The Biggest Loser

>> 31 December, 2009

Kalau yang omputih nyer dah season ke berapa ntah.
Yang omputih punya asik terlepas tengok dari yang first episode.

Tapi.
Yang Asia macam dapat tengok dari pemilihan peserta.

Maka.
Macam best jer nak follow.

Yang best tengok, masa peserta gumuks-gumuks tu timbang berat badan derang selepas seminggu aktiviti.
Boleh nampak penurunan berat badan derang yang sangat ketara (utk yang rajin lah).

Hari tu tertonton yang omputih punya masa peserta dah tinggal 6 orang.
Derang tunjuk berat badan sebelum & selepas join Biggest Loser.

Mak aii.
I sangat kagum.
Dari gumuks menggelebeh, terus kurus slim fit.
I loikeee!

................

Ada sesuatu perkara telah berlaku di rumah...

Prakkk! Abahgirls dah patahkan kusi komputer. (Curik gambar dari blog abahgirls)

Maka.
Untuk mengelakkan perkara begini dari berlaku lagi....

Tak semestinya gemuk baru nak join. Kurus pon bley, kasi fit.

Apa kata abahgirls join the club?
Hehehe.

Coretan: Diet diet. Suar tak muat nih.

Read more...

Merah yang menawan

>> 29 December, 2009

Merah memang feveret kaler aku.

Akan tetapi.
Tak semua menda sesuai dengan warna merah.

Tu pasal walaupun aku suka & tergila-gilakan warna merah, tak banyak menda-menda yang aku ada menggunakan elemen merah.

Masa belek-belek katalog IKEA versi IKEA Celebrations.
Ternampak lak satu set pinggan mangkuk kaler merah yang cun.
Untuk orang yang suka merah cam aku memang cun la set pinggan ni.
Cam sangat cantik dan sesuai sekali berwarna merah.

Mug, Bowl, Plate & Deep Plate

Alamak.
Tetibe terberkenan ler pulak.
Macam nak kena masukkan dalam wishlist kat tepi tu.

Ooopss.
Yang set Corelle pon tak dapat lagi. Nak tambah set ni pulak.
Egegege.

Jom kita kira bajet untuk mendapatkan set LJUVLIG Ikea berwarna merah ini:

Mug: RM4.90/each x 6 = RM29.40
Bowl: RM4.90/each x 6 = RM29.40
Plate: RM11.90/each x 6 = 71.40
Deep Plate: RM9.90/each x 6 = RM59.40

Total 1 set = RM189.60

Coretan: Teringat pinggan dulu-dulu kaler coklat yang orang guna time kenduri.

Read more...

Drumsticks

>> 28 December, 2009

Dah lama tak makan eskem Drumstick.
Memang suka makan eskem jenis macam ni.
Kalau Walls panggey Cornetto.
Nyam nyam! Lazatnye~

Drumstick ayam pon sedap.
Kalau beli KFC Chicky Meal ayam, mesti derang bagi bahagian drumstick.
Ye la kan.
Senang budak-budak nak makan.

Tapikan.
Sebenarnya.
Bukan nak citer pasal kedua-dua drumsticks di atas.
Tapi.
Nak citer pasal drumstick aku yang dah besar macam drumstick FaraFauzana.

Uwaaa!
Habis tak muat dah suar jeans aku.
Habis tak muat suar keje aku.

Sebaik kazen abahgirls ada bagi suar jeans Levi's dulu.
Dedulu tak bole pakai, sebab agak kurus sket.
Skang ni dah bole pakai, tapi tu pon aku muat selai jer?
Apakah?

Yeah!
Haruskah dilupakan terus drumstick eskem & drumstick ayam?

Coretan: Dah agak dah...

Read more...

Membeli belah secara maya

>> 25 December, 2009

Best kan idop zaman serba canggih ni.
Tak boleh kuar rumah pon, kita boleh lagi nak bersopping.

Dah banyak kali gak la sopping via internet ni.
Dan setakat ni semua barang selamat sampai ke tangan.
Hari ni bayar, esok dapat.

Aritu saja-saja window sopping (dlm internet), terskodeng banyak lak promo sempena YES.
Sekali tu ternampak botol susu Muya macam murah gak hagenye.
Maka.
Akak pon terjebak la nak mensoppingkan diri.
Terbeli la 2 ketul botol susu & pacifier (puting) seketul.

Pepagi buta dah sampai kotak ni...

Comelkan pacifier ni? Malangnya...

Hmmm.
Ingatkan Muya pandai isap puting macam kakak dia.
Rupa-rupanya.
Tak semua budak pandai isap puting, yek?
Alah alah Muya...

Kejap jer dah dijeluekkan balik puting comel ni. Isk isk.

Ingat memula takmo ajar isap-isap puting ni.
Takut jadi macam kakak dia.
Sampai skang tak boleh berpisah dengan puting.

Akan tetapi.
Tahukah anda jika baby isap puting, baby boleh leka (mengikut pengalaman).
Senang tido, kurang menangis.
Nangis jer sumbat puting. Huhu.

Ikut pembacaan pon, pakai puting boleh mengurangkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
Nak tau lebih, google sendrik yek.

Takpelah Muya.
Dah Muya takmo, nak wat cane.
Simpan je la puting..
Yang comel itu...

Coretan: Syasya lak takbole takde puting.

Read more...

Cucu Betong

>> 14 December, 2009

Dulu aku penah tengok Anak Betong.
Skang ni dah ada Cucu Betong lak.

Pelakon Anak/Cucu Betong

Masa citer Anak Betong, tak tengok pon sampai abis.
Ending pon tak tau.
Kisah Cucu Betong ni pulak, pasal anak kepada anak betong aritu.

Bila dah terjebak tengok cerita bersiri macam ni.
Kena la teruskan tengok sampai citer ni abis.
Tu pon kalau cerita ni abis sebelum aku start keje lah.

Bila dah keje, mana sempat balik sebelum kol 4.30 petang.
Dah sah-sah kuar opis pon pukul 6 petang.
Sampai umah kol 7 petang (plus minus).
Ape kes?

Tapi takpe sebenarnya kalau tak dapat tengok.
Syok.org kan ada.
Donlod je la nanti.
Ape susah.

Coretan: Cenel tak berbayar lagi banyak citer best dari cenel berbayar.

Read more...

Sebulan

>> 13 December, 2009


Muya yang tak banyak songeh.

Lagi 3 hari je Muya dah genap sebulan.
Cepat betul masa berlalu.

Tak sabar nak balik rumah sendiri.
Nak mengetest suar jeans yang dekat nak 9 bulan tak pakai.
Boleh pakai ke tak lagi agaknye yek?
Lalala.

Masa memula peknen dulu berat 62kg.
Last sekali timbang masa 39 minggu peknen, berat 71kg.

Lepas Muya kuar, belum penah timbang lagi.
Agak-agak berapa yek berat skang ni?

Kakak yang sayang adiknye tapi suka wat bising tepi adik.

Coretan: Tinggi = 165cm. BMI berapa? Kira la sindrik.

Read more...

COWAY PETIT - Penapis & pemasak air

>> 11 December, 2009

Sejak anak dah 2 orang, asik kena masak air jer.
Tadah air dalam cerek.
Pastu masak.

Kalau kat umah sendiri memang kompem kena masak air.
Sebab kat umah sendiri takde penapis air yang hebat lagi mahal.

Sekarang ni walau berada di rumah nenekGirls yang ada penapis air mahal tu.
Walaupun air tu tak payah dimasak pon sebenarnya (boleh diminum terus).
Tetap jugak kena masak air.
Sebab memang kena ada air panas sentiasa.
Sebab nak kena wat susu.

Maka.
Rasanya pasni macam kena cari penapis air yang merangkap pemasak air.
Hmm...

Sebenarnya.
Dah lama terjatuh chenta tengok satu penapis air ni masa dia kuar kat rancangan Eric Leong.
Dalam hati fikir, aku mesti beli menda ni satu hari nanti.
Tu pasal la aku tak beli lagi penapis air sampai skang ni.

Alasan.

COWAY Petit - Idaman hati ku~

Yeah! Inilah menda nye.
Produk yang dah glamer kat Korea.
Eric Leong pon dah promote dalam tv show dia - Jom Bersama Eric.

Coway Petit yang memenuhi semua spesifikasi yang aku nak.
Petit ni boleh letak atas kitchen cabinet, meja atau mana saja tempat yang kita nak letak.
Janji dekat dengan paip air la.

Pehtu.
Tekan ajer butang mana yang kita nak.
Nak air sejuk?
Nak air panas?
Nak air biasa?

Tak payah nak tadah air.
Tak payah nak jerang air.
Ala.
Macam kat opis.

Air pulak air Reverse-Osmosis.
Air RO.

Ciri-ciri Petit idamanku

Ok.
Harga Coway Petit ni dalam RM4k++.
Mahal giloshhh!

Tapikan.
Rupa-rupanya Coway ni ada skim sewa beli selama 5 tahun.
Bulan-bulan kita bayar rm110 (lebih kurang la).
Segala servis, maintenance, alat ganti (kalau rosak) semua Coway yang buat. FOC.
Lepas 5 tahun, filter tu kita yang punyaaa.

Bestkan?

Dan.
Memandangkan mak mentua merupakan agen COWAY.
Senang la nak tau nanti nak beli kat siapa.
Kalau ada yang berminat nak beli produk ni.
Boleh kontek aku.
Nanti aku bagitau mak mentua aku, korang nak beli.

Maka.
Inilah wishlist aku yang terbaru untuk penghujung tahun 2009 ni.

p/s: COWAY bukan MLM ok~

Coretan: Tengah buat kira-kira bajet ikut priority.

Read more...

Tag Masak-masak

>> 06 December, 2009

Tag masak memasak from Kak Ain:

Lama dah Kak Ain tag, tapi baru skang ni nak reply.

1. Suka memasak?

Macam suka kot. Tapi kadang-kadang penat tahap cipan membuatkan suka itu menjadi tak berapa suka.

2. Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah ... (2 jenis)

Alamak. Apa yek? Macam tak istimewa jer seme masakan aku?

1. Tom Yam Kaki Ayam
2. Spageti Letak Brokoli

3. Makanan istimewa yang anda suka di waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)

1. Nasi Impit
2. Kuah Kacang

4. Kuih raya kegemaran anda dan si dia

Aku suka beskut raya yang ada ciri-ciri cornflakes. Ada satu kuih cikgu sekolah dia jual. Namanye Crispy Chocolate (lebih kurang gitu la). Sedap woooo. Lovedaisi tak jual beskut ni. Tahun depan nak jual lah. Bley?

5. Tayang sikit masakan dari anda.

6. Tag 10 orang rakan ada.

  1. Roha - Ada satu time tu dia macam rajin memasak
  2. Sue - Tak penah baca citer Sue memasak. Tetibe macam nak tau.
  3. Soulie - Asik baca citer dia makan kat kedai best-best jer. Akak dia macam suka masak, Soul bagaimana?
  4. Isma - Dulu dia dok UK dia macam suka masak. Skang dah balik Mesia, suka masak lagi tak?
  5. Kak Liza - Akak ni pon macam suka masak. Baca blog dia masa bulan pose, hari-hari dia masak
  6. Kak Zai - Akak ni pon macam suka masak gak. Dia siap bagi resepi kat dalam blog dia lagi.
  7. Farhad - Seorang lelaki yang sangat suka memasak. Lepas masak, makanan dia mesti ada sesi photography.
  8. Izma - Kazen aku ni pon macam rajin gak masak. Penah baca dia masak gulai tempoyak. Cam lazat jer?
  9. Jijah - Aku tau ko dah lama tak apdet blog. Tapi aku nak tau cerita ko pasal masak lepas ko dah kawen. Tetibe aku teringat peristiwa ko ngan Nana naik ke balai cerap UTM kerana kes masak-masak ni.
  10. Maton - Aku rasa ko pon macam suka masak kan Maton. Siang ikan banyak-banyak pon ko rajin. Masak apetah lagi kan?

Oraits. Setel. 10 orang berjaya ku tag. Kalau rajin buat la bebila.

Coretan: Kalau nak masak biar la kat dapur cukup bahan-bahannye...

Read more...

Nur Kasih, Cinta Balqis & Nenek Kebaya

>> 03 December, 2009

Kalau tak cuti panjang, jangan harap nak dapat menonton citer-citer berepisod ni.
Nur Kasih yang seme orang dambakan tu pon aku tak dapat nak follow.

Apapun.
Dapat gak tengok Episode Finale Nur Kasih minggu lepas.
Egegege. Idop gak Adam akhirnya yek?
Hehe.

Oleh kerana ketinggalan keretapi nak tengok citer Nur Kasih.
Oleh kerana cuti lama sampai bulan Januari 09 nanti.
Oleh kerana TV3 tayangkan ulangan Nur Kasih setiap hari Selasa - Jumaat.
Boleh la cover balik episod depan-depan yang tertinggal tu.


Tapi.
Sebelum tengok Nur Kasih.
Tertonton lak citer Cinta Balqis kol 6.30.
Dah terpaksa layan tiap-tiap petang.
Citer Cinta Balqis ni macam tipikal citer melayu biasa jer.
Sebab dah tertonton.
Layankan je lah.



Pehtu.
Malam pulak ada citer Nenek Kebaya.
Tapi malam ialah ulangan. Episod sebenar kol 4.30 petang.
Cam asik lupa lak nak tengok yang petang.
Tengok je la yang malam.

Intan Sari datang nak balas dendam kat kuarga Adam ni.
Menyamar jadi perempuan cantik muda kawin dengan orang tua.
Ada pulak Inang Sari yang dikatakan dapat mengalahkan Intan Sari.
Ish ish.



Nampaknya.
Ni lah rutin hari-hari sampai bulan Jan 09.
Nanti dah start keje tak bole nak tengok lagi dah.
Hari-hari sampai rumah pon dah kol 7.30 malam.
Ala tak bestnye...

Coretan: Nak cuti terus bley ke AbahGirls?

Read more...

Tag dari Soulie

1. Adakah anda rasa anda hot?
HOT! Memang hot gak la skang ni sebab umah mak ni memang sentiasa mendapat bahang angin laut.

2.Upload gambar kegemaran anda.


3. Cerita pasal gambar?
The Girls. Nur Batrisyia (Kakak) & Nur Muyassarah (Adik).

4.Bila kali terakhir makan pizza?
Dominos Pizza perisa BBQ Chicken yang nipis. Delivery ke rumah. Rasanya 2 hari sebelum deliver baby Muya.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Aril - Menatap Matamu - lagu macam ala-ala lagu 4U2C. Tu pasal I sker.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Bercocok tanam (eh sama mcm ko gak Soul!), cek email, baca blog.

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Nama panggilan yang sama ngan somiku. Teka ler.

8. Tag lagi 6 orang

  1. AbahGirls
  2. Sue
  3. Roha
  4. Kak Ain
  5. Kak Zai
  6. Izma
9. Siapakah orang No.1 pada anda?
Somi iaiatu Abah kepada The Girls. Tapi dia macam tak rajin jer nak wat tag-tag ni.

10.Kata sesuatu mengenai orang no 5
Sebelum ni dia dah terjebak dengan dunia penulisan tapi bukan dengan blog. Skang ni dia dah ada blog, so boleh la main tag-tag ngan dia. Dia ni jujur dalam memberikan pendapat.

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Huahuahua. Dia macam ada ramai hubungan ngan orang. Sukar dikenalpasti dengan siapa yang dia tengah serius skang ni. Lalala.

12. Bagaimana pula orang no.4?
Ex-bos saya yang sedang menantikan cahayamata nye yang pertama. Semoga selamat semuanya. Aminnn.

13. Pesanan kepada orang no 6.?
Ko bila pulak nak ada baby?

Don't forget to answer it in BM yer murid2!

Coretan: Ada 2 lagi hutang tag. Selow-selow.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP