Farhad's Fan Page

>> 31 October, 2009

Hari Khamis lepas.
Sorang member sages untuk menjadi Fan dia dalam fesbuk.
Dapat je e-mail tu, aku terus jer klik kat link tu.
Tanpa fikir panjang, terus je accept jadi fan dia.

Tu ada la muka-muka aku kenal yang jadi fan Farhad gaks. Hehe.

Masa bukak fesbuk dia tu.
Memang ada muka aku sorang je dalam tu.
Dalam hati.
Wah, aku yang pertama kah?

Sekali tu.
Rupa-rupanya memang aku yang pertama.
Wah wah wah.
Sangat bertuah.
Farhad pon dah umumkan dalam blog dia hediah apa aku dapat.
Yeay!
Thank you fren!


Aku nak bagitau kat seme orang apa hadiah aku dapat~ Lalala


Buat sesiapa yang tidak mengenali Farhad atau nama glamernye Wahdi itu.
Sila layari blog beliau http://stillwahdi.blogspot.com.

Farhad suka amik gambar.
Sume gambar-gambar yang dia amik, cantik-cantik.
Dia juga sangat kreatip.
Memang suka sangat dengan kerja dia masa kerja sama-sama dedolu.

Anyway.
Aku doakan ko berjaya dalam apa jua bidang yang ko ceburi.
Aku memang akan support semua kawan-kawan aku.
Tak kira siapa pun.
Setulus ikhlas hati ku ni.
Wah, ayat?

Coretan: Dan dan promote ek sebab dpt hadiah? LOL!

Read more...

Kenapa bah, kau berubah?

>> 23 October, 2009

Kenapa bah?
Kenapa kau tukar kuah cili yang aku suka tu kepada kuah cili yang lain?
Kenapa?

Kau tau kan aku suka makan nasi kukus ayam berempah dengan cili itu?
Kenapa kau tukar dengan cili yang lainnnnn?

Aku keciwa.
Aku tak suka.
Aku benci kau tukar kuah cili pesen lain.
Aku nak kuah cili yang dulu jugak.

Kenapa la kau gatal nak tukar-tukar resepi?
Ko ingat ko tukar resepi, pelanggan ko tak larik?
Konon best ek tukar resepi?

Ish, benci lah.
Aku baru je promote sedap.
Tarik balik lah.

Bosan mode~

Coretan: Kenapa suka tukar?

Read more...

Taik Lalat Tampal

Di satu malam...

Syasya: Mama, nanti adik takde taik lalat kan?
Mama: Takde...
Syasya: Mana mama dapat taik lalat Syasya?
Mama: Dari lalat laa...
Syasya: Bila mama 'tampal taik lalat' kat muka Syasya?
Mama: Aaaa? (Konfius)
Syasya: Nanti mama nak 'tampal taik lalat' kat adik kan?
Mama: Aaaa?(Konfius lagi)
Tetibe baru teringat.

Beberapa hari yang lalu... Mama berbual dengan abahSyasya. Syasya tengah tengok tb.
Mama: Nanti nak amik gambar adik dengan Syasya la. Pastu nak 'tampal taik lalat' kat pipi adik. Mesti macam sama nanti. Mesti kelakar.
Abah: (Tak ingat dialog abahSyasya time ni).


Syasya & 'Taik Lalat Tampal' nye~

Patutla.
Ingatkan mana la Syasya dapat perkataan 'Tampal Taik Lalat' tu.
Rupanye aku la yang cakap.
Tak sangka pulak dia dengar & 'take note.
Ish ish ish.

Coretan: Hati-hati bila berkata-kata...

Read more...

Sengkuang, kuah merah & kacang tumbuk

>> 21 October, 2009

Ada la penah sekali tu.
Tetibe jer teringin.
Sesekali ku rasa teringin.
Teringin nak makan sengkuang ngan kuah merah ditabur kacang tumbuk.

Sedapnye.
Terkenang daku zaman sekolah-sekolah dulu.
Selalu makan sengkuang tu.
Seposen jer sekeping besar.


Gambar hiasan - Bukan sengkuang sebenar yang dibeli.

Tiba-tiba.
Tadi terjumpa lak sengkuang tu kat kedai makan bawah opis ni.
Ada pulak kuah merah dengan kacang tumbuk.
Lantas ku rembat sebungkus.

Hmm.
Tapi kuah merah dia tak sedap sangat.
Dulu aku makan kuah merah dia sedap.

Takpelah.
Dapat gak makan sengkuang dengan kuah merah bersama kacang tumbuk itu.
Dapat makan pun jadi lah.

Coretan: Macam makin kuat makan ler plak. Nak menambah beratkah?

Read more...

Drag Me to Hell


Eiii.
Gambar macam seram.
Rupa-rupanya kelakar seram.

Eiii.
Bodohnye citer.
Tak paham apa pengarah citer ni nak cerita.

Pompuan tua dalam citer ni kuat giler.
Pembaris tertusuk dalam kerongkong boleh tak mati?
Mata dahi kena stapler boleh ilek-ilek lagi?

Eiii.
Citer seram bodoh.

Sebaik abahsyasya donlod kat tenet je.
Takde la rugi pape.

Coretan: Wiken tak pegi mana-mana, tengok movie kat umah je lah.

Read more...

Nasi Kukus Ayam Berempah

>> 20 October, 2009

Nasi kukus, ayam goreng berempah, timun, kuah cili, kuah macam kari tapi tak macam kari (pastikan masa makan anda campur kesemua bahan ye~, cili - ikut pedas)


Suatu masa dulu.
Abahsyasya cakap member dia ketagih makan nasi ni.

Lepas tu.
Abahsyasya cakap dia pon suka makan nasi ni.

Best sangat ke?
Sampai ketagih-ketagih bagai?

Aku pandang rendah mula-mula dengan rupa nasik tu.
Dengan kandungan bungkusan nasik nye itu.
Kosong. Putih. Seputih nasiknye.

Nampaknya aku silap.

Sedap rupa-rupanya walaupun rupa paras tak seberapa.
Patut la derang yang pernah makan tu mengalami ketagihan.

Kalau tak sedap tapi ketagih jugak.
Itu maknanya dah kena guna-guna dengan kedai tu la agaknye.
Ada antu melambai-lambai datang ke kedai dia suh beli nasi dia.
LOL.

Takde lah.
Takde maknanye guna-guna.
Memang betul sedap la.

Tempat feberet beli nasi ni - Tempat parking Tesco Kajang


Sebenarnya.
Bersepah-sepah jer orang jual nasi kukus ayam berempah.
Tapi taktau la kot rasa nye sedap ke tak macam yang kat sini.
Nanti la aku try test coba nasi kukus yang lain lak.

Coretan: Orang kata Restoran Lesung Emas kat Seksyen 7, Bangi ada jual gak. Sedapkah?

Read more...

Syasya's Hair Cuts

>> 19 October, 2009

Masuk ni.
Dah 3 kali Syasya potong rambut.

Ye.
Syasya memang tak sesuai berambut panjang.
Sebab Syasya tak suka ikat rambut.
Apetah lagi bersepit, beriben, berhairband.
Syasya memang tak suka.

Mama pun suka Syasya rambut pendek.
Elok kemas jer.
Tak berserabai.
Tak comot.

Adik duduk diam-diam aaa

Manyak diam ini adik

3 kali potong.
2 jenis pesen rambut Syasya dah buat.

............

1st hair cut:
Potong bulat jer.
Masa ni rambut Syasya memang panjang.


............

2nd hair cut:
Layered, potong nipis, macam cina Techno.
Doktor suh nipiskan rambut Syasya.
Sebab masa tu Syasya kena gatal-gatal satu badan.


............

3rd hair cut:
Potong bulat sekali lagi.
Konon nak macam China Doll.
Tapi cam tak berapa jadik jer.
Tunggu panjang sket baru jadi kot.


..................

Untuk 4th hair cut yang bakal dilakukan:
Mama nak suh cina kedai potong pendek bebetul.
Macam rambut Keira Knightly.
Wah wah wah.
Ni rambut mama ke rambut Syasya? (tanya Syasya di dalam hati)

Mesti cun kalau macam nih.

Takpon pendek lagi macam ni.

Tiba-tiba.
Mama lak rasa nak potong rambut cam Keira Knightly.
Lalalala.

Coretan: Penah potong rambut style iklan Vidal Sassoon. Depan panjang, belakang pendek.

Read more...

35 minggu

Wah. Bestnye.
Tak sabar tunggu minggu ke 40.
Tak sabar tunggu nak cuti panjang.

Wah. Bestnye.
Takde la penat drive hari-hari pegi KL.
Takde la penat mengadap jem hari-hari kat KL.

Wah. Bestnye.
Pasni tambah lagi sorang member dalam kuarga.
Pasni Syasya dah ada kawan nak main sama-sama.

.....................

Longgokan baju Syasya yang masih ok sangat~

Operasi mengumbah semula baju lama Syasya pun dilakukan sekali lagi.
Kali ini dengan penuh ketekunan.
Hari tu mengumbah ala-ala hangat taik ayam jer.
Kali ni kita kumbah betul-betul.

*Mengumbah/Kumbah = Selongkar (taktau la orang lain guna ke tak perkataan ni. Aku guna)

Hmmm...
Ada gak yang boleh dipakai.
Ada gak yang tak boleh dipakai.

Mana yang tak boleh dipakai tu.
Campakkan jer la yek.

Ok.
Pasni dah kumpul.
Operasi membasuh plak nanti.

Sekian.

Coretan: Ada lagi yang tak beli lagi nih.

Read more...

Stokin?

>> 16 October, 2009

Ada satu hari tu tengah surfing-surfing.
Macam biasa berangan je la yang boleh kan.
Saja tengok socks yang comel-comel untuk adikSyasya.

Jenama nye ialah JazzyToes

Jumpa socks ni.
Tolonggg! Comelnyeeee...
Geram, geram, geram.

Ish, comelnye ko stokin oiii!
Ni plak Mary Janes.

Untuk boys pun ada~
Stokin? Sneakers?


Ye.
Harganya kalau nak beli.
Sekotak 84 hinggit hingga ke 88 hinggit.
Ada kat dalam TinyTapir.

Sila la beli kalau suka.
Silakan...

Coretan: Beli yang biasa-biasa jer.

Read more...

Plow & Harvest, Harvest & Plow

>> 15 October, 2009

Abis jer semua riben aku dapat nanti.
Aku benti la main menda ni.

Agak-agak.
Bila tu yek?
Lagi cepat lagi bagus.

Yang ni paling banyak lagi lom dapat.

Lagi 3 reben.

Seme dah dapat.


Tetibe teringat masa zaman belajar dulu.
Satu rumah stay up.
Semata-mata nak lawan ranking masing-masing.
Giler la korang.

Masih ingatkah lagi korang?
Nana? Jijah? Ida? Awe?
Ingatkah korang?

Coretan: Jangan mula.

Read more...

Kenapa kau tak apdet?

Wah.
Lama betul tak berblog.
Apakan daya - duit aku takde nak reload prepaid internet.
Haha.
Itu konsep sampingan.

Konsep utama.
PC itam kat umah agak bermasalah sejak-sejak kebelakangan ni.
Eh. Bukan sejak kebelakangan jer.
Memang sejak azali.
Cuma kali ni tahap bengong dia melampau-lampau.

Aku tak setabah abahsyasya.
Sanggup tunggu walau berjam-jam nak upload seketul gambar.
Ish. Tak bley, tak bley.

Beli laptop baru?
Memang la nak beli, tapi banyak lak nak pakai duit ujung-ujung tawun ni.

Iskkk. Sadis.

Hmm, ni pon salah satu konsep kenapa aku bz lately~

Coretan: Serabut mode~

Read more...

Potluck Raya

>> 08 October, 2009

Satu hari di minggu lepas.
Ada sorang kawan tu cadangkan buat potluck raya.
Potluck raya yang juga merangkap gathering kecil-kecilan kengkawan opis lama dulu.

Wah.
Cadangan yang menarik.
Saya sangat suka.

Maka.
Planning impromtu dilaksanakan.

Dan.
Mereka mencadangkan rumah saya yang comel sebagai tempat berlangsungnya potluck raya itu.

Hasilnya...

Abahsyasya selaku tuan rumah membakar ayam.

Habis berasap setaman. Sori jenjiran~

Memandangkan rumah tuan rumah pun takde la besar sangat.
Meja makan tuan rumah pon takde la besar sangat.

Maka.
Tuan rumah menyediakan 2 meja untuk meletakkan makanan yang banyak itu.

Tuan rumah kecik sedang merehatkan diri sebelum beberapa insiden kekecewaan berlaku terhadap dirinya. Haha.

Dan.
Inilah makanan-makanan yang sedap-sedap dibawa oleh peserta-peserta yang hadir.
(Banyaknye penggunaan kata ganda di dalam ayat ini.)

Meja 1 - Kategori makanan utama

Meja 2 - Kategori makanan sampingan

Setelah kesemua peserta tiba.
Sesi penggambaran dilakukan sebagai kenang-kenangan.
Mereka terpaksa mengalihkan coffee table baru tuan rumah ke depan sedikit untuk memuatkan kesemua manusia yang hadir.

Ye.
Kecik jer rumah tuan rumah ni.
Tapi saya gembira kawan-kawan semua sudi datang...

Gambar dicuri dari facebook Alia.
(Tiada dalam gambar: Femeli Suhanazainal & Adam - anak kepada Uda)

Gambar dicuri dari facebook Chuop.

Akhir sekali.
Sungguh meriah sekali potluck raya ini.
Kepada peserta-peserta, maaf banyak-banyak kalau ada yang tak lengkap/cukup masa korang datang ni.
Harap sume gumbira seperti mana saya gumbira juga.

Sekian.
Terima kasih daun keladi + daun kelapa + daun mengkuang.

Coretan: Makanan banyak sampai tuan umah leh jemput jiran lak. Hehe.

Read more...

Open House Raya

Sonotnye hari raya.
Ujung minggu jer makan free.
Ujung minggu jer perut keras macam dahi.
Sonotnye hari raya.

Syasya memang suka spaigeti. Nyam nyam!

Susah betul nak amik gambar jejaka pemalu kat belakang tu~

Minah tudung pink makan sampai tak pandang camera. Makan je la yek.


Dalam banyak-banyak open house.
Masa ni jer yang sempat bergambar.
Kat rumah lain.
Semuanya konsentret makannnnn.

Coretan: Sonotnye berhari raya.

Read more...

Plan lepas raya

>> 07 October, 2009

Ok.
Sudah-sudah la tu beraya.
Skang ni kena setelkan hal adikSyasya plak.
Banyak lagi barang macam tak beli lagi.

Ingatkan nak pakai je balik barang-barang Syasya masa baby.
Tapi bila selongkar balik kotak Syasya.
Alamak!
Cam dah buruk lak seme-seme nye.

Terutama sekali yang dibasuh menggunakan mesin basuh lama dulu.
Mesin basuh cam hampeh yang menjahanamkan baju.

Iye.
Aku memang takde masa nak basuh baju pakai tangan.
Seme kasi hantam masuk dalam mesin jer.

Maka.
Plan lepas raya dimulakan.
Menyediakan barangan untuk adikSyasya...

Skodeng Mothercare KLCC.
Beli la satu pack baju ngan botol susu.

Feberet pertama - pelbagai jenis bodysuits. Beli sejenis dulu...

Kalau baby cam senang pakai bodysuit camni.
Tak kira la baju siang ke, baju tido.
Sekali harung.
Takde nak hilang suar ke hilang baju.

Feberet kedua - botol susu Tommee Tippee

Dah lama nak beli.
Tak beli-beli gak.
Akhirnya aku beli.

Dapat freegift ni

Petang tu gantung bear ni kat kereta.
Syasya tertarik lalu terkoyak.
Ish ish ish.
Tak panjang pulak umur bear ni.
Sian...

Orait.
Apa lagi ek nak kena beli?
Blank plak tetibe.

Coretan: Ada gak Syasya nye yang ok lagi bole dipakai.

Read more...

Cabaran berhari raya

>> 02 October, 2009

Setiap tahun di hari raya.
Kitaorang mesti kena pegi beraya umah paklong maklong sebelah bapak aku.

Dari kanan: Paklong & Maklong.
Dari kiri: Mak aku ler...


Ye la.
Kan elok ziarah-menziarahi sesama kita.
Lebih-lebih lagi kalau menziarah orang yang lebih tua dari kita.

Tapikan.
Aku memang ada masalah sikit kalau pegi umah paklong aku ni.
Memang tiap-tiap tahun.
Memang masalah yang sama jer.
Memang...

Masalahnya kan.

Abahsyasya saja tuang air dalam gelas. Takde la nampak sangat tak minum. Hehe.


Masalahnya...
Maklong aku suka sediakan air siap-siap masuk dalam jag air.
Ok la konsep tu.
Bagus. Jimat masa, tenaga.

Masalahnya...
Jag air maklong tak kedap udara, tak kedap binatang.
Adalah dengan itu.
Haiwan-haiwan kecil yang sukakan gula pon datang.
Derang pon nak minum gak kan.

Hasilnya.
Maklong hidangkan air bersemut kat orang.
Hmmm...

Kitaorg yang kontrol duduk tegak jer.

Ni lah cabarannya.
Maklong paklong suruh minum air tu.
Tapi.
Air tu ada semut...
Macam mana kitaorg nak minum?

Alahaiiii...
Tak minum kang kecik lak ati derang.

Alahaiii..
Syasya nih. Mintak air sirap ler pulakkkk.
Puas kena explain, "Air sirap tu ada semut Syasya."
Cakap pon kena la bisik-bisik.
Huhu.
Cabaran sungguh.

Akhirnya.
Kitaorang sampai ke sudah memang tak minum air sirap itu.
Kecuali mak ngan bapak aku je yg minum.

Takpe.
Derang dah tua.
Takpe minum air semut.
Hehe.

Kepada maklong paklong saya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin.

*Sori letak citer maklong paklong dalam blog. Saja nak kasi pedoman kat orang, takde niat lain...

Coretan: Tahun depan mesti sama jugak... Huhu.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP