Cabaran berhari raya

>> 02 October, 2009

Setiap tahun di hari raya.
Kitaorang mesti kena pegi beraya umah paklong maklong sebelah bapak aku.

Dari kanan: Paklong & Maklong.
Dari kiri: Mak aku ler...


Ye la.
Kan elok ziarah-menziarahi sesama kita.
Lebih-lebih lagi kalau menziarah orang yang lebih tua dari kita.

Tapikan.
Aku memang ada masalah sikit kalau pegi umah paklong aku ni.
Memang tiap-tiap tahun.
Memang masalah yang sama jer.
Memang...

Masalahnya kan.

Abahsyasya saja tuang air dalam gelas. Takde la nampak sangat tak minum. Hehe.


Masalahnya...
Maklong aku suka sediakan air siap-siap masuk dalam jag air.
Ok la konsep tu.
Bagus. Jimat masa, tenaga.

Masalahnya...
Jag air maklong tak kedap udara, tak kedap binatang.
Adalah dengan itu.
Haiwan-haiwan kecil yang sukakan gula pon datang.
Derang pon nak minum gak kan.

Hasilnya.
Maklong hidangkan air bersemut kat orang.
Hmmm...

Kitaorg yang kontrol duduk tegak jer.

Ni lah cabarannya.
Maklong paklong suruh minum air tu.
Tapi.
Air tu ada semut...
Macam mana kitaorg nak minum?

Alahaiiii...
Tak minum kang kecik lak ati derang.

Alahaiii..
Syasya nih. Mintak air sirap ler pulakkkk.
Puas kena explain, "Air sirap tu ada semut Syasya."
Cakap pon kena la bisik-bisik.
Huhu.
Cabaran sungguh.

Akhirnya.
Kitaorang sampai ke sudah memang tak minum air sirap itu.
Kecuali mak ngan bapak aku je yg minum.

Takpe.
Derang dah tua.
Takpe minum air semut.
Hehe.

Kepada maklong paklong saya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir & batin.

*Sori letak citer maklong paklong dalam blog. Saja nak kasi pedoman kat orang, takde niat lain...

Coretan: Tahun depan mesti sama jugak... Huhu.

10 komentar:

abahsyasya,  10:38 AM  

Tips mengelak minum air yg ada semut yg dihidang oleh tuan rumah

1) Tuan rumah akan pelawa..
Tuan rumah : tuang la air tu, jgn malu2

2) Bila tuan rumah leka pandang tempat lain, tuang air dalam gelas 1/4 gelas je

3) Borak2 cam biasa sambil pegang gelasa tu (pegang je)

4) Bila nak balik, tuan rumah mesti tak perasan yg kita tak minum air tu, nampak cam dah minum...


sekiannnnn

Mak Ton 11:01 AM  

umah mak mertua aku pun gitu...
tp dijamu utk aku...
so aku xder le minum air semut...
SELAMAT!!!

rohamia 12:03 PM  

cadangan aku

Gunala jug air yg style mcm kat buffet ala yg ade pipe tuh...beli la yg fancy...muat dlm 3-5 liter pn okay...betutup elok...yg mcm thermos pn ade utk air panas...jimat masa gak...kat umah aku mmg guna tuh...tp for raya ke 2-3 jela...sbb time tuh mmg tiap2 hari sekali tetamu dtg stok 4,5 biji keta..penat woo nak buat air....aku pn penah gak mengalami nasib mcm ko nie jal....kdg2 nak kata umah tu semua tua2 tak gak...ade gak yg muda2....kalau semua tua2..kira dimaapkan la...heheh

suhanazainal 12:30 PM  

paklong saje nak test korang layak jadi peserta fear factor malaysia ke tak....

Jogger 5:30 PM  

dlm2 byk2 komen, suhanazainal gak yang paling besh. muahhahahha

*ala cakap arr kat paklong & maklong

"air ada semutlah, meh saya buatkan yang baru"

<< honesty is the best policy >>

Nabil Fizri 6:33 PM  

minum air semut nanti gatal tekak.
tu je.

Anonymous,  12:55 PM  

jal, setuju dgn Jogger tu, memang kehadiran semut dalam air tu quite common which supposed not lah kan..tapi normal practice is bagitau tuan rumah, air ade semut & if ko offer tolong buatkan air baru is double bonus. :)..tuan rumah shud not get offended in this case and most of the case, they wud say sorry. just a thot.

-awin

jellyna 1:55 PM  

kengkawan seme,
ekceli kitaorg cakap kat derang air ada semut, tapi derang wat tatau je (atau tak dengar). Lagipon kan atas meja besar tu ada sebekas besar lagi air sirap yang dah siap dibancuh, kalau mintak yang baru pon, sure derang amik yg dalam tu jer, takpe la mereka orang-orang tua, mata pon tak nampak, yg penting dapat menziarah mereka, tak minum air pon takpe~

Jogger 6:45 PM  

Nabil....

kalo minum air semut.... semut nak minum apa???

(lawak budak darjah satu)

Jajadomaq 3:30 PM  

Kaladtg umah akak.. akak bagi air kotak ribena.. Kelas gitu!!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP