Lampin kain a.k.a Cloth diaper

>> 22 January, 2010

Dulu akak penah wat entry pasal cloth diapers.
Cantik-cantik betul cloth diapers (CD) yang akak minat tu.
Harga CDs tu pon cantik-cantik jugak.
Sesuai la kan dengan kecantikkannye itu~

Ko memang cantik, ko memang debommm!

Akak rasa kalau akak tunggu duit akak nak beli CDs cecantik itu.
Ntah bila tahun la kan akak dapat guna CDs tu.
Lalala.

Memandangkan akak belum ada walau seketul pon CDs.
Maka.
Akak rasa...
Ada baiknya, akak toksah berkira.
Akak patut beli jer CDs yang murah skit.
Untuk permulaan, kuantiti tu penting.
Kalau cantik pon ada seketul jer, bakpe kan? kan?

Dan.
Akak pon melaburkan sedikit duit untuk membeli CDs ini.

Set pertama cloth diapers ku. Ada 2 jenis brand tu.

Siap ada beg lagi tauu.

Apa mimpi beli cloth diapers?
Sebab secara logiknya, akak rasa...
Daripada kita beli pempes sepeket harga rm30 tu.
Baik kita beli seketul CD harga RM30 gak.
Tapi CD tu boleh pakai sampai bila-bila.

Daripada beli pempes sepeket.
Tapi lepas tu masuk tong sampah jer.
Sama macam konsep duit kita masuk tong sampah gak la kan.
Apapun.
Itu pendapat akak la.
Sekati la pendapat orang lain cenggane kan?
Bagi akak, ini adalah satu cara yang bagus untuk berjimat.

CD tu ada banyak butang leh adjust dari saiz newborn sampai baby toddler umur 3 tahun.
Hanya guna CD yang sama.
Tak ke jimat tu?

Ha, nanti masukkan insert dia yang belah kanan tu dalam suar dia tu.
Kalau baby pee, tak basah pon montot dia tu.
Tapi kalau poo, of cos la kena montot. Hihi.



Itu lah saja cerita pasal CDs.
Sekian, time kasih.

Coretan: Tetibe 'akak' kan? Hehe.

Read more...

Stimbot lagi - Iman Celur

>> 21 January, 2010

Aritu makan stimbot Johnny's.
Kali ni makan stimbot lori lak.

Stimbot lori Iman Celur.

Ekceli abahgirls dah kecewa ngan stimbot lori tu.
Asik takde jer setiap kali pegi kat BTHO tu.
Ntah macam mana.
Ari Sabtu aritu, ade plak dia.

Stimbot lori Iman Celur

Sejak pertama kali makan.
Kitaorang memang dah jatuh chenta ngan Iman Celur.

Iman Celur ada 4 jenis kuah.
Kuah itam yongtaufu, kuah kacang, sambal merah, sambal cili api.

Sambal merah dia memang sedap.
Sambal tu yang membuatkan stimbot nye jadi sedap.

Sape yang nak pedas lebey plak, bole letak sambal cili api tu.
Sure pedas.
Best, best.

Dia punya bahan-bahan cocok-cocok pon best-best.
Ala-ala Chinese nye.
Tak macam biasa yongtaufu Melayu jual tu.

Huh.
Kalah dah la stimbot tepi jalan depan Ampang Park yang kitaorg suka makan tu.
Stimbot depan Ampang Park tu pon ada 3 kuah jer.

Yasmin Hani pon makan, tapi bukan kat BTHO. Ni kat Sunburst 2009, Mont Kiara.
Pic taken from Iman Hot Dip's Facebook.


Maka.
Inilah ketagihan terbaru kitaorg.
Kitaorang pon dah jadi fan Iman Hot Dip's kat facebook.
Hehe.

Coretan: Sedapnye~

Read more...

Kek Powerpuff Girls Syasya

>> 20 January, 2010

Dah banyak kali Syasya mintak mama kek Powerpuff Girls (PPG).
Ni semua sejak-menjak besday Qaseh aritu.

Aritu mama penah cakap nak belikan Syasya kek.
Mama pon beli la seketul (satu slice) kek Secret Recipe.
Tapi akhirnya.
Syasya kecewa.
Menangis-nangis kata nak kek PPG.

Hello Syasya.
Tau tak kek PPG tu takde jual satu slice.
Nak beli kena beli sebijik.
Kena tempah 2-3 hari.
Baru boleh dapat.

Nak beli makan sesaja, tak kuasa mama nak beli.
Macam ler Syasya nak makan sangat kek tu.
(Alasan mama takmo kuar duit sebenarnya...)

Sesungguhnya.
Syasya hanya seorang budak kecik.
Mana dia paham.
Yang dia tau, dia nak kek PPG jugak.
Siap dengan lilin sekali.
Apakah?

Cupcakes pengganti cake SR. Huahua.

Akhirnya.
Mama dapat mendapat satu idea.
Tempah cupcakes gambar PPG.
Abis citer.

Gembira sampai bedak kat idong pon tak perasan. Sebaik Syasya tak ingat pasal lilin. Hehe.

Tetibe minat PPG lak Syasya ni. Tak paham mama.

Ok Syasya.
Sila makan kek-kek itu.
Jangan sebok nak mintak kek PPG lagi tau.

Coretan: Alamak, besday Syasya is coming soon.

Read more...

Hari Jual Plastik

>> 19 January, 2010

Hari Sabtu.
Di Tesco.
Membeli-belah barang rumah sikit-sikit.

Sampai kat kaunter pembayaran.
Dah siap bayar semua.

Cashier: "Hari ni hari tak guna plastik, kak."
Aku: "Aaaaa...."
Alamak.
Macam mana aku boleh tak sedar hari tu ialah tak pakai plastik.
Hari Sabtu ialah hari tanpa beg plastik.
Oh tidak.

Barang-barang atas kaunter tu aku tenung.
Macam mana aku nak angkat ni?
Aku tengok semua orang bawak beg sendiri.
Oh tidak.
Kenapa aku tak sedar hari ni hari tanpa beg plastik?
Oh tidak sekali lagi.

Cashier: "Kalau nak plastik, kena beli 20 sen selai."
Aku (dalam hati): "Ish, plastik Tesco ni biodegradable. Rugi woo aku beli. Lama-lama nanti hancur."
Aku: "Beg plastik yang besar sket tu berapa?"
Cashier:"Yang ni 99 sen kak. Kalau koyak boleh ganti, free jer."
Aku: "Ok. Kasi yg itu satu."
Ceh.
Kata hari takmo guna plastik.
Apesal ko jual gak plastik tu.
Apesal tak letak "Hari Jual Plastik" jer?
Apesal ko tak sediakan beg kain banyak-banyak.
Kan ke lebih senang.

Nak kias-kias konon.
Hari tanpa plastik konon.
Podah.

Coretan: Terbang 99 sen beli plastik.

Read more...

Kasut tinggi

>> 18 January, 2010

Rasanya dah lama betul tak berkasut tinggi.
Sejak dah ada anak sorang dulu.
Malas dah beli kasut tinggi.

Tapi.
Bila anak dah 2 orang.
Tetibe jer terasa macam nak pakai kasut tinggi balik.

Ni semua sebab penangan majalah fesyen yang dibeli.
Dok tunjuk fesen-fesen kasut.
Terus rasa teringin nak berfesen semula.
Huhu.

Kasut 1: Kasut jari menyorok ak.a Peep toe

Yang bagus tentang kasut jenis macam ni, ia akan membuatkan kaki depan nampak runcing.
Walaupun kaki depan kita sebenarnya adalah selebar-lebarnye.
Ye la kan.
Sebab jari kaki dah menyorok?

..............

Kasut 2: Kasut tapak tebal a.ka. Platforms

Kasut platform kalau tak pandai pilih mesti nampak cam kelakar.
Kasut platform ni kasut pesen zaman dedolu.
Wat comeback macam penyanyi gak.
Orang juga panggil kasut ni sebagai kasut banjir.

.................

Kasut 3: Kasut tali belakang a.k.a Slingback

Kasut ni tak lapuk di zaman.
Sentiasa jer ada bila-bila tahun.
Cuma fesen jer dibarukan.

................

Kasut 4: Kasut bertali-tali a.k.a Strappy


Kasut ni pon tak lapuk dek zaman.
Bila-bila masa pon ada.
Tapi kasut ni kalau salah pilih, susah nak dipakai.

....................

Apapun.
Kalau dapat satu kasut yang gabung semua tu musti menariks.
Macam kasut kat bawah ni...

Nine West Nesseda Platform Sandal
Gabungan Peep toe, Slingback & Platform (Strappy je tak)


Coretan: Apa lagi yang nak dibarukan?

Read more...

Gilakan Johnny's

>> 15 January, 2010

Seperti yang kita sedia maklum.
Saya ini memang seorang penggila yong taufu biasa, yongtaufu sup & yang sewaktu dengannya.

Maka.
Tak mustahillah kalau saya ini menjadi penggila stimbot Johnny's.


Ekceli restoren Johnny's dah lama wujud kat Mesia.
Tapi.
Apesal ntah baru skang ni baru rasa nak gilakan Johnny's.

Kalau nak ikutkan, sebenarnya...
Stimbot kat umah pon leh buat.
Setakat masak-masak, celur-celur.
Sonang yo.

Yang spesel stimbot Johnny's tu, sebenarnya...
Sos dia tu - Special Thai Dip Sauce.
Nyam nyam!
Sedapnyeee.

Special Thai Dip Sauce

p/s: Dah dapat resepi Thai Dip Sauce tu from my kazen. Bestnye. Nanti nak coba.

Coretan: Dah start la makan-makan balik. Ngeh3x.

Read more...

Dah pendek

>> 14 January, 2010

Yeay!
Akhirnya berjaya gak potong rambut.
Dekat nak setahun lebih tak potong rambut.

Kali ni Syasya tak duduk diam

Syasya pon tumpang sekaki.



Macam amoi tak?

Skang rambut dah pendek.
Kalau dari belakang macam sama dengan abahgirls.

Oopss.
Tak sama kot.
Abahgirls lagi besauu dari mamagirls.
Hehehe.

Coretan: Pendek woo rambutku.

Read more...

Brahm's Lullaby

>> 13 January, 2010

Ingat tak mainan yang kita tarik, pastu nanti ada kuar bunyi lagu a.k.a music box.

Dulu.
Masa Syasya baby, tido dalam buai.
Mama malas nak nyanyikan Syasya, mama guna menda alah tu sebagai ganti suara mama.

Memang banyak kat kedai jual mainan tu.
Tapi.
Mama hanya carik satu jenis lagu jer.
Lagu Brahm's Lullaby.
Sebab mama suka lagu tu.

Akhirnya.
Mama jumpa gak mainan dengan lagu yang diidamkan mama untuk Syasya.
Mama pon belikan untuk Syasya.

Music box masa Syasya kecik

Bila Syasya dah besar.
Mainan tu pon dah telengong.
Bunyi lagu yang kuar pon dah huru-hara.

Mama nak belikan jugak menda yang sama untuk Muya.
Mainan tu dengan lagu Brahm's Lullaby.
Macam kakak Syasya punya mainan.

Masa kengkawan mama datang melawat Muya.
Derang kasi hadiah untuk Muya.
Tak sangka derang bagi mainan (consider toy la gak) dengan music boxnye lagu Brahm's Lullaby.


Kalau tak sure cemana lagu Brahm's Lullaby tu. Sila la dengar kat sini.


Nyamannye telinga mendengar...

Time kasih kengkawan.
Korang sangat memahami diriku.
Walaupun aku tau korang sendiri pon tak sangka aku suka lagu tu.
Haha.

Dan.
Di kesempatan ini juga.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kengkawan & sedara mara yang sudi datang melawat Muya.
Saya sangat menghargai kunjungan anda semua.

Time kasih sekali lagi.

Coretan: Turn aku lak melawat anak orang tahun 2010 nih.

Read more...

Cuci gambar online

>> 12 January, 2010

Rasanya...
Dedulu pernah cuci gambar online.
Akan tetapi.
Kaedahnya kena pickup sendiri gambar tu kat kedai gambar cawangan yang terdekat.
Kaedah cuci gambar & anto terus ke opis/umah blom glamer lagi time tu.

Gambar dalam pc dah beribu-ribu-ribu keping tak bercuci-cuci.
Kadang-kadang terasa macam risau, kalau apa-apa terjadi kat semua gambar-gambar tu.
Memang dah backup dalam hardisk, burn dlm Cd.
Mana la tau kan, semua pon korup, semua pon ilang.
Tak ke naya.

Maka.
Akak pon carik ler dalam tenet.
Jumpa la 2 websites ni.
eoe online dan juga Fujifilm

Setakat ni macam yang eoe tu jer yang macam best.
Yang fujifilm macam banyak *ketemeneh.

Apapun.
Yang best buat photobook la.
Memang tengah hot skang ni.
Tak main la cuci-cuci gambar.

Bestkan photobook...

www.photobook.com.my

Cantikkan photobook...

Uik? Apa ni?
Cakap macam -kel?
Kejap nak cuci, kejap nak photobook.
Huh!

Apapun.
Sila la cuci gambar ko yang beribu-ribu tu ye Jellyna.

*Ketemeneh = Banyak hal, banyak songeh.

Coretan: Fokus, fokus.

Read more...

Singapura Dilanggar Todak

>> 11 January, 2010


Kalau siapa pernah tonton atau baca pasal cerita ni tentu tau.

Sebenarnya.
Tak pernah tengok filem Singapura Dilanggar Todak sampai abis.
Tak pernah juga baca cerita Singapura Dilanggar Todak sampai abis.

Tau gitu-gitu jer.

Tau pasal Hang Nadim bagi idea letak batang pisang kat tepi pantai supaya todak tercocok kat batang pisang tu.
Dan akhirnya.
Hang Nadim yang bijak itu dibunuh.

Taktau pulak macam mana todak tu boleh serang Singapura.
Rupa-rupanye kena sumpah dek orang Pasai.
Orang Pasai yang tak bersalah dibunuh kerana dihasut pembesar.

Begitu rupanya kisah Singapura Dilanggar Todak tu...

Beberapa kesimpulan dapat disimpulkan dari cerita ni & kebanyakan kisah-kisah Melayu dulu:

  1. Raja dedulu suka dengar cakap pembesar tanpa usul peksa. Apa jer pembesar dia cakap, semua dia ikut. Hasilnya, orang tak bersalah jadi mangsa.
  2. Dalam mana-mana pemerintahan, mesti ada pembesar yang pendengki. Keje dia hasut orang aje. Sebab dia jual ikan (selfish), dia je nak kaya, nak senang kuarga keturunan dia jer.
  3. Zaman dulu takde lawyer. Orang yang tak bersalah, tak boleh nak defend diri dia.Kesian Hang Nadim, Mahsuri, Hang Jebat dll.
  4. Zaman dulu takde pihak pembangkang. Oopss. Hang Jebat ialah pembangkang pertama (abahgirls yang cakap).
  5. Selayaknye si pendengki a.k.a penghasut itu dibunuh kerana memporak peranda idop orang lain demi kepentingan dirinya sendrik~ Nyampah siot.
Oklah.

Realitinya.
Zaman dahulu & zaman sekarang sama jer.

Kat sekolah pon ada jer kes macam ni.
Kat opis pon ada jer kes macam ni.
Berkawan pon ada jer kes macam ni.
Berjiran pon ada jer kes macam ni.

Ini ialah realiti kehidupan. (Wah, ayat?)

Aaaa.
Kat mana ikan-ikan todak skang ek?

Coretan: Si talam muka seploh juga harus diserang todak.

Read more...

Drink Up!

>> 09 January, 2010

Termenonton tips kat Hallmark cenel dengan kadar kepantasan o.05 saat.

Iklan tu atas dasar mempromote Biggest Loser Asia.
Tapi.
Pada masa yang sama, ia memberi tips yang berguna.

Apa yang diperolehi daripada tips tersebut ialah:

Minum air dengan banyak dapat meningkatkan kadar metabolisme badan.
Bila metabolisme badan tinggi, lemak pon susah nak melekat.
Bila lemak susah nak melekat, badan pon susah nak gemuk.
Ooo. Ek?

Kalau fikir secara logik pun memang betul.
Lagipon.
Minum air banyak-banyak memang banyak pekdahnye.

Maka.
Mari kita minum air banyak-banyak supaya badan boleh kurus.
Ek?

Ek?

Coretan: Metabolisme badan I macam tinggi gak.

Read more...

Scrubs

>> 08 January, 2010

Bukan pasal cerita doktor Scrubs kat tv tu.
Ini scrub betul-betul.
Scrub kulit.

Tanpa disedari.
Lama betul tak scrub-scrub ni.
Bila disedari.
Kulit ni dah berdaki tebal seinci.

Dulu-dulu masa memuda cam rajin menyekrab.
Skang dah tua malas lak.
(Wah? Tua kah aku?)

Dan.
Tetibe.
Terasa nak menyekrabkan diri.


Zeodari Soap Sendayu Tinggi

Dulu masa suka skrab, pakai sabun ni lah.
Best.
Terasa licin kulit badan.
Wangi pon iye gak.

Ok.
Dah beli dah seketul.
Pasni leh skrab-skrab badan.

Coretan: Bape biji sabun la kena beli agaknye.

Read more...

Ketagih Kuaci

>> 07 January, 2010

Dulu.
Abah bebudak pompuan tu hari-hari makan kuaci.
Mama bebudak pompuan tu buat bo layan jer.
Tak minat konon.

Sekarang.
Mama bebudak pompuan tu tiba-tiba layan makan kuaci.
Abah bebudak pompuan tu tiba-tiba heran.
Aik?? Ada orang dah menanam minat makan kuaci ke?
Huahuahua.

Maka.
Sekarang ini.
Setiap kali abah bebudak pompuan tersebut membeli kuaci.
Dia terpaksa kongsi kuaci tersebut dengan mama bebudak pompuan itu.
Oopss.
Dan Syasya juga.
Lalala.

Search kat gambar kat google, kuar gambar ni dalam blog abahgirls.

Yang sedap kuaci jenama ni.
Yang sedap kuaci jenama ni perasa kelapa.

Sedapnye kuaci.

Coretan: Muya sorang je lom ketagih kuaci.

Read more...

Rambut putih

>> 01 January, 2010

Di satu pagi.
Di dalam bilik air.
Memandang ke dalam cermin.

Eh? Apa tu?
Kat depan, tetengah rambut.
Berwarna putih?

Hah?
Betul ke ni?
Macam tak percaya lah!

Gambar hiasan

Zasss!
Ada rambut putih a.k.a UBAN bertakhta di kepala ku.
Oh tidak.

Adakah diriku sudah tua?
Iskkk.

Coretan: Masih tak percaya.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP