Metrojaya, Midvalley - Terjah Raya 3

>> 15 September, 2009

Pencarian baju kurung biru Syasya harus dilakukan segera.

Destinasi seterusnya?

Terjah ke Midvalley pulak.
Abahsyasya yang mencadangkan.

Oleh kerana parking keta dekat area dengan Metrojaya.
Terus ke Metrojaya.
Terus ke Children's Department.

Wahhhh.
Sampai-sampai jer terus teruja.

Waaaa waaa waaaa.
Banyaknye baju kurung cecantik.
Banyak. Banyak. Banyak.

Jom Syasya, try baju!

Skodeng tag harga.
Ada 30% off lagi.

Waaa waaa waaaa.
Sangat suka.
Hatiku berbunga-bunga.

Semua baju kurung less 30%.

Macam ini la baru best.
Baju yang cantik, harga tak over.

Tetibe terasa seperti berada si surga baju kurung bebudak.
Hatiku berbunga-bunga lagi.

Lalalala...

Abah mithali.

Cepat cepat.
Baju kurung kaler biru.
Takde fikir panjang.
Pilih pilih.

Mula-mula.
Cuba yang ini ye Syasya.
Sama macam yang patung pakai.

Punye la semangat, handbag aku pon tak sempat aku amik. Aku suh pegang masa aku carik baju. Lepas tu tak nyempat try kat Syasya. Huhu.

Tadaa!

Alahai.
Cantiknya baju ni.
RM63 jer after less.
Ada labuci kilat-kilat lagi.
Leher cekak musang.
Material kain cotton.

Jom kita cuba yang lain pulak.

Ish, aku suka sangat baju ni.

Yang ini memang aku suka sangat.
Pesen baju kurung Riau.
Material kain cotton.
Oh kiutnya baju ini.
RM63 jugak after less.

Tiba-tiba.
Abahsyasya jumpa baju kurung biru lain lagi.
Syasya pon mencoba.

Akhirnya.
Baju yang last tu yang dipilih.
Yeay!
Berjaya juga mendapatkan baju kurung biru untuk Syasya.
RM63 jugak after less.

Ok.
Puas ati.
Takde la kena beli baju kurung Syasya sampai ratus-ratus.
Takde la baju kurung kain perca.

Ok.
Dah bole raya dengan tenang.

Oopss.
Alamak.
Tudung raya aku?

Coretan: Kalau beli kain tempah sendiri pasti lebih murah. Itu tahun depan punya cerita.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP