The Adventures of Gracie Lou

>> 30 September, 2009

Pada satu hari.
Masa sopping baju raya Syasya kat Metrojaya, Midvalley.
Masa abahsyasya beratur nak membayar di kaunter.

Kelihatan Syasya ternganga menonton telibisen di tepi kaunter itu.
Kelihatan berdiri bersama-sama Syasya ialah sebuah patung.

Eh? Bukan patung.
Tetapi.
Manusia rupa-rupanya...

Syasya, tutup mulut tu. Masuk lalat kang.

Memang macam patung la anak omputih ni.
Dah la berdiri tegak tengok telibisen sama cam Syasya.
Tak bergerak.
Memang macam patung.

Syasya & anak patung omputih


Budak 2 orang ni tengah tengok lagu dari Gracie Lou.
Seme lagu-lagu feberet Syasya.
Feberet semua budak-budak kecik sebaya Syasya kot.
Feberet anak omputih tu juga.

Ok.
Memang penah tengok video lagu ni kat Astro rancangan kekanak tu.
Kartun macam South Park.
Tapi.
Untuk kanak-kanak.

Oleh kerana Syasya memang suka sangat nak nyanyi.
Maka.
Mama pon belikan Syasya seketul.

Dia ada 2 VCD. Lenkali kita beli yang lagi satu.


Ni salah satu lagu dalam collection Gracie Lou.
Tapi Syasya takde yang ini. Syasya beli yang lagi satu.



Dan.
Bermulalah episod Syasya menonton VCD.
PAGI PETANG SIANG MALAM.

Coretan: Asik-asik suh bukak CD.

Read more...

Alliance Bank

>> 28 September, 2009

Satu malam di depan Alliance Bank, Kajang.
Dalam kereta, menanti abahsyasya pegi bayar utang.


Syasya: Mama, tu huruf V kan?
Mama: Mana? (Sambil mencari mana huruf V yang dimaksudkan itu)
Syasya: Tu. Huruf V kan? (Menuding jari kepada signboard Alliance Bank)
Mama: Eh tak. Tu huruf A.
Syasya: Bukan la. Tu huruf V. Dia takde ni (sambil membuat garisan melintang menggunakan jari)
Mama: Errr. A'ah la. Betul la Syasya. Tu huruf V.

Maka.
Kepada pereka logo Alliance Bank.
Sila tukar logo anda.
Anda telah mengelirukan budak kecik berumur 3 tahun mama berumur 30 tahun.

Coretan: Syasya, mama bangga.

Read more...

Hari Kedua di Hari Raya

>> 24 September, 2009

Raya pertama.
Dah abis dah beraya semua rumah sedara-mara Beranang.

Plan raya kedua?

NeknyangSyasya kata nak pegi beraya umah nekUsuSyasya kat Saujana Impian.
Eh eh?
Kan sama area dengan umah Syasya?

Hmmm...
Maka.
Abahsyasya pon mencadangkan open house mengejut diadakan.
Alang-alang dah memang semua ke Saujana Impian.
Meh ler sekali harung beraya.

Dan.
Dengan itu.
Kena la fikir menu apa nak dijamu kepada tetamu-tetamu yang datang nanti.

Mee Udang & Spageti Bolognaise

Oleh kerana nak cepat & nak senang.
Kita masak mee je la yek.
Menu mee udang pon muncul.

Tapi.
Bebudak nanti mesti tak minat makan mee.
Apa kata kita buat spageti juga?


Time ni tak ramai lagi

Time ni dah ramai, semua dari umah nekUsuSyasya

Nampak gembira mereka semua kan? Kan?

Ramai gak sedara-mara yang datang.
Penuh rumahku yang kecik itu~
Ye la.
Raya kedua dah takde apa nak dibuat.
Boleh sangat la nak berjalan raya.

Mekasih pada semua yang datang...
Jemputla saya sekuarga ke open house anda pula.
Hehehe.

Coretan: Umah dekat bebenar ngan kampung.

Read more...

Expedit Coffee Table

>> 23 September, 2009

Dulu kan pernah cakap nak beli coffee table.
Tak lengkap lak rasanye rumah kalau takde coffee table.
Lagi-lagi time raya ni.

Tiba-tiba...
Terasa takde tempat nak letak kuih raya.
Tiba-tiba...
Terasa macam nak membeli sebijik coffee table sempena raya.

Maka.
Ke IKEA lah kita...

Kalau ikut wishlist dulu, takmo coffee table yang ada bucu tajam.
Akan tetapi.
Bila dah sampai kedai Kak Kiah a.k.a IKEA.
Yang takde bucu tajam tu agak mahal.
Bajet takde lah.

Dan.
Dari dulu lagi memang dah berkenan kat Expedit Coffee Table itu.
Kaler putih.

Tapi.
Bila sampai sana takde putih.
Yang ada kaler walnut & birch.


Memandangkan takde kaler putih.
Kaler walnut pon cun gak.
Matching la dengan Fella Design nye kusi tu.
Boleh laaa...

Kita rembat seketul.
Yang penting, kena beli gak coffee table.


Dan.
Inilah coffee table di rumah saya.
Boleh letak kuih raya nanti.
Lalala...

Bucu tajam tu.
Nanti kita letak pelindung bucu plastik tu.
Takde masalah.

Coretan: Juga sebagai hadiah untuk diri sendiri~

Read more...

Hari Pertama di Hari Raya

Hari pertama raya.
Turn beraya kat kampung abahsyasya a.k.a umah neknyangSyasya.
Dekat jer.
20 minit dah sampai.
Takde konsep berebut nak balik raya.
Yang penting pagi raya mesti ikut turn kampung mana.

Ini baru suku kuarga yang datang umah neknyangSyasya

Apakah yang didengarkan oleh mereka?


Kalau raya kat Beranang.
Memang konsep pegi berjalan raya ke rumah sedara mara.
Rumah segala nenek.
Rumah segala makcik.
Rumah-rumah wajib pegi tiap-tiap tahun.
Satu hari pulun sampai setel.
Berebut sampai camni?

Ini antara rumah wajib pergi.
Tiap-tiap tahun menu wajib soto.
Yang abahsyasya sangat gile kan.

Hmmm..
Rasanya bukan abahsyasya je kot?
Macam semua orang je gilekan soto neklong Syasya ni.
Tengok gambar pon bole tau.

Jambatan nak roboh nak ke umah neknyangUsu Syasya

Umah neklangSyasya yang ada bela angsa dengan ayam belanda

Pastu.
Kitaorang pun sambung beraya.
Dan beraya.
Dan beraya lagi.
Sehingga perut semua orang pon dah tak bole terima makanan.
Sehingga semua rumah dalam senarai setel dikunjungi.

...............

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Syasya, Abahsyasya & Mamasyasya

Coretan: Dah raya dah?

Read more...

Salam Lebaran 1430

>> 19 September, 2009

Ish. Lama lak tak apdet blog.
Tu la.
Last minit baru nak carik barang raya.
Teramatlah bz nye~.

Apapun.
Semua dah setel.
Dah boleh raya dah.

Dan.
Di kesempatan ini, masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua
&
Seribu kemaafaan dipinta dariku untukmu

Pelita mentol yang abahgyver buat~

Coretan: Esok nak raya, hari ni kat umah lagi. Kampung dekat...

Read more...

Zakat Fitrah 1430

>> 15 September, 2009

Tahun ni atuksyasya dilantik menjadi *Amil.

Maka.
Dengan itu.
Abahsyasya bayar zakat dengan atuk je la ye.
Senang gitu.

Tahun ni bayar zakat untuk 3 orang.
Tahun depan bayar zakat untuk 4 orang pulak.
Insya-Allah.

Atuksyasya tak sikat rambut ek?
Dia tengah baring masa abahsyasya cakap nak bayar zakat. Hehehe.



Pakciksyasya pon amik kesempatan nak bayar zakat jugak.
Dah la tak mandi pagi lagi.
Ish ish ish.

Pakciksyasya cam gelabah-gelabah jer.
Sebab pertama kali bayar zakat dengan bapak sendiri.
Hehehe.

Senyum-senyum lak pakciksyasya ni. Berangan dinikahkan ke?

Alhamdulillah.
Selesai Rukun Islam ketiga.

*Amil: Orang yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip zakat.

Coretan: Zakat yang lain dah bayar ke?

Read more...

Metrojaya, Midvalley - Terjah Raya 3

Pencarian baju kurung biru Syasya harus dilakukan segera.

Destinasi seterusnya?

Terjah ke Midvalley pulak.
Abahsyasya yang mencadangkan.

Oleh kerana parking keta dekat area dengan Metrojaya.
Terus ke Metrojaya.
Terus ke Children's Department.

Wahhhh.
Sampai-sampai jer terus teruja.

Waaaa waaa waaaa.
Banyaknye baju kurung cecantik.
Banyak. Banyak. Banyak.

Jom Syasya, try baju!

Skodeng tag harga.
Ada 30% off lagi.

Waaa waaa waaaa.
Sangat suka.
Hatiku berbunga-bunga.

Semua baju kurung less 30%.

Macam ini la baru best.
Baju yang cantik, harga tak over.

Tetibe terasa seperti berada si surga baju kurung bebudak.
Hatiku berbunga-bunga lagi.

Lalalala...

Abah mithali.

Cepat cepat.
Baju kurung kaler biru.
Takde fikir panjang.
Pilih pilih.

Mula-mula.
Cuba yang ini ye Syasya.
Sama macam yang patung pakai.

Punye la semangat, handbag aku pon tak sempat aku amik. Aku suh pegang masa aku carik baju. Lepas tu tak nyempat try kat Syasya. Huhu.

Tadaa!

Alahai.
Cantiknya baju ni.
RM63 jer after less.
Ada labuci kilat-kilat lagi.
Leher cekak musang.
Material kain cotton.

Jom kita cuba yang lain pulak.

Ish, aku suka sangat baju ni.

Yang ini memang aku suka sangat.
Pesen baju kurung Riau.
Material kain cotton.
Oh kiutnya baju ini.
RM63 jugak after less.

Tiba-tiba.
Abahsyasya jumpa baju kurung biru lain lagi.
Syasya pon mencoba.

Akhirnya.
Baju yang last tu yang dipilih.
Yeay!
Berjaya juga mendapatkan baju kurung biru untuk Syasya.
RM63 jugak after less.

Ok.
Puas ati.
Takde la kena beli baju kurung Syasya sampai ratus-ratus.
Takde la baju kurung kain perca.

Ok.
Dah bole raya dengan tenang.

Oopss.
Alamak.
Tudung raya aku?

Coretan: Kalau beli kain tempah sendiri pasti lebih murah. Itu tahun depan punya cerita.

Read more...

Yankies Hut, Bangi

>> 14 September, 2009

Dulu pernah dengar kawan opis makan kat sini.
Dah lama betul nak cuba makan kat sini.
Pernah pergi sekali, restoran ni tutup.
Renovation kot.

Teratak ikan bakar -Yankies Hut

Sebenarnya.
Tidak ku rancang untuk makan di sini.
Ini kes sebab tersalah masuk jalan.

Dan.
Memandangkan tak pernah makan sini.
Apa kata kita cuba.

Sabar menanti..

Suasana agak menarik.
Kedengaran riuh rendah orang bergembira.
Berbuka puasa ramai-ramai nampaknya mereka itu...
Gembira nampak?

Kitaorang pun order ikan bakar.
Banyak ikan dah takde.
Rembat je la, ikan kembung, cencaru & ketuka seketul kecik.

Pastu.
Order lak menu lain.
Menu yang diorder banyak yang takde.
Abahsyasya & neneksyasya: "Apa yang ada?"
Tukang amik order: "Sayur campur ada la, udang goreng tepung ada la."
Abahsyasya: "Sup tulang?"
Tukang amik order: "Sup tulang ada."
Abahsyasya: "Ok. Tu je lah."
Sabar yek Syasya.

Saspen.
Seme dah takde?
Ni restoran ke apa ek?

Makanan pon sampai...

Saspen sekali lagi.
Sejuk?
Udang goreng tepung sejuk?
Sayur campur sejuk?

Eh? Eh?
Ini boleh mendatangkan marah nih.
Neneksyasya: "Ini bila punya sayur ni?"
Tukang anta makanan: "Tadi punya."
Ramai-ramai: "?"
Hanya ikan bakar saje yang ok.
Sayur tu, mmg kitaorg tak makan langsung! (Dan kitaorg juga takmo bayar)


Neneksyasya panggil pekerja lain.
Cakap dedua makanan tu sejuk.
Pekerja lain angkat pegi dapur.

Tidak berapa lama kemudian.
Makanan pon sampai...semula...

Hah?
Cuma panaskan semula sayur tadi?
Cuma panaskan semula udang tadi?

What the tooooooooot????

Memang tak terkata apa-apa.
Tersangat laaaaa membara hati ini.
Speechless.
*^%#&&$@!!!!!

Sayur sejuk lodoh cam haramm!

KEDAI MAKAN PALING TERUK YANG PERNAH AKU MAKAN SELAMA INI!!!!!

Korang agak-agak sendiri la sayur tu bila punya agaknya???

Inilah akibatnya tokei serah bulat-bulat kat pekerja (Indonesian) segala pengurusan.
Tokei duduk goyang kaki kat rumah kira untung ekkkk???

Coretan: Balik carik McD. (Sabar, sabar...) Grrrr.

Read more...

Alamanda - Terjah Raya 2

Ok.
Dah dapat baju raya aku.
Boleh teruskan dengan mencari baju raya abahsyasya.
Dan.
Syasya juga.

Cepat! Cepat!
Lagi bape hari nak raya nih.

Kita terjah Alamanda plak.

Ni bukan pertama kali pegi.
Minggu lepas penah pegi.
Tapi.
Sebab pegi malam, macam la banyakkk sangat masa nak memilihkan?

Maka.
Ini dikira sambungan daripada hari tu la.

Sementara aku sibuk carik kasut raya murah-murah.
Abahsyasya dengan Syasya pegi sevey baju melayu biru.

Abahsyasya kata dia jumpa kaler biru yang sesuwaii ngan baju mama.
Ok. Kejap ye.
Tunggu I pilih kasut...

Dan.
Pilih handbag jugak.
Ooopss... Macam murah lak henbag biru itu.
Sesuai dipakai di hari raya.
Lalalala.
Saya beli ye~

Last-last kat sini abahsyasya jumpa baju melayu biru teluk belanga.

Dan ini untuk atuksyasya...

Ok.
Abahsyasya dah dapat baju melayu.
Mari kita cari Syasya punya baju kurung lak.

Kat Alamanda.
Baju kurung untuk Syasya harga macam haram.
Harga melampau-lampau tak logik giler terpengsan.
Tak sesuai betul harga dia.
Tak logik harga baju budak kecik mencecah ratusan ringgit.
Gile ke ape hah?

Tolong sikit ek.
Aku memang tengah desperate nih.
Tapi aku bukan bodoh ok?

Jadi.
Dah dapat baju raya abahsyasya kaler biru.
Pasni kita cari baju Syasya lak.

Cepattttt!
Egegeegge.

Coretan: Menuju ke destinasi, yeay yeay!

Read more...

Ampang Park - Terjah Raya

>> 11 September, 2009

Tak sia-sia menggagahkan diri menuju Ampang Park.
Dapat gak seketul jubah raya berwarna biru.

Bukan tangkapan sebenar.
Tapi cani ler suasana kat sinun time perayaan.


Sebenarnya.
Hati sudah risau.
Tinggal 9 hari lagi nak raya, selai baju raya pon takde.
Gile selamba-mambe.

Dan sebenarnya lagi.
Tahun ni ingat nak bertemakan oren sekuarga.
Tapi.
Ingat senang ke nak carik baju siap kaler oren dengan saiz sesuai?
Oh no no no.
Tidak semudah itu.

Maka.
Kita kasi 2 option kaler tahun ni.

Tak dapat oren, biru pon bole.
Tak dapat biru, oren pon bole.
Dapat baju ada biru oren lagi bagus.

Haha.

Banyak baju pesen tangan camni. Lengan belon pon banyak. Trend eh?

Ok.
Dah dapat baju raya aku.
Pasni turn Syasya & abahsyasya plak.
Cepat-cepat.

Errr...tudung?

Coretan: Ish, terkenang satu jubah oren yang lawa tapi takde size.

Read more...

17 Ramadhan 1430

Ini 5 hari lepas punya cerita.

Makin lama makin malas masak.
Lagi nak abis puasa.
Lagi malas masak.

Kita beli kat pasar Ramadan je la.

Lama gak dah tak sopping di pasar Ramadan.
Bila dah lama tak sopping.
Maka.
Konsep macam-macam nak beli muncul la.

Mula-mula...

Nasi Beriani.

Bukan nasi beriani sebenar

Selepas itu.
Mihun sup utara & Laksa.

Bukan mihun sup sebenar

Bukan laksa sebenar

Kemudian.
Murtabak.

Bukan murtabak sebenar

Lalu lak gerai kuih.
Kuih lopez 3 biji. (Macam Jennifer Lopez lak)

Bukan kueh lopes sebenar


Akhir sekali.
Air teh bunga krisantimum.

Bukan air teh bunga sebenar

Ok.
Semua berjaya dihabiskan pada malam itu juga.
Takde simpan-simpan bawak ke sahur.

Coretan: Boleh ek aku makan cenggitu punya banyak?

Read more...

Tudung oh tudung

>> 10 September, 2009

Jubah pon lom beli lagi dah citer pasal tudung.
Saje je la sevey-sevey.
Tudung mana yang tengah in-trend skang ni.

Bercakap pasal tudung.
Tentulah tudung si Ekin Mawi yang paling glamer skang ni.
Asik-asik tudung Ekin. Asik-asik tudung Ekin.
Tudung Ekin pakai tu kedai Ariani yang jual.
Ekin tu duta.

Tudung Ariani yang sesuai ngan Ekin.

Pastu.
Sedang membaca status-status di fesbuk.
Ada la sorang ni tengah berciter dia dah berkenan kat tudung Ekin dalam Uniknya Ramadan Edisi Mawi & Ekin.

Rupa-rupanya.
Ramai yang berkenan dengan tudung Ekin itu.
Dwi kaler, kata mereka.

Aku boleh tak perasan ek?
Ok.
Nak carik jap cemana tudung Ekin tu...

Derang kata Ekin pakai tudung ni tak matching ngan baju.
Aku tengok macam matching je pulak?
Kan ada pepel-pepel, biru-biru kat baju dia tu?


Oooo...
Ini ke tudung yang diceritakan itu.

Oooo...
Cantik la jugak.

Ekin pakai memang la.
Semuanya jadi cantik.
Aku pakai lom tentu cantik lagi.
Silap-silap kang jadi macam minah Indon.
Alahai.

Ct pakai tudung nampak leher. Takmo.

Tapikan.
Tudung cam CT ni pon tengah in-trend skang.
Aku panggil Tudung Sangkut.
Sebab dia macam sangkut jer kat kepala.

Pon hangat di pasaran jugak.
Suka gak tudung camni.

Hari tu tengok kat Ampang Park.
Yang luar sangkut dia tu jer hage RM70++.

Gilo apo?
Setakat kain Chiffon nipis sekeping.
Dijait renda cun sket.
Ko bantai jual RM70++?
Hello?
Mencekik darah.

Nak je jait sendiri.
Tapi.
Takde mesin jait lak.
Jait tangan bley tak?

Ekin pon ada gak tudung camni.

Ziela Jalil pon suka pakai gak tudung camni.
Cantik kemas je dia pakai. Takde la nampak leher, macam CT.


Ok lah.
Nanti aku carik dulu jubah untuk aku.
Selepas itu.
Akan ku cari pula tudung.

Coretan: Eii, macam-macam tak beli lagi ni.

Read more...

Restoran Cerana

Yeay! Akhirnya.
Merasa jugak makan kat Cerana.
Asik-asik dengar ngan baca orang cerita jer pasal makan kat Cerana.

Dan.
Kitaorang pon mengorder...
Dan.
Menunggu...

Sabar ye encik.

Ada air terjun buatan sendiri.
Konon-konon makan tepi air terjun la ni.
Ok la.
Menarik la jugak.
Sesuai la nak bawak orang spesel-spesel makan sini.

Syasya dah ngantuk time ni. Sebaik Syasya tak menggedik.
Dapat la mama makan dengan aman damai.


Tidak berapa lama kemudian.
Makanan pon sampai.

Menu yang diorder:
  1. Ketam Masak Sambal
  2. Udang Butter
  3. Sotong Goreng Tepung
  4. Ikan Bawal Bakar
  5. Asparagus Goreng Belacan
  6. Sup Ekor (ape ke nama ntah, tak hingat).
  7. Nasi putih 3 pinggan
  8. Air laici suam
  9. Air tembikai
  10. Air fresh oren

Ok. Ni jer gambar terbaik dapat aku snap. Yang lain sume lagi cam tah pape.

Apa?
Ni menu untuk 2 orang makan ke?
Gile banyak sampai penuh meja?
Manusia yang nak makan 2 orang jer...

Akaka.
Malu gak ngan orang meja sebelah.
Derang datang 4 orang.
Tapi tadek pon penuh meja.
Sorang makan sepinggan jer.
Lalalala...

Ala.
First time makan kan.
Saje nak try rasa sume.

Secara keseluruhannya.
Masakannya boleh tahan.
Bukan rasa macam makanan kedai Thai.
Terasa macam makan kat Muara Ikan Bakar Port Klang pon ada gak.

Ok la.
Bole datang lagi.
Nanti-nanti.

Coretan: Susah nak parking kat sini.

Read more...

Liplap Liplap Hari Raya

>> 09 September, 2009

Dah dekat 20 hari dah umat Islam berpuasa.
Dah terasa dah bahang-bahang nak raya dah ni.
Kitaorang ada gak kena tempias sikit-sikit (sikit jer?) bahang raya tu.

Sedang berjalan-jalan sopping barang umah.
Diulang.
Barang umah jer, bukan sopping raya.
Ternampak lak berkotak-kotak lampu liplap.

Tiba-tiba.
Terasa nak beli.

Sebabkan.
Nampak rumah jiran-jiran ada yang gantung lampu liplap.
Cam semakin terasa pulak semangat raya nih.

Nak beli jugak lah lampu liplap itu.

Dan.
Setelah membeli.
Malam tu jugak, abahsyasya menggantung lampu liplap itu...

Semangat nak raya nampak? Hehehe.

Gambar di atas macam nak gantung atas pintu.
Ooo.
Tak jadi rupanye.
Gantung kat depan sikit lampu liplap itu.

Liplap liplap hari raya

Wahhh..
Tetibe terasa nak raya~

Coretan: Orang sebelah tengah pasang tiles kat lantai car porch. Hehehe.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP