Fashion fades, but style is eternal (YSL)

>> 28 December, 2010

Syasya
.
.
.
.
.

Sama tak? Sama tak? Sama tak?
Sama tak dengan skirt Syasya?

Read more...

Counting Crows

Eh tak lah.
Sebenarnya nak cakap COUNTING DAYS.
Minggu depan Syasya dah start sekolah.
Tadika.
Tak sangka anak mama dah sekolah dah.
Cepatnya masa berlalu.
Ok Syasya.
Belajar rajin-rajin. Mama doakan Syasya berjaya di dunia dan di akhirat.
Amin.

Muya pon excited nak gi skool jugak.

Jom layan lagu Counting Crows ni.
Lama tak dengar.

Read more...

Bila tetamu nak datang rumah...

>> 25 December, 2010

Hello. Ada rumah tak? Nak datang rumah ni. Kejap lagi sampai.

Alamakkk!
Ini adalah perkara yang paling ditakuti bila tetamu nak datang
rumah.
Tandas!!!

Orang kata kalau nak tau orang tu pembersih ke tak.
Tengok lah tandas rumah dia.
Kalau bersih, pembersihlah orang tu.
Kalau hmmm, pemhmmmlah orang tu.

Tapi kalau tandas jer bersih.
Tapi kawasan lain plak tak bersih.
Macam mana plak ye tu?

Yang penting wahai tetamu-tetamu ku.
Kalau rasa nak datang ke rumahku.
Sila inform awal sikit (kalau boleh sehari awal) supaya saya boleh cuci tandas saya yang kadang-kadang memang ada rupa macam tandas awam.
Saya memang mementingkan kebersihan tandas saya untuk orang awam.
Saya takut nanti anda kata tandas awam lagi bersih dari tandas rumah saya.

Harap maklum.

Tandas rumah saya BUKAN macam ni.

Read more...

Kan best kalau saya ni Doraemon

>> 18 December, 2010

Boleh kuarkan alat lipat baju.
Boleh kuarkan alat mencuci bilik air.
Boleh kuarkan alat buat duit.
Boleh kuarkan alat menjelajah masa.

Pendek kata boleh buat macam-macam lah kalau saya ni Doraemon.
Tak gitu?

Eh, comel pulak gambar kucing ni. Doraemon kan derang?

Read more...

Pengaruh The Kardashians

>> 14 December, 2010

Aku memang suka tengok The Kardashians.
Derang ni mengada-ngada jer sebenarnya.
Tapi aku suka.

Oleh kerana suka sangat tengok derang ni.
Maka aku pon terpengaruh dengan derang gak.
Bukan terpengaruh dengan perangai ok.

Perangai derang macam haram.
Tak sesuai nak ditiru.
Dengan mak bapak pon selamba-selamba siram air.
(Biasalah anak omputih).
Gile la nak buat kat bapak aku macam tu.
Mati aku kena siram balik.
Bukan kena siram jer kot, kena rebus terus.

Pompuan Kardashians ni suka pakai baju kaler itam.
Tengok gambar-gambar derang kat bawah ni.




Maka.
Kerana terpengaruh.
Anak aku pon aku nak jadikan macam pompuan-pompuan Kardashians ni.

Taraaa!

Keh Keh Keh!

Read more...

Muya! Kitaorang sakit tau!

>> 04 December, 2010


Situasi 1
Tengah sedap baring-baring sambil tengok tv.
Sambil Syasya dan Muya bermain-main kat tepi mama.
Muya panjat badan mama.
Tetibe.
Auwwww! Sakitlah Muya!

Situasi 2
Syasya tengah bergurau dengan Muya.
Gelak-gelak.
Tetibe.
Syasya menangis tunjuk pipi dia.
Muya!

Situasi 3
Abah peluk-peluk Muya.
Muya menangis terjerit-jerit sebab lemas kena peluk dengan orang gemok.
Tetibe.
Eh! Aduhhh!
Muya!
Ketiga-tiga situasi di atas merupakan situasi seisi keluarga digigit Muya.

Muya si penggigit.

Sekian.

Read more...

Lagu Balik Kampung

Dalam kereta pegi berjalan ke mana ntah. Dah tak ingat (tu la jarang update blog).
Syasya: Perlajanan jauh tak ku rasa...
Mama: Apa dia Syasya? Cuba Syasya nyanyi lagi sekali?
Syasya: Perlajanan jauh tak..
Mama: Perjalanan...
Syasya: Perlajaaa...
Mama: Perjalanan...
Syasya: Perlaaa...
Mama: Per..
Syasya: Per..
Mama: Ja...
Syasya: Ja...
Mama: La...
Syasya: La...
Mama: Nan...
Syasya: Nan...
Mama: Perjalanan
Syasya: Perlajanan
Mama: Ish ish per..jaa..laa..nan...
Syasya: Perlajanan..
Mama: Hmmm takpe la Syasya,sambung jer la nyanyi lagu tu.. (Dalam hati mama, nak tergelak aku. Hahaha.)

Syasya si budak poyo

*Hahaha. Bole tak masa aku taip entry ni, aku sendiri dah tertaip PERLAJANAN gak? Adus Syasya.

Read more...

I ♡ Cardigans

>> 24 November, 2010

Cardigan.
Sejenis sweater yang boleh diikat, dibutang atau dizip di bahagian depan sweater tersebut.
Senang citer, cardigan ni baju sejuk yang ada butang/zip/tali kat depan.
Dah nama pun baju sejuk, patutnya kena pakai time sejuk.
Tapi disebabkan fesyen.
Time tak sejuk pon orang pakai jugak.
Espeseli kat Mesia ni.
Ramai jer orang pakai baju sejuk time panas.
Termasuk ler aku.

Kalau malam-malam tengah pakai t-shirt takde lengan kat umah.
Tetibe jer ada orang bagi salam kat luar rumah.
Ada cardigan, amik jer terus sarung.
Pastu pakai tudung, leh dah kuar umah jumpa orang kat luar.
Kan ke senang tu.
Rasanya banyak dah cardigans yang aku ada.
Yang dah tak muat dah pass kat adik pompuan aku yang sorang tu.

Budak pakai cardigan purple bertali tudung itam tu adik aku la. Cardigan yang dia pakai tu cardigan aku la tu. Brand COMMA - RM40 kot masa tu. Skang COMMA tu pon dah tak wujud. Oh iye. Kawan dia yang belah kanan sekali tu pon pakai cardigan gak.


Yang ni lak cardigan butang kat belakang dia ada tali. Brand MNG - RM75 kot. Cardigan ni tebal sket. Tu pasal muka aku berminyak-minyak masa gambar ni diambil. Panas tapi ku relakan jugak sebab aku suka sangat cardigan ni.


Skang ni aku macam terrr-minat cardigan gambar kat atas ni. Labuh tutup punggung, sleeve puff pesen terkini. Brand TOPSHOP - RM280. Ok. Takpelah. Aku tak beli kot. Aku berangan jer dah la. Mahal dowh.


Orait.
Kalau sesiapa nak ikut berangan pasal cardigans dengan aku.
Boleh pegi tengok kat link ni.
Ada banyak jenis cardigan macam-macam pesen.
Mengujakan sungguh.

Sekian. Terima kasih.

Read more...

Penjagaan kulit oleh OLAY

>> 21 November, 2010

Bukak fesbuk nampak iklan OLAY.
Bukak blog pon nampak iklan OLAY.
Promosi habis-habisan nampaknya?

Iklan yang asik kuar tu iklan REGENERIST by OLAY.
Ala, bekas yang warna merah tu.
Oleh sebab aku suka merah.
Jadi, warna bekas tu menarik minat aku nak klik?
Sungguh tak logik lah alasan ini.
Tapi memang aku klik.

Cantikkan bekas yang berwarna merah ini?

Jap study jap apa ke menda nye REGENERIST ni.
Oooo.
Ianya produk 'anti-ageing', atau nama melayu 'anti-penuaan'.

Ayoyo.
Jap pk jap ye.
Aku dah masuk kategori muka orang yang kena pakai produk 'anti-ageing' kah?

Hmmm.
Camne ni?
Tetibe rasa macam tak reti lak nak pilih skincare yang terbaik.
Sebab rasa macam masih muda jer nak pakai produk yang 'anti-ageing'.
Akan tetapi.
Masih muda kah aku?
Lalala...

**Memang tengah nak carik produk skincare yang sesuai.

Read more...

Happy 1st Beeday, Muyassarah!

>> 20 November, 2010


White Dark Chocolate Cheese from SR
(deco atas tu deco sendirik, SR tak provide cekelatcip)

Alahai.
Kejapnye masa berlalu.
Kejap jer Muya bucuk-bucuk dah setahun...

Headband tu handmade, mama wat sendirik.. :D

Mama doakan Muya jadi anak yang solehah, bijak & berjaya dunia akhirat.
Cayang Muya...
Muah muah!


Theme birthday Muya ni last minit punya plan.
Tetibe rasa macam nak wat Bee Theme laks.
Jadilah.
Jangan tak ada.
Yang penting semua hepi.
Hehe.

Read more...

Hobi yang dah tak berapa hobi sangat dah

>> 15 November, 2010

Dulu menda ni kengkonon nak dijadikan hobi.
Dapat buat baju untuk anak-anak sendiri pon cukup la.
Sebab susah betul nak carik baju kurung bebudak ikut taste sendiri.

Ye. Ikut taste sendiri lah.
Dah sah-sah bebudak pompuan tu tak pandai pilih baju lagi.
Eh, tapi Syasya pandai la pilih.
Cuma kalau Syasya pilih asik-asik PINK.
Standard la tu budak pompuan baru nak naik.
Feveret kaler, PINK.

Mak derang pon satu hal gak.
Baju kurung kain perca takmo.
Ye ler.
Baju kurung kain perca tu kalau beli pon harga rm30 gak.
Merepek.
Padahal kain perca tu lebih kain buat baju orang tua jer.
Podah cit!

Maka.
Dengan permasalahan seperti di atas tadi.
Saya telah mengaplikasikan hobi saya itu dan menubuhkan sebuah kedai yang dinamakan:

Sempena nama aku la tu kononnye~

Supaya mak yang cerewet macam aku ni.
Tak susah-susah nak carik baju yang cantik-cantik untuk anak-anak sendiri.
Dengan harga yang berpatutan.
(Agaknye la kot?)

Tepuk dada, tanya selera.
Eh, kenapa ek tepuk dada, tanya selera?
Bukan selera kat tekak ke?
Camne orang-orang tua dulu buat pepatah ek?
Tetibe skang baru terasa tak logik lak.

SWEETIE from TheJellikids


Oklah.
Kalau terasa nak carik baju kurung bebudak.
Bole lah pergi kat TheJellikids, kot ada yang berkenan.
Takyah tunggu raya, pegi wedding ke, pegi hejadi ke, pegi dinner ke, leh jer nak pakai baju kurung.

Sekian, time kasih.
*Sowi aa, entry promo~

Read more...

Ugliest Living Room

>> 07 November, 2010

Petang tadi tengok rancangan America's Ugliest Living Room.
Tetibe jer terasa hati pulak tengok rancangan tu.
Macam sama jer rumah ugly yang kena make over tu dengan rumah aku.
Ish ish ish.

Terus terfikir takde orang ke nak yang make over living room umah aku?
Kalau la aku dapat make over, aku nak mintak tolong divide kan rumah aku kepada bahagian tengok tv dan ruang makan.
Rumah aku ni hall 4 segi jer, kecik pulak tu.
Cemana agaknya kalau dibahagikan 2 ek?
Nak tau gak keterelan peng'make over' itu.

Pastu terus la mula berangan-angan (habit).
Nak buat langsir baru, nak cat dinding kaler baru, nak tukar chandelier baru, sofa baru...
Pendek kata nak semua baru lah, senang citer.

Rumah yang sekali sekala jer kemas.
Kemas 1 kali.
Sepah 80 kali.


Read more...

Syasya kena make over

Masuk ni dah berapa kali Syasya wat make over.
Macam-macam style rambut yang pendek-pendek dah buat.
Macam-macam sebab kenapa rambut Syasya kena potong.

Dulu masa kecik, sebab kulit kepala Syasya macam ada keruping.
Skang ni dah besar, kutu la pulak.

Nampaknya Syasya memang takkan merasa la nak berambut panjang mayang mengurai.
Esok kalau Syasya dah besar, pandai jaga rambut.
Syasya bela la sendiri rambut panjang yek.

Kali ni memang pendek habis.
Dah tak ayu langsung dah.
Takpe. Rambut Syasya cepat panjang.
Bulan depan panjang la tu.

Mama ingat Muya ni mama nak try kasi rambut panjang plak.
Muya pon nampak girlish walaupon dia macam ganas.
Pakai sepit rambut pon tak bukak-bukak.
Tak macam Syasya masa kecik dulu.
Boleh yek Muya?

Read more...

Petua daun sup tahan lama

>> 02 November, 2010


Bagi orang yang jarang-jarang sekali dapur dia berasap.

Memang sesuai tau petua ni.
Ia dapat mengelakkan pembaziran duit akibat membeli daun sup secekak sampai 8 kali sebulan.

Petua ni aku belajar daripada makcik sedara abahgirls.
Masa tu kat kampung, nampak dia amik menda dari freezer.
Pastu tabur dalam sup.
Rupa-rupanya menda tu ialah daun sup.

Makcik abahgirls pun bagila petua kalau nak daun sup tahan lama....

Memula racik dulu daun sup macam biasa kita wat kalau nak tabur dalam sup tu.
Pastu basuh dan keringkan daun sup tu.
Tapi.
Kalau ada yang suka basuh dulu, pastu baru potong.
Sekati ler.
Yang penting lepas racik, keringkan daun sup tu.
Bukan keringkan bawah matahari tau.
Keringkan daun sup tu daripada air akibat pembasuhan tadi tu.

Bila daun sup dah kering daripada air.
Masukkan dalam bekas.
Simpan dalamfreezer.
Bila nak pakai daun sup, kuarkan dan tabur la dalam masakan.
Senangkan?

Nak apply petua ni kat daun-daun lain pon boleh gak kot.
Cuba la try test sendiri.

Read more...

Faux Fashion


Masa tengok ANTM Cycle 14 Episode 5.

Derang wat photoshoot 'Faux Fashion'
Sebelum photoshoot tu, Mr J ada bagitau.
"Jenayah fesyen yang paling besar ialah membeli barangan tiruan. Designer penat mendesign, pastu pengeluaran barangan tiruan menyebabkan fesyen industri kerugian 9.2 billion setahun. Yang juga menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan."

Hmmm...
Macam biasa jer fenomena membeli barangan tiruan ni kat mana-mana.
Nak beli yang original mahal sangat.
Maka.
Orang beli la yang tiruan.

Macam aku ni.
Yang tiruan pun tak mampu nak beli. (Tiruan gred AAA++)
Yang original lagi ler jangan harap.

Tapi.
Tak dinafikan aku memang minat.
Tipu kalau cakap aku tak minat barang-barang branded macam LV, CD, Chanel, Prada, Gucci, bla bla bla.
Cuma duit jer yang jadi penghalang.

Tengok lah nanti.
Mana tau satu hari nanti ada duit jatuh dari langit.
Aku akan pegi shopping semua menda mahal-mahal ni nanti.
(Tak abis-abis berangan...)

Read more...

Mom Jeans

>> 01 November, 2010

Kalau korang ada jeans macam dalam gambar di atas tu.

Ada 2 perkataan jer yang sesuai: "Sila Buang."
Beli jeans baru.
Mom Jeans akan membuatkan pinggul dan perut anda LEBIH BESAR DARIPADA BIASA.

Artis-artis pon ada jer wat kesilapan macam ni.
Antaranya ialah...

Datuk Siti kita...

Mischa Barton yang comel ini...

Read more...

Blackie

Blackie ni gadget terbaru saya.

Saya beli Blackie sebelum raya hari tu.
Saya memang dah lama nak beli Blackie.
Rasanya ada la makan tahun gak kot saya letak Blackie dalm wishlist kat sebelah tu.

Tapi tu la.
Kadang-kadang ada menda lain yang lagi penting.
Maka hajat nak beli Blackie selalu la kena tunda.
Tak kisah la. Tu citer dulu.
Skang dah ada Blackie.
Murah jer Blackie saya.
Termurah di pasaran.


Ooo. Patut la murah.
Sebab model ni dah discontinue.
Ganti dengan model D3100 plak.
Kira time aku beli tu, dah diambang nak pupus.
Tak kisah ler.
Yang penting gambar Syasya dengan Muya tak kelabu asap lagi.

Read more...

Cop! Ni tempat Syasya!

>> 31 October, 2010

Ni besday party Qaseh.
Anak Uncle Chuop kawan mama.
Time kasih Uncle Chuop sudi ajak kitaorang pegi besday Qaseh yang gilang gemilang.
Konsep theme Princess Birthday Party gitu.


Ni besday Qaseh 3 tawun.

Ni pulak besday Qaseh 2 tawun.

Nampak tak apa yang sama?
Yes. Tempat Syasya berdiri.
Syasya mesti berdiri kat sebelah Qaseh.
Atau dengan lebih tepat -- tepi cake.

Cemana yek Syasya dapat memboloskan diri dari orang ramai untuk berdiri sebelah cake?
Hebat Syasya.
Agak-agak tahun depan camne agaknye ek?

Read more...

Hah! Anak aku dah nak sekolah?

>> 30 October, 2010


Hari Jumaat hari tu.

Masa amik Syasya dengan Muya kat taska.
Teacher derang tanya.
"Syasya nanti nak hantar tadika mana?"

Aku terus jawab, "Tadika PASTI. Abah dia kata nak hantar situ".
Pastu ada la lagi perbualan-perbualan lain.
Malas lak nak citer.

Pastu sampai umah.
Syasya lak cakap,"Mama, hantar la Syasya tadika Little Tots. Teacher Intan leh hantar."
Sambil tunjuk flyers kaler pink dari Little Tots.
Errr.. Ok...
Hari Ahad ni kita pegi Little Tots Open Day tu yek, Syasya.

Mama tak kisah Syasya nak tadika kat memana.
Tapi kasi mama survey dulu tadika tu ok ke tak.
Kalau tak semenggah jer memang mama takmo.

Janji Syasya senang nak pegi dan balik.
Janji Syasya selamat.
Janji Syasya boleh belajar dan jadi bertambah pandai.

Hai. Tak sangka anak aku dah nak sekolah.
Aku pun dah makin tua la yek?
Hmm...

Read more...

My Best Bedmate's Wedding

Dulu masa sekolah.
Katil kitaorang katil 2 tingkat.
Aku tido bawah, dia tido atas.
Tu masa Form 4.
Bila Form 5, kitaorang pindah ke dorm Senior.
Kitaorang still amik posisi yang sama.
Dia tido atas, aku tido bawah.

Teringat kalau time tido.
Dia suka tido lambat.
Budak rajin baca buku.
Pastu suka goyangkan kaki dia dengan selimut terjuntai ke bawah.
Bila kaki goyang, selimut pon goyang la kan.
Dah la selimut kaler putih.
"Wei, ngeri tau kain kaler putih beralun-alun daripada atas malam-malam."

Lama gak tunggu wedding dia ni.
Ye la. Komitmen kat kerja lebih kot.
Sebab rajin baca buku malam-malam la katakan.

Akhirnya.
Kawin gak bedmate aku.

Selamat Pengantin Baru, Dr. Zarina!
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Read more...

Aik? Awak ketuk kepala saya ye? (A Tribute to P.Ramlee)

Jiran 1: Bukan ketuk, itu tunjuk eksyen tu!
Jiran 2: Tunjuk eksyen sampai bergoyang kepala saya begini? (sambil menggoyangkan kepala jiran dia yang ketuk kepala dia dengan frame tu)
Jiran 1: Aik? Kepala saya awak goyang-goyangkan begini? Nenek saya pon tak penah goyang kepala saya tau!
Jiran 2: Ooo.. Nenek awak tak penah goyang kepala awak yek? Kepala saya yang awak ketuk ni? Ha? Awak ingat kepala saya ni tak bayar zakat?

Haha. Klako klako.
Lawak tak lapuk dek zaman.
Tak lekang dek panas.

P.Ramlee memang best.

Tengok kat minit 8:30 sampai la abis...

Read more...

Oh Fuschia!

>> 29 October, 2010

Fuschia, colour code: #FF00FF.
Aku suka plak dengan kaler ni skang.

Aku bukan minah pinky.
Tapi Fuschia ni kira adik beradik pinky.
Cuma kaler dia hot lagi.
Hot macam aku. (*perasan?)
Ok la. Hot macam aku sikit-sikit jer.

Maka, skang ni aku dah jadi minah pinky ke?
Hot minah pinky la kan?

Kalau dapat dress kaler fuschia cani... Santek...

Blouse Fuschia cani pon Santek gak.

Heels kaler Fuschia pon santek, kalau pakai baju itam...


Tak dapat dinafikan.
Pengaruh rakan sebaya memang kuat.
Hati-hati dalam memilih kawan...

See? Fuschia semata-mata derang ni.

Ye. Saya memang dah ada tudung kaler Fuschia tau.

Tudung Fuschia Najjah la opkos. Hehe.

Read more...

Makan kat Red Wok, Bangi

Pertama kali makan masa bulan pose.
Dengan opismet semua.
Buka pose reramai.

Sebelum pegi tu dah skodeng website Red Wok.
Alamak aiii.
Menggiurkan sungguh la.

Sebab aku memang suka stimbot.
Tak kisah la yang cocok-cocok tepi jalan ke.
Yang kedai ada kuah ke macam Johnny's.
Yongtaufu sup ke. Yongtaufu biasa ke.
Semua yang macam tu memang aku tergila-gilakan.


2 kali pegi.
2 kali melantak sizzling stimbot.
Gilakan kupang.
Banyak gile binatang yang ada kat situ.
Pilih jer apa binatang ko nak.
Memang ada kat situ.
Ketam, kupang, kepah, udang, sotong kembang, sotong basah, daging kambing, daging ayam, daging lembu, isi ikan, apa lagi binatang yang aku tak sebut ek?

Masa 2nd time makan kat Red Wok.
Kitaorang try sup tomyam dia.
Hmm. Macam tomyam Adabi jer.
Tak best.
Best lagi sup ayam.
Leh campur dengan sos dia yang 2 jenis tu.
Lagi lahzat.



Pasni.
Kalau pegi lagi, nak try ala carte pulak la.
Macam terliur dengan buttered fish seperti di atas.
Menjejes air liur...

Read more...

Taska Amira best ke tak?

Banyak kali gak dapat soalan daripada ibuk-ibuk, best ke Taska Amira?
Kadang-kadang kat pesbuk ada yang add kak Jellyna ni.
Ingatkan peminat (perasan gile bajet ada peminat, blog pon takde orang nak baca?).
Rupanya mak-mak yang menyayangi anak mereka nak tanya pasal Taska Amira.

Selalunya memang akak jawab dengan penuh ramah mesra la kan.
Walaupun lepas dah accept tu hati agak kecewa sebab derang nak add bukan sebab minat dengan akak pon.
Lebih minat kat Taska Amira rupanye.
Haha. Kesian.

Antara soalan-soalan feberet yang ditanya:

1. Ok tak Taska Amira tu?
Ok jer. Selagi anak-anak saya dijaga dengan baik. Ok la kot.

2. Ramai tak budak kat situ?
Ramai jugak sebab derang ada transit. Tapi teacher derang pun ramai jugak. So, takde hal kot?

3. Cikgu derang ok tak?
Setakat ni teacher-teacher derang adalah sangat baik. Saya suka dengan semua teacher-teacher di Taska Amira. Dulu jer sekali penah ada sorang teacher yang suka cubit budak, sampai Syasya takmo pegi Taska. Nampak jer taska, terjerit-jerit menangis. Teacher tu dah benti. Maka, anak saya dan anak anda selamat.

4. Baby ramai tak kat sana?
Hmm. Tak tanya pulak baby ramai ke tak. Tapi saya pernah naik atas amik Muya. Ramai yang anak cikgu, so baby-baby tu half day jer.

5. Kalau untuk budak-budak besar ada aktiviti tak?
Ada. Syasya pandai nyanyi, pandai lukis, pandai macam-macam sebab dia ada aktiviti kat taska. Tapi, mak bapak Syasya pon ajar kat rumah jugak ye. Kadang-kadang je la tapi. Hehe. Oh iye. Syasya pon ada belajar Iqra'. Skang Syasya dah Iqra' 2. Alhamdulillah. Tapi sila la bayar yuran Iqra' tu~

6. Taska Amira tu berdaftar ke dengan JKM?
Yep. Kat depan taska Amira pon ada memo tentang pendaftaran taska Amira kat JKM.


No.87 dalam senarai taska berdaftar.

Read more...

Family Picnic

>> 28 October, 2010

video

Video ni dishoot masa Muya kecit lagi.
Rasanya masa umur 6 bulan kot.
Rambut pon jarang. Tak panjang macam skang ni.
Syok la ada video camni sekali sekala.
Time kasih Horahorey.
Sebab sudi shoot video kitaorang satu family.
Kalau sape minat nak video macam kitaorang.
Boleh pegi kat website derang yek.
Sekian, time kasih.

Read more...

Britain's Next Top Model



Tengok BNTM tak best sangat macam tengok ANTM.
Judges BNTM suka komen & kutuk gila-gila kat model-model.
Bukan ke derang tu baru belajar?
Takde experience lagi?
Kutuk yo yo on sangat.
Dah la pentas judging derang macam sempit.
Kesimpulannya.
Tak best lah BTNM.
ANTM lagi best.


Ok. Nak sambung layan ANTM Cycle 14.
Dah abis Cycle 14, leh layan Cycle 15 laks.
Sambil-sambil berangan amik gambar ala-ala Nigel Baker.
Hehehe.

Read more...

Momma

>> 27 October, 2010



Comel tak botol susu ni?
Eii. Geram pulak tengok bentuk bulat-bulat.

Sebijik botol susu harga dia RM41.90.
Size 250ml.

Tengok la berus botol dia.
Pon bulat jugak.
Ye la sebab botol dia pon bulat.
Harga berus RM29.90.

Ni lak thermal bag dia.
Nak kasi susu warm jer.
Comel sungguh.
Harga RM35.60.



Ni la cup with straw and handle.
Sesuai untuk baby yang dah pandai pegang, minum sendiri.
Harga RM55.90.

Semuanya BPA Free.
Menarik tertarik ko memang daboom.
Haruskah dimasukkan ke dalam wishlist?

sayasukaberangan.com

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP