Pastu.
Minggu lepas, lepas abahsyasya amik Syasya.
Abahsyasya kata Teacher Ida dah benti.

Syasya suka giler Teacher Ida tu benti.
Bley??
Jangan ingat budak kecik takde perasaan ek.

Jadi.
Skang ni Syasya dah hepi balik.
Mamasyasya pon lega...
Takyah pk nak kena tukarkan sekolah Syasya sebab dek cikgu garang...

Sungguh riang Syasya bermain setelah ketiadaan teacher Ida.

.................

Buat cikgu-cikgu Taska/ babysitter di mana sahaja berada,

Jaga lah anak-anak orang elok-elok.
Kalau rasa tak suka keje jaga budak, sila benti. Carik keje lain.
Keje kilang ke, keje McD ke, keje apa-apa yang sesuai ngan jiwa anda.

Takyah lah menjiwakan mental budak-budak.
Fizikal apetah lagi.

With Luv,
Mamasyasya.


..................

Coretan: Lepas ni nak anta adiksyasya pulak kat Taska Amira.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP