Satay Station, Kampung Pandan

>> 04 February, 2010

Ada la sorang opismate ni.
Tetibe jer dia sebut pasal nak makan sate.
Dia cakap dia teringat dia makan sate sedap kat Kampung Pandan.

Tetibe jer teringat kazen aku pon penah pomot satu kedai sate sedap kat Kampung Pandan gak.
Dia cakap kedai tu ada umah kampung.

Ni mesti kedai yang sama ni.
Dah dua orang cakap sedap nih.
Harus pergi terai nih.


Maka.
Plan nak makan buffet hotel bertukar menjadi plan makan sate.
Lenkali ler makan buffet hotel.


Di satu sudut kat sate stesen.
Ada orang main muzik.
Derang main lagu-lagu P.Ramlee.
Wah.
Klasik gitu.

Pakcik-pakcik main alat muzik.
Makcik sorang tukang nyanyi.

Boleh tahan gak sore makcik tu.
Macam Saloma.
Ngeh ngeh ngeh.

Gambar-gambar ni semua curik kat dalam website satay station.

Oleh kerana henpon akak yang ada camera tu dah kena curik.
Maka.
Takde la gambar-gambar masa tengah makan.

Nak pinjam henpon abahgirls.
Dia kata, 'Ala malam, gelap mana nampak pon.'
Eleh. Saje lah tu dengki.
Gambar gelap kan boleh edit kasi terang?

.........................

Oleh kerana first time makan sini.
Harus kita coba menu yang ado.

Ala.
Memang tak banyak menu pon.
Sate ngan mee rebus jer.

Mee Rebus Bonda
Ni pon
gambar curik kat dalam website satay station.

Mee rebus sampai dulu.
Tak sabar nak rasa.

Ok.
Rasa mee rebus.
Biasa-biasa jer.
Ada orang lain buat lagi sedap.

Harga?
Mee Rebus Bonda = RM6


Sate daging ngan ayam
Ni pon samalah, curik gak kat dalam website satay station.


Pastu sate lak sampai.

Kitaorg order semue jenis sate yang ada.
Sate ayam, daging ngan hati.
3 tu jer pon.

Setelah menggeget sate nye...

Wow! Sedap gilosh!
Begitu juicy sekali!
Betul la kata-kata opismate ngan kazen ku itu.
Sungguh sedap sekali.

Babai la ko sate Hj Samuri.
Sori la nak celen sate stesen ni.
Tertinggal mencanak-canak.

Harga?
Sate daging = 80 sen
Sate ayam = 80 sen
Sate hati = RM1.30 (Sate hati ni ada pedal seketul tau)

Sate daging ngan ayam nye lagi besau dari sate Hj Samuri, okkkk.

Baiklah.
Itu saje cerita saya sekuarga makan sate.
Pasni pasti akan pegi lagi.

Sape nak pegi, silakan.
Memang sedap.
Untung-untung dapat makan dalam rumah kampung tu.
Aku tak dapat sebab ramai owang time tu.

Kalau nak carik kedai tu.
Dia kat area Kampung Pandan Dalam.
Kawasan lot-lot umah.
Umah yang dah dijadikan kedai.
Susah sikit nak parking.

Orait.
Sekian.
Time kasih.

Coretan: Tokei, takde pape free gift ke tolong pomot ni?

4 komentar:

jijah 11:55 AM  

hmmmm.....bes nih, raye cine nanti nak pi makan kat sana la, nyum nyum nyum....

ida 9:05 AM  

uiks..kat belah mana tu jal..umah MIL aku kat situ..tak penah pun jumpa...anyway..kat kg pandan tu ade asam pedas melaka yg very marveles..kalo ko nak tau direction ko tanya sol..dia yg bawak aritu..

ida 9:06 AM  

uiks..kat belah mana tu jal..umah MIL aku kat situ..tak penah pun jumpa...anyway..kat kg pandan tu ade asam pedas melaka yg very marveles..kalo ko nak tau direction ko tanya sol..dia yg bawak aritu..

bib,  3:31 PM  

Jal,

tak muncul2 lak iwan steamboat kat BTHO..sudah kempunan ni..camno???

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP