Tudung oh tudung

>> 10 September, 2009

Jubah pon lom beli lagi dah citer pasal tudung.
Saje je la sevey-sevey.
Tudung mana yang tengah in-trend skang ni.

Bercakap pasal tudung.
Tentulah tudung si Ekin Mawi yang paling glamer skang ni.
Asik-asik tudung Ekin. Asik-asik tudung Ekin.
Tudung Ekin pakai tu kedai Ariani yang jual.
Ekin tu duta.

Tudung Ariani yang sesuai ngan Ekin.

Pastu.
Sedang membaca status-status di fesbuk.
Ada la sorang ni tengah berciter dia dah berkenan kat tudung Ekin dalam Uniknya Ramadan Edisi Mawi & Ekin.

Rupa-rupanya.
Ramai yang berkenan dengan tudung Ekin itu.
Dwi kaler, kata mereka.

Aku boleh tak perasan ek?
Ok.
Nak carik jap cemana tudung Ekin tu...

Derang kata Ekin pakai tudung ni tak matching ngan baju.
Aku tengok macam matching je pulak?
Kan ada pepel-pepel, biru-biru kat baju dia tu?


Oooo...
Ini ke tudung yang diceritakan itu.

Oooo...
Cantik la jugak.

Ekin pakai memang la.
Semuanya jadi cantik.
Aku pakai lom tentu cantik lagi.
Silap-silap kang jadi macam minah Indon.
Alahai.

Ct pakai tudung nampak leher. Takmo.

Tapikan.
Tudung cam CT ni pon tengah in-trend skang.
Aku panggil Tudung Sangkut.
Sebab dia macam sangkut jer kat kepala.

Pon hangat di pasaran jugak.
Suka gak tudung camni.

Hari tu tengok kat Ampang Park.
Yang luar sangkut dia tu jer hage RM70++.

Gilo apo?
Setakat kain Chiffon nipis sekeping.
Dijait renda cun sket.
Ko bantai jual RM70++?
Hello?
Mencekik darah.

Nak je jait sendiri.
Tapi.
Takde mesin jait lak.
Jait tangan bley tak?

Ekin pon ada gak tudung camni.

Ziela Jalil pon suka pakai gak tudung camni.
Cantik kemas je dia pakai. Takde la nampak leher, macam CT.


Ok lah.
Nanti aku carik dulu jubah untuk aku.
Selepas itu.
Akan ku cari pula tudung.

Coretan: Eii, macam-macam tak beli lagi ni.

4 komentar:

Mak Ton 8:58 PM  

jal...
butik ratu offer 20 - 50%..
g la rembat seketul...

jellyna 7:49 AM  

kat mana letakknye butik ratu tu maton, tidak pula ku ketahui?

suhanazainal 2:28 PM  

aritu mase aku pegi ariani pun hasben aku suke n sajes aku amik tudung ekin 2-tone tu, cantek.

jellyna 2:32 PM  

bistu, ko beli tak sue, agak mahalkan rege nye rm115 seketul? kan? kan?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP