Ikan bakar konon?

>> 21 February, 2010

Dulu kan.
Penah ada sorang reader (sori tak ingat nama) mencadangkan suh try ikan bakar Portugis kat kedai panas feberet yang kitaorg suka makan tu.
Selalu gak bila pegi makan kedai panas, skodeng kedai tu kot bukak ke.
Boleh kitaorg try rasa.
Sedap ke tak...

Tu kedainye...

Akhirnya.
Ada sekali tu.
Masa kitaorg pegi makan kat kedai feberet kitaorg tu.
Kedai yang jual ikan bakar tu bukak lak.

Maka.
Abah bebudak pompuan tu pon order la sekor ikan bakar Portugis.
Menu sampingan jer.
Sebab kitaorg tetap order menu feberet kitaorg kat kedai feberet.

Bila ikan bakar sampai atas meja.
Bau belacan.
Syasya tak suka bau tu katanye.
Huhu.

Ni ikan bakarnye...

Bagaimanapun.
Setelah merasanya.
Hmmm...
Minta maaflah.
Aku rasa ikan bakar nye sangat tak best.

Kerana,

Sebab yang biasa:
  1. Kuah/sambal nya rasa masin belacan jer.
  2. Ikan tak fresh.
Sebab yang luar biasa:
Kata ikan bakar, tapi apesal ikannye dia goreng dulu?
Jangan tipu customer, please?
Kalau dah nama makanan tu ikan bakar, tolong bakar betul-betul.
Kalau tidak, jangan namakan makanan tu ikan bakar.
Memadailah dengan menamakannya Ikan Masak Portugis ke... Ikan Goreng Ala Portugis ke...
Jangan ikan goreng ko kata ikan bakar, please?
Oh please la. (Ok, stop, dah start nak emo)

Kesimpulannya.
Aku tak suka penjual yang menipu pelanggan ni.
Kata ikan bakar, tapi guna ikan goreng.
Kata nasik lemak, tapi nasik rasa macam nasik putih biasa.
Kata air tebu, tapi ditambah air masak/paip jer.

Meniaga tu biarlah ikhlas.
Tak rugi mana pon.

Kalau ikhlas, Insya-Allah rezeki kita (peniaga) dimurahkan lagi.
Sebab pelanggan sentiasa doakan yang terbaik untuk kita bila dia dapat yang terbaik dari kita.

Sekian.
Time kasih.

Yang benar,
JellynaJal

Coretan: Ini pendapat saya, kalau nak tau, pegi la rasa sendiri.

Read more...

Kisah A&W

>> 18 February, 2010

Tempat kejadian: A&W Petronas tepi Tesco Klang

.................

Tahun 2005
Aku: Saya nak waffle 1. Extra syrup yek.
Cashier A&W: Kalau nak extra syrup kena bayar lebih (dengan nada poyo & sambil buat muka eksyen).
Aku: ....
Dalam hati terasa sangat bengang sebab cashier tu perasan macam A&W tu kedai bapak dia, aku nak mintak extra syrup sket pon tak bole. Macam la luak banyak kalau bagi aku extra syrup.
Eh, ntah ntah memang kedai bapak dia kan?

Lepas tu, aku memang dah tak menjejakkan kaki ke A&W tu dah. Tanda protes...

Sedapnye waffle A&W..with EXTRA syrup. Ngeh3x.

.................

Tahun 2010

Tiba-tiba...
Terpegi plak kat A&W yang aku banned tu.

Syasya makan ayam drumstick seketul.
Makan punya makan, tetibe drumstick tu terjatuh ke lantai sebelum sempat Syasya abiskan.
Errkk.
Dalam hati mama agak kecewa, sebab ingat nak abiskan ayam Syasya tu (sebab Syasya memang kompem tak abis).
Huhu.

Tiba-tiba, datang sorang staf A&W tu letak seketul drumstick baru depan Syasya.
Aku: Eh? Boleh ke ni?
Staf A&W: Ala takpe...
Aku: Maceyyyy...
Syasya pon sambung makan semula.
Dan tak abis.
Dan mama pon abiskan drumstick Syasya tu.
Haha. Seperti yang dirancang.

Abahgirls kata A&W tu nak buat baik semula kat mamagirls atas sebab kes 2005 dulu tu.
Tu pasal dapat drumstick seketul sebagai ganti.
Haha.
Takde maknanye.

Apapun.
Time kasih kat adik yang gantikan ayam drumstick Syasya tu.

Root beer float memang sedap, tapi aku memang tak berapa minat float.

Coretan: Lamanye tak pegi area situ.

Read more...

Aku, Dia, Mereka & Blog

>> 13 February, 2010

Scene 1:

Baru nak start intebiu calon pekerja utk team.
Dah bagi salam & ajak duduk...
Tetibe calon tu tanya,"Ada blog kan? Jellyna?"
Tetibe terkejut sambil jawab,"Err, a'ah ada..Penah baca blog saya ke?"
Calon tu jawab,"Takde, saja search nama U, kuar blog tu."
Aku pon jawab,"Ooo, ok."
Dalam hati berkata,
Ish, sebaik aku tak tulis bukan-bukan dalam blog.

Scene 2:
Abahgirls punye citer.
Tetibe ada orang komen kat blog dia.
Nick ape ntah tak ingat.
Tapi, orang tu komen kata dia jiran sebelah umah.
Ish, alamak, malu plak jiran sebelah umah baca blog kita...
Lagi sekali.
Hish, sebaik tak tulis yang bukan-bukan dalam blog.

Scene 3:
Kat sepital Kajang melawat kazen abahgirls eksiden patah kaki.
Jumpa la sedara mara abahgirls kat situ.
Salah sorangnye berkata, "Ha, baru la jumpa orang nye (Muya), selalu tengok gambar dalam blog jer".
Lagi kedua kali.
Huish! Sebaik tak tulis yang bukan-bukan dalam blog.

Moral of the story:
Jangan la tulis yang bukan-bukan dalam blog.
Sape-sape je kat dlm dunia ni bole baca blog kita.
Sama ada kenal atau tak kenal.
Dari blog je pun orang bole kenal kita cemana.

Maka.
Pastikan anda sedang waras semasa menaip entry blog.

Hehe.

Coretan: Entry tiada gambar.

Read more...

Satay Station, Kampung Pandan

>> 04 February, 2010

Ada la sorang opismate ni.
Tetibe jer dia sebut pasal nak makan sate.
Dia cakap dia teringat dia makan sate sedap kat Kampung Pandan.

Tetibe jer teringat kazen aku pon penah pomot satu kedai sate sedap kat Kampung Pandan gak.
Dia cakap kedai tu ada umah kampung.

Ni mesti kedai yang sama ni.
Dah dua orang cakap sedap nih.
Harus pergi terai nih.


Maka.
Plan nak makan buffet hotel bertukar menjadi plan makan sate.
Lenkali ler makan buffet hotel.


Di satu sudut kat sate stesen.
Ada orang main muzik.
Derang main lagu-lagu P.Ramlee.
Wah.
Klasik gitu.

Pakcik-pakcik main alat muzik.
Makcik sorang tukang nyanyi.

Boleh tahan gak sore makcik tu.
Macam Saloma.
Ngeh ngeh ngeh.

Gambar-gambar ni semua curik kat dalam website satay station.

Oleh kerana henpon akak yang ada camera tu dah kena curik.
Maka.
Takde la gambar-gambar masa tengah makan.

Nak pinjam henpon abahgirls.
Dia kata, 'Ala malam, gelap mana nampak pon.'
Eleh. Saje lah tu dengki.
Gambar gelap kan boleh edit kasi terang?

.........................

Oleh kerana first time makan sini.
Harus kita coba menu yang ado.

Ala.
Memang tak banyak menu pon.
Sate ngan mee rebus jer.

Mee Rebus Bonda
Ni pon
gambar curik kat dalam website satay station.

Mee rebus sampai dulu.
Tak sabar nak rasa.

Ok.
Rasa mee rebus.
Biasa-biasa jer.
Ada orang lain buat lagi sedap.

Harga?
Mee Rebus Bonda = RM6


Sate daging ngan ayam
Ni pon samalah, curik gak kat dalam website satay station.


Pastu sate lak sampai.

Kitaorg order semue jenis sate yang ada.
Sate ayam, daging ngan hati.
3 tu jer pon.

Setelah menggeget sate nye...

Wow! Sedap gilosh!
Begitu juicy sekali!
Betul la kata-kata opismate ngan kazen ku itu.
Sungguh sedap sekali.

Babai la ko sate Hj Samuri.
Sori la nak celen sate stesen ni.
Tertinggal mencanak-canak.

Harga?
Sate daging = 80 sen
Sate ayam = 80 sen
Sate hati = RM1.30 (Sate hati ni ada pedal seketul tau)

Sate daging ngan ayam nye lagi besau dari sate Hj Samuri, okkkk.

Baiklah.
Itu saje cerita saya sekuarga makan sate.
Pasni pasti akan pegi lagi.

Sape nak pegi, silakan.
Memang sedap.
Untung-untung dapat makan dalam rumah kampung tu.
Aku tak dapat sebab ramai owang time tu.

Kalau nak carik kedai tu.
Dia kat area Kampung Pandan Dalam.
Kawasan lot-lot umah.
Umah yang dah dijadikan kedai.
Susah sikit nak parking.

Orait.
Sekian.
Time kasih.

Coretan: Tokei, takde pape free gift ke tolong pomot ni?

Read more...

Berry Biru atau Berry Hitam?

>> 01 February, 2010

Lepas kejadian itu...
Dengan kadar segera, abahgirls ajak pegi carik henpon baru.
Ye la.
Takde henpon, cemana nak berhubung dengan aku.
Takde henpon, susah orang nak kontek aku.

Masa pegi sevey henpon murah-murah.
Nampak la henpon jenama Blueberry.
Wah, nyaris-nyaris terpedaya.
Nampak macam Blackberry Bold yang betul-betul tu.
Hehehe.

BerryBiru

BerryHitam

Hmm...
Kalau dapat berri itam ini sebagai pengganti express music best jugak kan.

Erghh.
Tetibe teringat Express Music ku itu.
Windunye kat tepon itu.
Tetibe sedey...

Coretan: Life must goes on.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP