Brahm's Lullaby

>> 13 January, 2010

Ingat tak mainan yang kita tarik, pastu nanti ada kuar bunyi lagu a.k.a music box.

Dulu.
Masa Syasya baby, tido dalam buai.
Mama malas nak nyanyikan Syasya, mama guna menda alah tu sebagai ganti suara mama.

Memang banyak kat kedai jual mainan tu.
Tapi.
Mama hanya carik satu jenis lagu jer.
Lagu Brahm's Lullaby.
Sebab mama suka lagu tu.

Akhirnya.
Mama jumpa gak mainan dengan lagu yang diidamkan mama untuk Syasya.
Mama pon belikan untuk Syasya.

Music box masa Syasya kecik

Bila Syasya dah besar.
Mainan tu pon dah telengong.
Bunyi lagu yang kuar pon dah huru-hara.

Mama nak belikan jugak menda yang sama untuk Muya.
Mainan tu dengan lagu Brahm's Lullaby.
Macam kakak Syasya punya mainan.

Masa kengkawan mama datang melawat Muya.
Derang kasi hadiah untuk Muya.
Tak sangka derang bagi mainan (consider toy la gak) dengan music boxnye lagu Brahm's Lullaby.


Kalau tak sure cemana lagu Brahm's Lullaby tu. Sila la dengar kat sini.


Nyamannye telinga mendengar...

Time kasih kengkawan.
Korang sangat memahami diriku.
Walaupun aku tau korang sendiri pon tak sangka aku suka lagu tu.
Haha.

Dan.
Di kesempatan ini juga.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kengkawan & sedara mara yang sudi datang melawat Muya.
Saya sangat menghargai kunjungan anda semua.

Time kasih sekali lagi.

Coretan: Turn aku lak melawat anak orang tahun 2010 nih.

1 komentar:

chuopa 12:24 PM  

selaku wakil pembeli hadiah, saya rasa berbunga2. bley? ehhehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP