Borak Kedai Kopi, Kajang

>> 07 August, 2009

Sebenarnya dah lama nak try makan kat Borak Kedai Kopi.
Asik tak terpegi ajer.

Tetibe.
Ari ape ntah, termenonton JJCM Maria Tunku Sabri (MTS) makan kat Borak Kedai Kopi ni.
Biasa la kan.
MTS kalau makan kan macam ler sedap sangat makanan yang dia makan tu.
Makan penuh mulut.
Bole buat orang teruja gak la sedikit sebanyak.

The Menu

Jadi.
Lepas tengok JJCM tu.
Aku dah set nanti nak pegi try la makan kat Borak Kedai Kopi tu.
Kasi tengok sikit sama ke taste MTS ngan tekak aku & kuarga aku.
Ye la.
Tekak orang lain-lain kan...

Camni rupa paras kedainya

Dalam kedai tapi best lagi duduk luar tepi-tepi tu. Kecik jer kedai ni.

Ape nak makan yek?

Masa dalam JJCM, MTS ada order Ais Jagung.
Maka.
Abah pon mengordernya...

Mocha White Coffee & Ais Jagung

Hmm.
Boleh tahan sedap jugak rasa Ais Jagung ni.
Patut la MTS sedut air tu tak benti aritu dlm JJCM.
Ahahaha.

Prawn Mee

Sebagai penggemar mee udang yang tegar.
Nampak ada mee udang dalam list, aku memang order.
Nak compare rasa, mee udang mana paling best yang penah aku makan.

Setakat ni rasa mee udang kedai ni biasa-biasa je.
Rasa macam mee bandung pon ada gak.
Tak bole celen mee udang Avenue K setakat ini.

Ok.
Prawn Mee Borak Kedai Kopi - out!

Beef Fried Rice

Abah pulak order Beef Fried Rice.
Nama melayu - Nasi Goreng Daging.

Boleh tahan sedap gak.
Abah makan sampai licin pinggan, yang tinggal atas pinggan, daun pisang jer.

Mengikut kajian rasa aku.
Nasi goreng daging ni digoreng bersama dengan daging yang telah dimasak kicap.
Jadi.
Daging tu memang dah ada rasa.
Bila dicampur dalam nasi goreng, memang sedap la kan.
(Bole try wat kat umah ni, ececece - reti ke?)

Mushroom Soup & Garlic Bread

Budak Syasya yang cerewet kitaorg orderkan Mushroom Soup & Garlic Bread ajer.
Dia memang tak minat la nasik-nasik goreng ke hape ke.
Mee udang tu dia suka, tp kuah (sup bak kata Syasya) pedas sket.
Maka.
Syasya bole makan sikit-sikit jer.

Mushroom soup & Garlic Bread.
Biasa-biasa je la.
Ada kedai lain lagi sedap, lagi creamy.

Sampai skang aku tak ingat, ape yang mereka berdua ni gembira kan.
Dedua senyum. Ape yang sampai time ni ek?


Total seme hage yang kitaorg makan tu RM21.
Ok-ok la kot.
Seperti dijangka.

Ni alamat kalau nak terai.

Sekian JJCM saya.

Coretan: Cam biasa gambar diamik guna camera HP jer. Kualiti malap-malap.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP