Potluck Raya

>> 08 October, 2009

Satu hari di minggu lepas.
Ada sorang kawan tu cadangkan buat potluck raya.
Potluck raya yang juga merangkap gathering kecil-kecilan kengkawan opis lama dulu.

Wah.
Cadangan yang menarik.
Saya sangat suka.

Maka.
Planning impromtu dilaksanakan.

Dan.
Mereka mencadangkan rumah saya yang comel sebagai tempat berlangsungnya potluck raya itu.

Hasilnya...

Abahsyasya selaku tuan rumah membakar ayam.

Habis berasap setaman. Sori jenjiran~

Memandangkan rumah tuan rumah pun takde la besar sangat.
Meja makan tuan rumah pon takde la besar sangat.

Maka.
Tuan rumah menyediakan 2 meja untuk meletakkan makanan yang banyak itu.

Tuan rumah kecik sedang merehatkan diri sebelum beberapa insiden kekecewaan berlaku terhadap dirinya. Haha.

Dan.
Inilah makanan-makanan yang sedap-sedap dibawa oleh peserta-peserta yang hadir.
(Banyaknye penggunaan kata ganda di dalam ayat ini.)

Meja 1 - Kategori makanan utama

Meja 2 - Kategori makanan sampingan

Setelah kesemua peserta tiba.
Sesi penggambaran dilakukan sebagai kenang-kenangan.
Mereka terpaksa mengalihkan coffee table baru tuan rumah ke depan sedikit untuk memuatkan kesemua manusia yang hadir.

Ye.
Kecik jer rumah tuan rumah ni.
Tapi saya gembira kawan-kawan semua sudi datang...

Gambar dicuri dari facebook Alia.
(Tiada dalam gambar: Femeli Suhanazainal & Adam - anak kepada Uda)

Gambar dicuri dari facebook Chuop.

Akhir sekali.
Sungguh meriah sekali potluck raya ini.
Kepada peserta-peserta, maaf banyak-banyak kalau ada yang tak lengkap/cukup masa korang datang ni.
Harap sume gumbira seperti mana saya gumbira juga.

Sekian.
Terima kasih daun keladi + daun kelapa + daun mengkuang.

Coretan: Makanan banyak sampai tuan umah leh jemput jiran lak. Hehe.

3 komentar:

zulfarina zulkeple 2:04 PM  

menariknye....tapi rugi i tidak dijemput huhuhuhu

jellyna 9:55 AM  

sori...

1. i bukan ajk jemputan
2. takut kena tukar buat kat heritage la plak kan~ tak cukup ruang
3. maybe another next gathering ok~

chuopa 7:44 PM  

setiap kali lapar mesti teringat makanan yg ada. ergh...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP