Lauk Tunjuk

>> 30 August, 2009

Banyaknye lauk kedai Kedah.

Ini la yang dikatakan 'Lauk Tunjuk'.
Senangkan?

Takyah membazir masa nak...
  1. Keluarkan lauk dari peti ais.
  2. Tunggu bahan mentah cair.
  3. Potong bawang & sewaktu dengannya.
  4. Nyalakan api dapur gas.
  5. Masak berdentung dentang (bunyi senduk diketuk kat kuali).
Semuanya mudah dengan 'Lauk Tunjuk'.
Senangnya dalam hati.

Sila membuat bayaran sesudah memilih makanan ye~

Tapi.
Dalam kes perempuan seperti aku.
Kena gak la balik umah, masak nasik ngan sayur.
Owh.
Nampaknya abahsyasya masih ingat perkataan JIMAT.
Baiklah.

Itu sahaja cerita saya sehari sebelum saya pulang ke Klang.
Yeah! 3 hari lagi takyah fikir menu nak masak.
Lalalala...

Coretan: Dah selamat satu idea nak masak hari itu.

Read more...

Dapur gas idaman?

Hah? Ape?
Abahsyasya nak belikan dapur gas baru?
Lalala.
Best nyer...

Kalau boleh aku nak dapur gas macam ni.
Boleh sekalikan dengan kitchen cabinet aku.
Sekali lak dengan oven...




Cuba kira berapa tombol dapur gas ni?

Boleh la aku masak macam-macam.
(Macam la skang tak boleh masak macam-macam kan?)
Alasan...


Tungku masak yang ada 5. Boleh masak 5 menu sekaligus?

Tempat pembakar yang bertingkat-tingkat? Syurganye...

Yeahh!
Dapur gas di atas merupakan Elba Profesional Range Cooker.

Bestnya kalau dapur aku ada dapur gas macam ni.
Tetapi.
Malangnye aku hanya berangan-angan.
Seperti selalu~

Bile masa daa abahsyasya kata nak belikan dapur gas baru.
Kwang kwang kwang.

Coretan: Best ape berangan...

Read more...

6 Ramadhan 1430

>> 28 August, 2009

Bulan puasa ni asik citer makanan jer kan.
Nak wat cane.
Memang hari-hari pon pk pasal makanan.

Nak masak ape?
Nak beli ape?
Nak makan ape?

Buka pose semalam cam takde idea lak nak masak ape.
Sebabnya.
Kepala otak dah set nak pegi beli kat param jer.
Malas lak nak masak.

Tetibe ujan lak petang tu.
Jadi.
Kena plan menu last minit.

Nasi goreng udang & chicken ball jer~

Lepas tu.
Macam ternampak ada sebungkus roti Gardenia bersaiz jumbo yang masih banyak lagi.
Tengok date expired - alamak, esok.
Kena melakukan sesuatu ni.

Aku pon wat la sandwich sadin.
Pastu.
Tetibe rasa cam nak jadikan dia bersalut telur lak.
Tak dapat murtabak, sandwich sadin pon jadilah~

Sandwich sardin bersalut telur

Akan tetapi.
Rasa sandwich ni kureng sket.
Takpe.
Lenkali kita cuba lagi.

Coretan: Menu ape lak pasni. Iskkk.

Read more...

Lemony Snicket's - A Series of Unfortunate Events

Tetibe malam semalam dapat tengok telibisen.
Ye la kan.
Selalunya.
Syasya konker telibisen sepanjang masa.
Tak dapat orang lain nak tengok telibisen.
Asik-asik Syasya. Asik-asik Syasya.

Bukak TV2.
Macam ada citer best lak.
TV2 memang banyak tayang movie best-best skang ni.


Nape ek aku tak penah tau ada citer ni?
Tapi abahsyasya tau citer ni.
Aku memang ketinggalan zaman bab-bab movie ni.

Best citer ni.
Kisah 3 beradik Baudelaire yang kematian mak bapak dibunuh dek Jim Carrey (Count Olaf) yang tamakkan harta.
3 beradik ni ada keistimewaan memasing.
Jim Carrey keje nye asik nyamar supaya dapat rampas harta mak bapak derang tu.

Sunny Baudelaire (gigi kuat giler), Violet Baudelaire (inventive) & Klaus Baudelaire (intelligent)

Biasa la.
Kalau citer Jim Carrey, mesti la watak dia suka nyamar-nyamar tu.
Aku tak minat Jim Carrey sangat sebenarnya .

Akan tetapi.
Sebab 3 orang budak yang kiut dalam citer ni.
Dan.
Jalan citer yang best.
Aku layannn...

Ok.
Best citer ni.
Aku suka.

Coretan: Bile lagi nak dpt tengok tv pasni? Oh Syasya...

Read more...

Jellyna's Nasi Ayam

>> 27 August, 2009

Petang semalam tiba-tiba rasa nak makan nasi ayam buat sendiri.
Konon-konon sedap la konon kan nasi ayam buat sendiri tu.

Ala.
Kalau beli kat param pon lom tentu sedap.
Yang meniaga pon kekadang orang-orang yang baru mula nak meniaga.
Ntah pandai masak, ntah tidak.
Pastu nak jual gak.

Maka.
Baik laa aku masak sendiri.
Tak sedap pon takpe.
Tak rugi duit beli.

Dan.
Aku pon masak...

Motif pinggan mangkuk pelbagai jenis?
Rembat memana pinggan yang ada jer. Huhu.



Cehhh, siap buat nasi style cenggini. Nak masuk dlm blog la katakan. Haha. Poyos.

Ok.
Dah kenyang.
Sahur pon makan la nasik ayam ni jugak ye.

Esok.
Nak masak ape pulak?
Ala..Menci nak pk.

Coretan: Kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas.

Read more...

The Flybaits

Dan tiba-tiba.
Teringat lak kumpulan penyanyi zaman dulu yang aku suka ni.

Dulu.
Ada sorang hausmate suka Flybaits.
Aku pon tompang dengar kalau naik kete ngan dia.

Asik dengar dia bukak kaset (time tu kaset, takde duit sangat nak beli CD).
Ye ler. Belajar lagi mehhh.

Lama-lama dengar.
Asik-asik dengar
Aku plak yang tersuka.

Aku pon beli la kaset The Flybaits seketul.
Ntah mana ntah kaset tu skang.
Dulu aku letak dalam kete abah aku (atuksyasya).
Boleh dengar dalam kete.

Ni la album The Flybaits yang ku beli dulu...

Lagu glamer The Flybaits - Kenangan Lalu.
Yang Ferhad nyanyi semula tu.
Tapi.
Aku tak minat lagu tu.
Aku minat lagu Maafkanlah Kesalahanku.


Sile abaikan video klip yang cam tak best langsung ni. Dengar lagu jer.

Ala.
Mana pegi kaset Flybaits aku ek?
Memori nih.

Memang leh donlod kat internet.
Tapi memori tu.
Memori membeli kaset.
Ish ish.

Coretan: Mana pegi ek kaset itu?

Read more...

Yati Ayam Percik, Prima Saujana

>> 26 August, 2009

Dah bape hari dah asik nak makan Nasi Kerabu untuk berbuka.
Tak gak pegi beli.

Abahsyasya takmo beli kat Param (Pasar Ramadan).
Dia nak beli kat kedai Yati Ayam Percik ni jer.
Sebab kompem-kompem sedap.

Kalau beli kat Param.
Entahkan sedap, entahkan tidak.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam (wah, kiasan?)

Maka.
Meh kita ke Yati Ayam Percik arini.
Beli nasik kerabu.
Yeay!

Ni kes amik gambar tangkap muat. Tahpape ntah.

Dulu rasanye restoren Yati Ayam Percik ni kazen aku yang promote.
Kazen aku takde la cakap nama kedai.
Kazen aku hanya cakap ada kedai jual nasi kerabu sedap kat Prima Saujana.

Aku pon carik mana itu kedai.
Pehtu, nampak kedai ni.
Nama kedai - Yati Ayam Percik.
Terjah la masuk.

Oooo...
Tak sangka lak kedai ni yang jual nasi kerabu.
Ingatkan jual AYAM PERCIK jer...
(Bajet ni la kot kedai yg dikatakan dek kazen itu)

Rupa-rupanye.
Bukan ayam percik saje yang dijualnye~

Pilih ape bahan kita nak.
Tapi yang 3 ni memang wajib la kan. Kalau tak, bukan nasik kerabu nama nyer.


Nasi kerabu ada.
Gulai kawah ada.
Sup tulang ada.
Ayam percik? Tentu lah ada.

Kedai ni memang jual menu-menu tadi tu jer.
Takde menu lain.
Menu tu saje semata-mata yek.

Dalam ni terletaknya, Daging Bakar & Ayam Percik.
Rasanya ada gak Ikan Keli bakar kot. Tak ingat.


Feberet aku dalam nasik kerabu.
Itu Daging Bakar.
Kalau beli kat kedai mana pon, mesti mau itu daging bakar jugak lah.
Kalau takde, tak feel la makan nasik kerabu...

Solok lada tu, kekadang amik, kekadang tak. Ikut mood.

Jadi.
Kalau nak makan nasik kerabu.
Hari-hari pon boleh dapat.
Selagi restoren Yati Ayam Percik ni tak tutup.
Selagi tu la ada nasik kerabu idaman kalbu.

Sekian.
Time kasih.

Coretan: Teringat LAKSAM kat fudcourt MARA. Sedap~

Read more...

Oggy and the Cockroaches


Dulu kan masa lom kawen lagi, aku suka tengok citer katun ni.
Masa aku tengok cite katun ni, aku tengok kat TV3.
Memang tiap-tiap minggu ari Sabtu Ahad pagi, aku layan citer katun ni.
Cam best la katun ni.

Skang ni aku tengok kat Cenel citer katun Syasya jer.
Tak ingat lak cenel mana, antara Nickelodeon atau Disney la kot?
Nasib-nasib je dapat tengok.
Syasya kan konker telibisen.

Citer dia pasal...
Oggy = Kucing yang dikacau & 3 Cockroaches = 3 ekor lipas bongok yang pengacau.

Kucing ijau = Jack (kazen Oggy), Kucing biru = Oggy (watak utama)
Lipas kepala ijau = Marky,
Lipas kepala pepel = Joey & Lipas kepala oren = Dee Dee


Tapi biasalah.
Kadang-kadang yang kena kacau pon bole jadi pengacau jugak.
Nasib-nasib la kan.

Ok.
Nak layan Oggy jap.
Sesape nak join, jom la~



Coretan: Dah tua-tua pon tak semestinya takleh layan katun. Hehe.

Read more...

Crocs Electro's

>> 25 August, 2009

Lama dah tak citer pasal Crocs.
Aritu kan, ada peminat nampak anak David & Victoria Beckham pakai Crocs.

Sumber dari: Crocs Blog

Cun gak Crocs yang anak derang pakai tu.
Rasa cam takde jer kat Mesia?
Ke aku yang tak perasan?

Ni la kaler & jenis Crocs yang anak David & Posh Beckham pakai...
Red and Navy Electro's - Cun eh?

Yang pasti, of cos la takde kat outlet kan.
Hehehe...
Kalau ada kat butik pon, tentu-tentu lah aku tak perasan.

Aku tak berapa nak skodeng sangat Crocs bebudak kat butik.
Budak nye Crocs kat butik mahal.
Tak kuasa aku nak belikan.
Pakai kejap jer.
Baik beli aku nyer Crocs.
Lebih berbaloi-baloi.
Kwang3x.
Sori yek Syasya...

Kan best Syasya pon ada satu Lavender and Purple Electro's nih.

Hmmm..
Cun la Electro's nih.
Berkenan lak~

Coretan: Nak beli Crocs lagi kah?

Read more...

4 Ramadhan 1430

Kejap jer dah hari ke-empat kita pose...
Tetibe kang dah seminggu.
Pehtu 2 minggu.
Last-last, dah nak raye dah.
Harap-harap tahun ni dapat la berpuasa penuh.

Memandangkan berbuka semalam memang masak.
Maka.
Sahur pon makan lauk same jer la.
Tapi.
Kena gak la tambahan satu menu.
Takde la bosan sangat orang yang memakannye itu.
(Macam ramai sangat yang nak sahur?)


Gulai ayam & kobis goreng + 1 menu tambahan.

Iaitu...

Cehhh. Ikan bilis goreng jer... Bole laa


Ye la.
Penat tau balik koje, pehtu masak.
Dah la malam semalam tak cukup tido.
Ngantuk~

Malam ni dapat cover tido.
Segar rasanyer~
Lalallala.

Mekasih abahsyasya tolong buatkan susu untuk Syasya.
Kasi can mama tido. Zzzzz....
Esok tolong lagi yek?

Coretan: Bulan pose nak kurangkan entry la. Takde masa nak menaip.

Read more...

Sate Kajang Haji Samuri - Kaedah baru?

>> 24 August, 2009

Masa on the way balik ke umah dalam kete dengan Syasya...

Tetibe Syasya berkata-kata, "Mama, nak makan sate..."
Aku macam, haaa...?
Lantas.
Diri ini teringat kisah malam tadi.

Abahsyasya mengusik Syasya, takmo makan sate dengan Syasya lagi dah.
Nak makan sate dengan adik jer..
Huhuhu.

Mesti Syasya macam terkenang peristiwa malam tadi tu.
Terus mintak sate.
Kesian ade. Kelakar pon ade.

Mama pon mesej kat abah.
Cakap Syasya tetibe nak makan sate.

Cam biasa.
Ke Sate Haji Samuri lah kite~

Kaedah baru?

Sampai sana macam ada kaedah baru dalam perniagaan Wak Samuri nih.
Kena beratur buat order ek?
Self-service la nih ek?

Aku tunggu kat meja.
Apesal lama sangat ni?
Aku pon pi jengok.
Masya-Allah. Ramainye beratur??

Hmmm...
Kalau nak wat self-service kena la ada banyak kaunter kan?
Ni kaunter pesanan ada seketul tu jer.

Bayangkan berapa ramai orang yang beratur?
Bayangkan orang baru terhegeh-hegeh nak pk menu nak makan sate ape?
Bayangkan kalau time tengah cukup/awal bulan, orang baru dapat gaji?

Ape kes ni Wak Samuri?
Tak kaji dulu ke sebelum wat sistem?
Ish ish ish.

Teka abahsyasya tengah msg sape?
Dia msg komplen kat no komplen Sate Hj Samuri. Lalala...


Ok.
Abahsyasya tensen.
Ni last dia kata makan sate kat sini.
Next time makan kat tempat lain.
Huhuhu.
I agreed cos system nye memang cam bangang. Sorry to say~

p/s: Bayangkan kalau kita datang sengsorang nak makan sate kat sini. Sape yang nak jaga meja? Kita tengah beratur membuat order. Nombor meja kena sebut time buat order. Abis tu, kalau time kita tengah beratur, meja kita orang lain amik, camne lak tu? Fikirkan la...

Coretan: Masa tengah taip entry ni, Syasya nyanyi lagu sate-sate. Syasya ni saiko kah?

Read more...

1 Ramadhan 1430

Kedengaran bunyi Ringtone Upin-Ipin dari telepon.
(Tu bunyi alarm aku).


Dah dekat 4.50 pagi.
Masa untuk sahur!

Selepas bersahur & solat subuh.
Seme pon tido balik...
Tido sampai pukul 11 lebey.
Ishh, teruknya.
Mentang-mentang ari Sabtu.

Petang tu pegi Bazar Ramadhan.
Abahsyasya macam nak berbuka dengan Nasi Beriani.
Carikla Nasi Beriani di serata bazar tu.

Hmm.
Kata Bazaar Ramadhan terbesar?
Takde pape pong kat sini?
Seme jual menda yang sama jerk.
Tak best.

Mana orang jual Nasi Beriani nih?

Jumpa gak akhirnya. Cam biasa, mask tidak dilupakan.

Lepas membeli Nasi Beriani untuk abah mama.
Char Ketiau untuk Syasya.
Murtabak untuk semua orang.

Kami pon pulang...

Mencatat rekod, tak tergoda pon nak beli air.
Sebab.
Petang sejuk, baru lepas ujan daaa...

Time kasih kepada Taska Amira. Rajin teacher hias bekas kurma tu ek?

Coretan: Satu hari dah berlalu. Kejap jer.

Read more...

Ke opis mama, again?

Yep. Bukan pertama kali.
Rasanye dah kali ke-3 kot?

Main atas meja mama. Sebaik meja besau. Nak main kat bawah sempit lak.

Syasya kalau kena semput jer memang mama risau nak anta taska.
Nak kena sihat bebetul baru leh pegi taska.
Semalam mama dah coti.
Takkan nak coti lagi.

Maka.
Jom Syasya, pegi opis mama...

Sian Syasya kena tido atas meja. Tak selesa...

Sebaik Syasya memang tak ngacau mama wat keje.
Syasya anak yang baik.

Ok Syasya.
Masa dah time.
Jom kita balik!

Kat bawah. Mask tak tutup idong pon?

Pose sekejap la kan. Bukan selalu dpt ikut mama p keje. (Bukan dah 3 kali ke?)

Coretan: Alhamdulillah, the semput is gone oredi...

Read more...

Ala, semput pulak!

>> 23 August, 2009

Wiken yang tak berjalan tu Syasya dah start batuk-batuk.
Memang kat umah ada 'spare' obat batuk Kelinik Kita.

Maka.
Syasya diberi obat batuk tu jer la.

2 hari makan obat batuk.
Cam tak baik-baik jugak.

Ishhh.
Ni aku tak suka obat Kelinik Kita ni.
Memang ler murah. Dekat lak ngan umah.
Tapi.
Tak mujarab obat dia.
Syasya kena gak pi KELINIK MAHAL.

Maka.
Ke KPMC la kita...

Dah lama betul Syasya tak amik neb nih.

Dan. Kali ni memang lama (bengong ke mesin neb tu?)

Sepanjang masa dalam kelinik.
Memang kami 3 beranak pakai mask.

Ish.
Ada pulak orang duduk belakang ni terbatuk-batuk.
Tak pakai mask lak tu.
'Jual ikan!'

Syasya, jom kita tunggu kat luar.
Rimas! Risau!

Sesambil tunggu kat luar...

Simptom-simptom H1N1

Kalau banyak duit, bole screening kat sini jer, takyah p sepital gomen

Ternampak lak pesanan dari Agro Bank...

Pesanan dari Agro Bank sebelah KPMC~

Ehehe.
Betul jugak kan?
Asik pakai topeng jer sampai apa yang dicakapkan pon tak dengar.
Toksah la kan.
Bukak la kejap mask tu time nak bercakap.
Hehehehe....

Coretan: Bile darurat kesihatan ni?

Read more...

Marinated Chicken with Brown Sauce Gravy

>> 21 August, 2009

Dah lama dah tak wat resepi marinate-marinate ayam/lamb ni.
Sejak-sejak sume rempah-rempah nak marinate tu dah abis.
Tak terbeli-beli.

Aritu kitaorg pegi sopping la bebarang tu.
Maka.
Boleh dah la nak makan western wat sendiri...

...................

Kali ni Chef at Home nak masak ayam marinated spesel.

Spesel ingredient kali ini: Orange Juice Peel Fresh.

Haa, selalu pakai Lemon kan?
Kali ni pakai Orange Juice laks.

Oleh kerana nak cepat, jadi kita bakar sekali semua kentang & carrot itus~
(Memula ingat nak wat mashed potato)


Pehtu.
Kita bakar dalam oven suhu 250 darjah Celcius (nak cepat masak punya pasal).
Dalam masa, 40 minit++.

Tip: Untuk memastikan ayam itu juicy, jangan bakar sampai kering. Hagak-hagak je ler.

Kita bakar la yek.


Inilah hasilnya setelah proses pembakaran berlaku.
Sile abaikan gambar yang malap ini.
Bayangkan bau & rasa yang sedap ajer.

Malangnye, itu carrot agak kering. Patut dikuarkan time tengah masak tu.

Setelah itu.
Pembantu Chef (aku la) bertugas untuk menyediakan bahan-bahan selebeynye.
Coleslaw, brown sauce gravy & garnishing seme-seme itu.

Dan.
Inilah hasilnya...

Marinated Chicken with Brown Sauce Gravy

Rasa ayam ni?
Halamak aiii. Sedap giler weh!!!
Sedap, sedap. sedap.
(Puji nampak?? - Ye la, aku bukan puji diri sendiri. Chef at Home aku yang masak, kan?)

Nampaknye.
Leh suh Chef at Home buat lagi.
Lalalalala.

Coretan: Terel gak Chef aku ni masak ek.

Read more...

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Buat semua,
Kawan-kawan, sedara-mara, kuarga tercinta.
(Ada ke kuarga yang baca blog ni haa? Ooo.. Ada, ada. Abahsyasya. Hehehe).

Selamat berpuasa diucapkan.
Maaf di atas segala kesalahan yang telah dilakukan sejak dari Ramadhan 1429 tahun lepas sampai la skang ni.
Samada kesalahan tu dibuat secara sedar ataupun tidak sedar, secara sengaja ataupun tidak sengaja.
Maafkanlah diriku ini.

Aku maafkan seme kesalahan korang, jadi korang pon maafkan la kesalahan aku.
Ikhlas nih tapi jauh~
(Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa ikhlasnye hati ini --> Wah ayat? Eh, ini serius! Memang ikhlas...)

Kita semua pon MANUSIA.
Tak pernah lepa (lepa susu?) dari melakukan kesalahan.

Lebih-lebih lagi dengan hasutan syaitannn..
Setan kan jahat.
Jangan la kita jadi jahat macam setan.
Hasut-hasut orang. Okkk?



Renung-renungkan.
Dan.
Selamat beramal!

Coretan: Baru pagi tadi dengar tazkirah sempena bulan Ramadhan.

Read more...

Ikea - Raya Special Deals


Buat peminat Ikea di luar sana yang seperti saya.
Ni ada sedikit sale dari Ikea untuk kita semua.

Dalam banyak-banyak menda yang Ikea iklankan itu...
Apesal dia nak kasi murah acuan beskut bentuk kuda ek?
Ada kena mengena ngan raya ek?

Ooo.
Sebab raye orang nak buat beskut raye kot.
Tapi.
Orang tak buat kuih raye bentuk kuda kot?
Kalau krismas takpe kot?
Ape-ape lah.

Ikea EXPEDIT Coffee Table - White

Eh.
Aku macam minat lak kat Expedit Coffee Table tu.
Tapi yang kaler putih.
Yang kaler putih takde murah. RM229 hagenye.
Cuba sopping kat sini.

Tapi.
Takmo lah.
Aku takmo coffee table yang bucu dia tajam-tajam la.
Bahye untuk kanak-kanak di rumah.

Nak carik coffee table yang takde bucu tajam.
Kalau boleh nak yang bentuk bulat.

Macam...Ikea IMFORS Coffee Table

Camni ke...

Ish, spesel ek bentuk camni?

Ni pelik lak kaki dia. Tapi cam bahye jugak jer.
Terselit lak tangan kepala budak kat kaki meja tu.


Kalau tak bulat pon.
Yang macam ni pon ok gak...

Simple

Ok.
Dah abis berangan.
Nak add dalam wishlist - White Coffee Table
Lalalalala.

Coretan: Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak~

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP