Taik Lalat Tampal - Episode 2

>> 26 November, 2009

Syasya: Mama, bukak taik lalat Syasya ni.
Mama: Kenapa?
Syasya: Adik takde taik lalat.

Syasya bangun tengok mukanya kat cermin.
Syasya guna jari telunjuk nak tutup taik lalat kat pipi dia tu.

Syasya: Mama, mama. (Sambil tunjuk taik lalat yang telah ditutup dek jari)
Mama: Tak comel la Syasya takde taik lalat. Lawa lagi Syasya ada taik lalat.
Syasya: Nanti kita tampal taik lalat kat adik la.
Mama: Okkk...

Syasya & Muya

Coretan: Syasya gumbira ada Muya.

Read more...

Dunia Baru Nur Muyassarah

>> 24 November, 2009

Dah berlumut dah blog ni.
Lama betul tuan dia cuti.

Tuan dia cuti sempena kelahiran seorang budak kecik ke dunia baru.
Nur Muyassarah.
Maksud = Yang diberi kesenangan, kemudahan.

Selamat datang ke dunia baru Muya.

Fresh from the womb

Dulu dunia Muya macam gelap-gelap ada air jer.
Skang dunia Muya dah terang-benderang.
Macam-macam ado.
Kan Muya kan?

Baru lepas 15 minit dicuci

Sebab nak bawa Muya ke dunia baru.
Mama kena cocok tang sana, cocok tang sini.

Dicocok tang sana, dicocok tang sini.

Mula-mula 2 kali kena cocok kat tangan kanan, tak berjaya.

Bukan sebab urat tangan mama tak nampak.
Urat tangan mama jelas terjojol kaler hijau.

Tapi dek sebab mata nurse tu yang tak nampak (ye, nurse tu dah tua)
Kena la cocok banyak kali.

Sebaik sakit contraction tu lagi sakit.
Takde la mama heran sangat sakit kena cocok tu.

Fuh! Ngeri teringat jarum panjang yang cocok tangan mama tu.

Time discharge. Masih gendut.

Ok.
Tu je la nak stori setakat ni.

Coretan: Bestnye ada Syasya ngan Muya...

Read more...

Syasya, Kek & Besday Party

>> 13 November, 2009

Beberapa minggu lepas.
Ini bulan 10 punya stori.

Syasya & femeli pegi jalan-jalan.
Sambil mencarik hadiah hejadi untuk Qaseh.

Mama singgah Secret Recipe.
Skodeng kek-kek menarik untuk dimakan.

Mama amik brosur Secret Recipe.
Saja suka nak amik.
Balik umah boleh berangan.
(Dengan kek pon nak berangan? Apakah?)

Dalam brosur tu ada kek hejadi gambar Powerpuff Girls.
Syasya dah start berangan.

Berangan nak kek Powerpuff Girls itu.
Berangan nak nyanyi lagu hepi besday.
Berangan nak tiup lilin.

Pagi petang siang malam berangan...

Sehinggalah tibanya hari besday party Qaseh itu..

Syasya yang berbunge-bunge hatinya..melihat kek gambar PPG.

Macam impian menjadi kenyataan.
Syasya begitu terkesima melihat kek besday Qaseh.
Mesti dalam hati Syasya - "Hah? Kek idaman hatiku?"

Inilah kek idaman Syasya yang ditatap dalam brosur SR hari-hari.

Tibalah masa menyanyi lagu hepi besday untuk Qaseh.
Sekali lagi Syasya terkesima.
Nyanyi lagu Hepi Besday plak?

Sekali lagi impian jadi kenyataan.
Semangat giler Syasya nyanyi.

Syasya yang sekali lagi berbunge-bunge hatinya..menyanyikan lagu hepi besday. Walaupun bukan untuk dirinya. Lalala.

Haa.
Part tiup lilin sowi yek Syasya.
Part ni Syasya kena tengok jer.
Sebab ini bukan besday Syasya.
Kalau nak tiup, pelan-pelan sudah la.
Sian Syasya.

Kami semua yang dijemput oleh Qaseh & mak bapaknye.

Dan sesungguhnya.
Syasya lupa.
Yang dia juga pernah ada besday cake PPG.
3 tahun yang lalu...

Besday kek PPG Syasya...

Coretan: Hepi 2nd Besday, Qaseh..

Read more...

Shepherd Pie & Hazel Cheese, SR

>> 10 November, 2009

Sebenarnya.
Dah lama dah mencarik Shepherd Pie Secret Recipe.
Nak try makan.
Sedap ke tak.

Punyalah banyak branch SR dah tanya, tapi sume takde.
Tetibe pegi Jusco Cheras Selatan aritu.
Jumpa la pulak.

Shepherd Pie

Malangnya.
Tidaklah sesedap mana Shepherd Pie ini.
Ada yang lagi sedap dari ini.

Maka.
Setakat ni saja lah yek.
Tidak ada kali kedua.
Selamat tinggal Shepherd Pie SR.

Hazel Cheese

Masa belek-belek pamphlet SR yang memang ada kat umah.
Macam nampak kek Hazel Cheese.

Ini macam kek baru je?
Ini perlu dicobaan.
Baca description pun macam sedap - "Rich hazelnut cheese filling with roasted hazelnut crust, extraordinarily tasty!"

Okeh.
Walaupun dia dalam kategori cheesecake.
Akan tetapi, ciri-ciri cheese tu kurang.
Rasa hazelnut memang ada.
Ala. Macam kita makan jem cekelat hazelnut tu.
Macam tu la rasa dia.
Ok ok je la.

Americano pojaan hatiku~

Sedap lagi cheesecake SR yang lelain tu.
Sedap lagi Americano SR yang aku suka tapi dah takde tu.
Oh Americano~

Coretan: Suka Mee Maggi Perisa Udang - pon dah takde jugak.

Read more...

Ingatkan 2, rupanya 3?

La.
Rupa-rupanya.
Nasi kukus ayam berempah feveret aku tu ada 3 kuah.
Mati-mati ingat dia tukar sambal dia tu.

Rupa-rupanya.
Ada 2 version.
Satu sambal cili api+cili masak yang aku suka tu.
Satu sambal ala-ala cam sambal nasik lemak.

Rupa-rupanya.
Sambal yang macam ala-ala nasik lemak yang aku tak suka tu untuk spesel request.
Kadang-kadang ada bangsa lain yang beli takmo pedas.
Derang mintak kuah tu.

Oooo.
Baru ku tahu.
Maka dengan itu.
Boleh la beli balik nasi kukus feveret tu.

Sumber diculik dari Hanieliza Blogspot. Pinjam gambar yek sebab macam sedap nih~

Apapun.
Aku tak suka dengan ketembelan pompuan jaga kedai nasi kukus tu.
Lembab tembel nak mampus.
Terhegeh-hegeh macam penagih.

Lepas ni.
Aku rasa...
Aku nak try la masak sendiri nasi kukus ayam berempah ni.
Bley ke?

Coretan: Ada pengukus kah? Hahaha.

Read more...

The Vampire Diaries - A Darker Truth

>> 09 November, 2009


Ada satu malam tu.
Abahsyasya ajak menonton citer yang dia dah donlod.
Yesza. Donlod kat skolah dia la.
Kalau kat umah mau donlod kalu, tunggu 8 tahun baru siap donlod.

Ok.
Macam biasa.
Tipikal cerita seram, tak kisah la cerita bersiri ke cerita filem.
Starting cerita.
Ada kete lalu kat jalan yang sunyi.
Di malam hari.
Tetibe terlanggar satu objek.
Selepas itu, driver yang bodo keluar pegi cek siapa yang dia langgar.

Ok.
Tu starting citer dia la.
Mula la nak pandang rendah dah ni.

Pontianak Jahat, Awek Pontianak Baik & Pontianak Baik


Tapi.
Bila tonton dalam 20 minit ke atas.
Alamak. Cam best plak.
Cis.
Tetibe mata ngantuk nak tido cam tak jadi tido plak.

Hero a.k.a Pontianak Baik cam ensem.
Heroin a.k.a Awek Pontianak Baik cam cantik.
Ada pulak Pontianak Jahat datang.
Pon lagi ensem jugak.

Cis sekali lagi.
Perlukah aku teruskan menonton cerita ini?
Jalan cerita semakin menarik pulak nih.

Ok.
Episod 1 dah abis tengok.
Harus aku sambung episod yang seterusnya selepas ni.
Cis kali ketiga.

The Vampire Diaries - Adaptasi dari novel bersiri L.J.Smith.
Patut la macam penah terbayang-bayang je tajuk nih.

Coretan: Dah lama tak layan tv series.

Read more...

Backpack cum Friendly Harness

>> 02 November, 2009

Dedulu.
Masa shopping kat KLCC baju adikSyasya.
Mama nampak la menda alah ni kat rak-rak situ.

Uh.
Menarik nih.
Budak macam Syasya cam sesuai pakai menda ni.
Bukan Syasya jer kot.

Semua budak yang tak geti duduk diam setempat time berjalan-jalan elok sangat beli.
Semua budak yang mak bapak dia suka berjalan-jalan pon elok sangat beli.

Sangkut kat belakang, macam pakai beg. Dah memang dia beg. Kalau berjalan tempat sesak, pasang tali tu. Agak-agak Syasya nak lari jauh sket jer, tarik tali tu. Hehe.

Leh letak kain, botol susu, puting Syasya. Ooopss. dah besar isap puting lagi, Syasya?

Kalau tengok memang macam tah pape la sikit.
Pasang tali kat anak.
Tapi.
Lagi elok la daripada anak hilang?
Kan? Kan?

Harga?
RM49.90.
Sila la beli.
Apa la sangat RM49.90 nak dibandingkan jika anak hilang?

Selain KLCC.
Ada gak dijual di Manjaku.
Kedai barang-barang baby tu.
Cariklah.

Beg monyet pon ada.

Lembu pon ada.

Jadi.
Nanti mama belikan satu untuk Syasya yek.
Kalau beli skang pon, kita bukan nak jenjalan dah.
Kita dok umah jer pasni.
Jaga adik.
Lalalala.

Coretan: Omputih dah lama pakai ni.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP