Hari Jual Plastik

>> 19 January, 2010

Hari Sabtu.
Di Tesco.
Membeli-belah barang rumah sikit-sikit.

Sampai kat kaunter pembayaran.
Dah siap bayar semua.

Cashier: "Hari ni hari tak guna plastik, kak."
Aku: "Aaaaa...."
Alamak.
Macam mana aku boleh tak sedar hari tu ialah tak pakai plastik.
Hari Sabtu ialah hari tanpa beg plastik.
Oh tidak.

Barang-barang atas kaunter tu aku tenung.
Macam mana aku nak angkat ni?
Aku tengok semua orang bawak beg sendiri.
Oh tidak.
Kenapa aku tak sedar hari ni hari tanpa beg plastik?
Oh tidak sekali lagi.

Cashier: "Kalau nak plastik, kena beli 20 sen selai."
Aku (dalam hati): "Ish, plastik Tesco ni biodegradable. Rugi woo aku beli. Lama-lama nanti hancur."
Aku: "Beg plastik yang besar sket tu berapa?"
Cashier:"Yang ni 99 sen kak. Kalau koyak boleh ganti, free jer."
Aku: "Ok. Kasi yg itu satu."
Ceh.
Kata hari takmo guna plastik.
Apesal ko jual gak plastik tu.
Apesal tak letak "Hari Jual Plastik" jer?
Apesal ko tak sediakan beg kain banyak-banyak.
Kan ke lebih senang.

Nak kias-kias konon.
Hari tanpa plastik konon.
Podah.

Coretan: Terbang 99 sen beli plastik.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP