Yankies Hut, Bangi

>> 14 September, 2009

Dulu pernah dengar kawan opis makan kat sini.
Dah lama betul nak cuba makan kat sini.
Pernah pergi sekali, restoran ni tutup.
Renovation kot.

Teratak ikan bakar -Yankies Hut

Sebenarnya.
Tidak ku rancang untuk makan di sini.
Ini kes sebab tersalah masuk jalan.

Dan.
Memandangkan tak pernah makan sini.
Apa kata kita cuba.

Sabar menanti..

Suasana agak menarik.
Kedengaran riuh rendah orang bergembira.
Berbuka puasa ramai-ramai nampaknya mereka itu...
Gembira nampak?

Kitaorang pun order ikan bakar.
Banyak ikan dah takde.
Rembat je la, ikan kembung, cencaru & ketuka seketul kecik.

Pastu.
Order lak menu lain.
Menu yang diorder banyak yang takde.
Abahsyasya & neneksyasya: "Apa yang ada?"
Tukang amik order: "Sayur campur ada la, udang goreng tepung ada la."
Abahsyasya: "Sup tulang?"
Tukang amik order: "Sup tulang ada."
Abahsyasya: "Ok. Tu je lah."
Sabar yek Syasya.

Saspen.
Seme dah takde?
Ni restoran ke apa ek?

Makanan pon sampai...

Saspen sekali lagi.
Sejuk?
Udang goreng tepung sejuk?
Sayur campur sejuk?

Eh? Eh?
Ini boleh mendatangkan marah nih.
Neneksyasya: "Ini bila punya sayur ni?"
Tukang anta makanan: "Tadi punya."
Ramai-ramai: "?"
Hanya ikan bakar saje yang ok.
Sayur tu, mmg kitaorg tak makan langsung! (Dan kitaorg juga takmo bayar)


Neneksyasya panggil pekerja lain.
Cakap dedua makanan tu sejuk.
Pekerja lain angkat pegi dapur.

Tidak berapa lama kemudian.
Makanan pon sampai...semula...

Hah?
Cuma panaskan semula sayur tadi?
Cuma panaskan semula udang tadi?

What the tooooooooot????

Memang tak terkata apa-apa.
Tersangat laaaaa membara hati ini.
Speechless.
*^%#&&$@!!!!!

Sayur sejuk lodoh cam haramm!

KEDAI MAKAN PALING TERUK YANG PERNAH AKU MAKAN SELAMA INI!!!!!

Korang agak-agak sendiri la sayur tu bila punya agaknya???

Inilah akibatnya tokei serah bulat-bulat kat pekerja (Indonesian) segala pengurusan.
Tokei duduk goyang kaki kat rumah kira untung ekkkk???

Coretan: Balik carik McD. (Sabar, sabar...) Grrrr.

5 komentar:

zulfarina zulkeple 1:41 PM  

ish2 mmg teruk betul bodo gila kot nak amik mudah jer klau mcm tu kan ke dah kurang customer tapi dlu mmg best kot skg ni kot yg ntah hape tuh

alia 2:25 PM  

pernah gak skali mkn kat situ....pengalaman lia leh lak lampu kat pondok tmpt lia mkn tu terpadam...so terpakse mkn dlm gelap...sib baik dah nak dekat abis mkn....mmg tak best pun...makanan pun x best

suhanazainal 4:43 PM  

Pengalaman aku kat sini lak,
First time (2005) : sedapp! Kat sinila first time mkn cendwn goreng. Sdpnyeh.
Second time: ok lagi tp dah kurang wow factor.
Third time: dah mula jadi kurang menarik.
And so on and so on... 3-4 kali gak kot mkn sini. Nak carik kedai makan yg sdap mmg susah, tapi nak carik yg kekal sedap sepanjang masa, jauuh lebih susah.

Soulie 12:43 AM  

cam siot jer dia boleh cakap tadi punyer sayur. pehtu dah komplen pon dia pegi panas kan je. tak jaga kastemer langsung

jellyna 9:33 AM  

zul:
hmm tu la, rasanya dulu memang ok kot, skang ni jer sebab tokey dah kaya, dah malas jaga kualiti.

alia:
kelakar lak makan dalam gelap. sebaik dah nak abis ek? hehehe. tapi memang tak sedap.

sue:
tu la, aku rasa memang dulu cam sedap kot, nasib aku terpegi time dah tak sedap. ok la, babai, takkan aku pegi lagi.

soul:
siot kan? tu ko tak tengok muka dia time bercakap. takde perasaan. aku memang kontrol geram je time tu. iskk.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP