Singapura Dilanggar Todak

>> 11 January, 2010


Kalau siapa pernah tonton atau baca pasal cerita ni tentu tau.

Sebenarnya.
Tak pernah tengok filem Singapura Dilanggar Todak sampai abis.
Tak pernah juga baca cerita Singapura Dilanggar Todak sampai abis.

Tau gitu-gitu jer.

Tau pasal Hang Nadim bagi idea letak batang pisang kat tepi pantai supaya todak tercocok kat batang pisang tu.
Dan akhirnya.
Hang Nadim yang bijak itu dibunuh.

Taktau pulak macam mana todak tu boleh serang Singapura.
Rupa-rupanye kena sumpah dek orang Pasai.
Orang Pasai yang tak bersalah dibunuh kerana dihasut pembesar.

Begitu rupanya kisah Singapura Dilanggar Todak tu...

Beberapa kesimpulan dapat disimpulkan dari cerita ni & kebanyakan kisah-kisah Melayu dulu:

  1. Raja dedulu suka dengar cakap pembesar tanpa usul peksa. Apa jer pembesar dia cakap, semua dia ikut. Hasilnya, orang tak bersalah jadi mangsa.
  2. Dalam mana-mana pemerintahan, mesti ada pembesar yang pendengki. Keje dia hasut orang aje. Sebab dia jual ikan (selfish), dia je nak kaya, nak senang kuarga keturunan dia jer.
  3. Zaman dulu takde lawyer. Orang yang tak bersalah, tak boleh nak defend diri dia.Kesian Hang Nadim, Mahsuri, Hang Jebat dll.
  4. Zaman dulu takde pihak pembangkang. Oopss. Hang Jebat ialah pembangkang pertama (abahgirls yang cakap).
  5. Selayaknye si pendengki a.k.a penghasut itu dibunuh kerana memporak peranda idop orang lain demi kepentingan dirinya sendrik~ Nyampah siot.
Oklah.

Realitinya.
Zaman dahulu & zaman sekarang sama jer.

Kat sekolah pon ada jer kes macam ni.
Kat opis pon ada jer kes macam ni.
Berkawan pon ada jer kes macam ni.
Berjiran pon ada jer kes macam ni.

Ini ialah realiti kehidupan. (Wah, ayat?)

Aaaa.
Kat mana ikan-ikan todak skang ek?

Coretan: Si talam muka seploh juga harus diserang todak.

1 komentar:

mrs.ecam 11:51 AM  

salam....
hai k.jellyna...sye nie silent reader's akak....sye ske bce blog akak nie sbb akk slalu update...
psl cite singepure d lnggr todak ni ye2 sye pnah tngk...heee

cume nk out of topic jap... member sye tnya psl kemensah waterfall 2 kn nk msk kaw. 2 kne byr ke ek???
maceh kak....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP