Belon Sabun Syasya

>> 12 August, 2009

Syasya beli belon sabun.
Syasya main sorang-sorang je depan umah.
Sian Syasya takde kawan nak main...

Sorang-sorang je main tiup belon.

Petang sikit.
Baru kawan Syasya kuar umah.
Tu pon main celah-celah pagar jer.
Syasya pon tiup belon kat kawan dia.

Kawan Syasya yang dah siap mandi. Syasya belom.
(Kawan Syasya ada maid)

Syasya pon tiup & tiup belon sabun itu.
Mama kata jangan hulur bekas sabun tu kat kawan celah-celah pagar tu.
Bukan boleh nak amik pon.
Nanti tumpah.

Sebelum pertumpahan sabun belon itu berlaku.
(Pstt, nampak tak pokok aku dah nak mampus tepi tu? Hahaha)

Tapi.
Syasya tak dengar cakap mama.
Dia pass gak bekas belon tu kat kawan dia.
Akhirnya.
Sabun belon tu tumpah.
Syasya pon tak boleh main dah.

Sekian. Terima kasih.

Coretan: Seme menda Syasya nak share ngan kawan dia.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP