Enterobiasis & Trichuriasis

>> 27 March, 2010

Kalau citer lebih-lebih pasal menda ni.
Kang seme orang geli pulak.

Dipendekkan cerita.
Itu ialah istilah jangkitan cacing yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.

Teringat dulu masa kecik-kecik, atuk bebudak pompuan tu selalu suruh paksa kitaorg adik-badik makan ubat cacing.
Ish. Tak sedap betul ubat cacing tu.
Sampai skang pon ingat lagi cemana rasanye.

Aku yang kira 'cool' makan ubat pon leh tak suka.
Apetah lagi la sorang adik aku yang memang tak suka makan ubat.
Meraung-raung kena paksa dek atuk bebudak pompuan tu.

Ingat tak dulu ada iklan ubat cacing kat tv?
Ada gambar cacing kalerful, muka jahat semenye.
Apa yek nama ubat cacing tu?
Ubat cacing tu memang glamer zaman 80-an.
Kaler coklat cair pekat.
Bukan Zentel, sape tau bagitau yek.

Zentel mengandungi Albendazole (ubat cacing ler tu)

Hmmm...
Syasya ni macam ada tanda-tanda budak kena cacing jer.
Asik menggaru kat tempat tertentu tu.
Ntah-ntah Syasya pun ada cacing?
Nampaknye kena beli Zentel ni.
(Abahgirls, sila beli cepat)

Coretan: Orang tua pon kena makan ubat cacing gak sebenarnya.

Read more...

Rumah ke Tongkang Pecah?

Ni kisah lama.
Masa abah bebudak pompuan tu cuti sekolah.
Takde apa pon yang nak diceritakan.
Saja nak share suasana seorang abah mithali menjaga 2 orang anak perempuannya.
Sila lah tatap gambar di bawah...

Astaga, rumahku...

Pening jap tengok umah tunggang langgang gini.
Biar je lah.
Sebaik umah kecik, senang nak kemas.

Budak Muya tu bukan pakai buai sangat sebenarnya.
Dek kerana abahnye nak berpesbuk, lalu dibuaikannye Muya supaya tido.
Ish ish ish.

Coretan: Tunggu wiken baru kemas umah. Tu pon kalau tak pesbuk. Hehehe.

Read more...

Waa Wee Slurpeee

>> 23 March, 2010

Masa pegi kelinik bawak Muya & Syasya wiken aritu.
Singgah 7e tepi kelinik tu konon nak beli ayer eteh (sebutan airteh versi Syasya).

Tetibe ternampak Slurpee kaler merah kat mesin.
Alamak.
Tetibe rasa nak minum Slurpee.

Bukan Slurpee sebenar...

Dah lama betol tak minum Slurpee.
Lama giler tersangat lama lah.
Betul punya lama lah sampai lupa rasa Slurpee macam mana.

Tapi.
Sebaik tak lupa lagi cemana cara nak beli Slurpee.
Huhu.

Punye la lama sampai baru tau cawan Slurpee tu dah jernih.
Bukan kaler putih lagi.
Ish ish. Bile tukar tu?

Hmmm.
Sebenarnya skang ni tengah haus.
Tu yang tetibe tingat Slurpee tuh.
Kan best 7e depan umah.

Nak Slurpee....
Apa nama Slurpee kaler merah tu yek?

Coretan: Ooo, ada contest Slurpee ye?

Read more...

Handbag MERAH

>> 21 March, 2010

My peberet kaler is red.
Tapi tak banyak pon barang sendiri kaler merah.
Jam tangan kulit kaler merah, selai baju kaler merah, seketul kapet umah kaler merah, Poang Ikea kaler merah.

Susah la nak carik barang kaler merah yg cantik.
Eh.
Tapi aritu masa Gong Xi Fa Cai banyak giler tau baju merah cantik-cantik.
Duit jer yang tak cantik time itu.
Huhu.

Tapikan.
Tetibe terasa macam nak henbeg kaler merah.
Tak penah langsung ada henbeg kaler merah.

Eh, ketinggalan zamankah? 2009? Ah nasib la.
Aku nak itu, aku nak itu. Aku nak jugak. Aku nak jugak.


Tetibe teringat katun Hikayat Sang Kancil dan Monyet.




Ah. Pedulik la.
Aku nak jugak.
Hehe.

Rachel Bilson

Victoria Beckham

Kate Moss

Jessica Simpson

Cantik kan henbeg merah?
Hmmm....

Coretan: Harap-harap lebih berhati-hati kali ini. Henbeg kan kena curik aritu...

Read more...

Akhirnya...Manhattan Fish Market

>> 20 March, 2010

Ish.
Lama gile aku nak makan ikan kat pasar ni (nama kedai ada Market?)
Sejak dari tahun lepas.
Banyak bebeno penghalangnye.

Yess!

Akhirnya.
Semalam berjaya jugak sental ikan ni.
Tu pun sipi-sipi gak tak dapat makan.
Memula abah bebudak pompuan tu salah masuk jalan.
Pastu ada roadblock polis ler pulak.

Tapi dah rejeki namanye.
Berjaya jugak.
Kitaorg peserta terakhir sampai kat kedai tu.
Sebaik.

Ni menu mamagirls, namanye ialah Grilled New Zealand Ling Cod Fillet. Kelihatan dlm samar-samar nenekAtun sedang menikmati Grilled Catch of the Day.

Masa order, tanya la ada ikan apa?
Waitress tu cakap ada Cod Fish & Sword Fish.
Apa? Sword fish? Ikan todak? (Sambil tangan letak kat hidung pastu buat mcm hidung Pinocchio)
Ooo, ada yek?
Takpe lah. Akak nak ikan Cod jer.
Sedikit perasaan beruk campur ngeri terbayang cerita Singapura dilanggar todak telah muncul dalam diri.

Ni menu abahgirls, namanye ialah Grilled Platter for One.
Menu yang sesuai untuk bakal peserta Biggest Loser Asia musim ke-lapan.


Kiddies menu, sebaik Muya tido lena time ni.

Syasya order Jala (Fishing Net)

Orait.
Boleh tahan sedap gak ikan kat pasar ni.
Espeseli dia diserved bersama garlic tumbuk, sambal cili merah (ye ke sambal?) & mayonis.

Boleh la makan lagi.
Tahun depan... Ngeh ngeh ngeh...

Coretan: Orennye gambar seOren suasana restOren.

Read more...

Demam FEMININ melanda

>> 18 March, 2010

Semua Hotel Mania punya pasal.
Sejak tertonton Hotel Mania minggu lepas, tetibe teringat balik kat Feminin.
Minat giler dulu dengan Feminin.

Ye. Tau ada yang tak suka Feminin dulu.
Aku pun memula ala-ala anti dengan derang.
Tapi lelama aku macam terminat lak dengan kumpulan budak pompuan suara mcm budak kecik lagi sengau ni. (Sedap lagi suara aku agaknye kalau nyanyi?)

Maka.
Bermulalah keminatan terhadap Feminin...

Aku ada album ni dulu. Tapi dubbing jer, takde duit nak beli kaset original.
Seksi gak kan derang ni, pakai baju nampak perut?




Dulu aku pon ada rekod Feminin time Muzik-muzik ni.
Pastu hari-hari lepas balik sekolah, aku tiru dance steps derang.
Gile aku hapal seme steps derang menari nih.
Huhu.

Album ni aku takde, apesal ntah. (Kata minat tapi takde koleksi?)

Masa Feminin potong rambut pendek camni.
Aku pon ikut potong pendek gak.
Gile minat ek?

Album ni pun aku tarak. Ler. Satu je album aku ada rupanye?

Masa album ni Feminin nye keglameran dah mula pudar.
Aku pon dah tak berapa minat ngan derang.
Lagu pun dah tak banyak yang sedap.
Lagu derang dalam album ni aku rekod mana yg sedap jer..

Skang ni aku dah berjaya donlod ketiga-tiga album Feminin ni.
Syiok lak dapat layan lagu lama.
Mengimbau memori zaman sekolah-sekolah dulu.

Coretan: Teringat As Feminin dalam Sehati Berdansa. Boleh jadi mcm gitu ek skang? Hehe.

Read more...

Jelingus & Mee Doreng

>> 14 March, 2010

Minggu lepas sebelum pegi bergambar kat Putrajaya, kitaorg pegi sapedem dulu.
Hari yang panas memang sedap makan cendol.
Nak nak lagi makan 'gerai cendol basikal' peberet kitaorg.

Oh ye. Syasya gelarkan cendol = jelingus.
Tak tanya lak Syasya apesal.
Tapi komfem mesti sebab cendol tu seperti jeli yang macam hingus berwarna ijau.
Haha. Macam-macam la Syasya ni.

Gerai cendol basikal feberet kitaorg tu tepi jalan.
Sebelah dia ada gak 'gerai rojak+mee goreng motor'.

Oh ye. Syasya gelarkan mee goreng = mee doreng.
Ni kisah dulu kala masa Syasya kecik.
Syasya memang suka tukar-tukar perkataan yang dia sebut.
Tapi tu dulu, skang Syasya cakap mee goreng la.
Dah betul dah.

Ini gambar minggu lepas. Minggu ni makan jugak tapi takde ler nak amik gambar lagi skali.

Tak sangka lak 'gerai rojak+mee goreng motor' sebelah 'gerai cendol basikal' tu masak mee goreng sedap.
Tak penah lak kitaorg try beli selama kitaorg beli cendol kat sebelah dia.
Alamak.
Masa taip entry ni terbayang mee goreng mamak yang baru dimakan petang tadi (2nd time).
Kwang3x...

Ok. Memang tebiat kitaorg.
Kalau dah suka tu, kalau boleh tiap-tiap minggu nak pegi makan.
Tu kalau kedai/gerai tu dekatlah.
Kalau jauh, tak kuasa ler.
Wat abis duit minyak jer.

Tu je lah cerita saya untuk aktiviti minggu ini.

Itulah dia 'gerai cendol basikal' dan 'gerai rojak+mee goreng motor'...


Oh iye. Uncle-uncle ni meniaga kat tepi jalan kat Sg Jelok, Kajang.

Coretan: Asik makan kedai orang jer, bile yek nak ada kedai makan sendiri?

Read more...

Hotel Mania

>> 13 March, 2010

Satu hari masa tengok iklan kat tv...

Eh, macam best jer citer ni.
Macam citer muzikal.
Siap ada lirik lagu lagi.


Sebenarnya.
Citer muzikal versi melayu memang dah wujud.
Kau & Aku kat astro tu citer muzikal la.
Apa lagi yek?
Ntah tak ingat.

Sebenarnya.
Yang buat akak ni teruja.
Lagu Untukmu - Feminin dalam citer tu.
Versi duet AndingAF dengan sape ntah pompuan tu.

Ceh.
Tetibe mengimbas memori silam.
Zaman-zaman sekolah minat 4U2C, KRU, Feminin.
Cehhh...

Eh. Best la citer Hotel Mania ni.
Sebab ada baaaanyakkkk lagu KRU ada dalam citer ni.
Bestnye bestnye.

KRU punya pasal.
Pasti tontonlah.
Lalalala.


Tak jumpa lak full video clip lagu Untukmu tu, suker video clip tu. So sweet!

Coretan: Kami rappers yo! Ngeh3x...

Read more...

Halimah Jongang, Fatimah Juling

>> 08 March, 2010


Dulu first time tengok citer Halimah Jongang, terasa citer ni best.
Kelakar, lagu pon lawak.
Sampai abahgirls pun asik nyanyi lagu tu 24 jam.
Siap tukar lirik bagai.

Lepas tu.
Wujud lak Halimah Jongang the Series.
Tapi tak berapa nak layan sangat.
Macam tak semenarik versi telemovie tu.

Skang ni pulak.
Ada iklan kat tv akan kuar citer Fatimah Juling lak.
Pompuan cantik tapi matanye juling.

Aik?
Apesal macam banyak lak citer ejek-ejek orang ni yek?

Rasanye kalau citer Halimah Jongang dulu ok la.
Last sekali ada pengajaran, Halimah tu dari hantu bertukar jadi ratu (dialog sape nama ntah, tak ingat)

Kesian gak la kan kalau memang betul-betul ada orang nama dia Halimah dan gigi dia jongang.
Ape perasaan dia yek?
Aku pun penah ada kawan yang namanye Fatimah dan matanye juling.
Apa perasan dia tengok citer Fatimah Juling tu yek?

Halimah Jongang & Fatimah Juling adalah terbitan A.Aida Production.
Maka, pada aku, A.Aida ni kira suka mengejek orang gak la.

Dah dah ler tu buat citer ejek-ejek orang.
Kalau sekali mungkin la ok.
Tapi kalau dah selalu, macam melampau lak.

Rasanya ramai gak yang dah komen pasal produksi citer-citer ni.
Pendapat memasing la kan.
Ada yang anggap suka-suka jer.
Ada yang anggap terlebih sudah!

Tu je lah.
Sekian, terima kasih.

Coretan: Wat la citer yang memberi perangsang sket.

Read more...

Mari Berpiknik

>> 07 March, 2010

Hari ni terasa nak bawak Syasya ngan Muya pegi piknik.
Yo yo poyo.
Bangun pon lambat, ada ati nak pegi piknik?

Jam dah pukul 10.30 pagi.
Semua orang dah siap kecuali abah.

Eh eh?
Abah on laptop? Connect internet?
Ini petanda tak jadi nih.

Mama pun baru terhegeh-hegeh nak wat sandwich telur.
Apakah?

Okeh.
Memang kompem tak jadi pegi piknik pagi ni.
Mama pon dah start menaip entry nih.
Haha.

Sian Syasya & Muya.
Dah siap-siap pakai baju cantik.
Kwang kwang kwang.

Kan best kalau ada meja piknik camni. Syasya ngan Muya boleh piknik sama-sama.

Boleh ajak kengkawan lain piknik sama-sama jugak. Sure best.

Beli lak set piknik ni (Kompem tak lama riwayatnye)

Tengoklah.
Kot petang karang hari tak ujan & mama pun ada mood.
Kita pegi piknik petang yek.
Lalalala.



Coretan: Sekali sekala beriadah...

Read more...

Puting untuk Muya

>> 06 March, 2010

Niat di hati nak belikan puting untuk Muya.
Sian Muya pakai puting second hand kakak dia.
Tu pon sebab itu jer puting yang Muya boleh terima masuk dalam mulut...

Niat di hati nak beli lagi sekali puting TT yang sizenye besar sikit.
Mana tau kot Muya suka ke kalau yang besar sikit.
Lagipun Muya dah 3 bulan lebey...

Niat di hati jugak dah set plan B.
Kalau Muya taknak gak pakai puting baru ni.
Puting itu akan menjadi hakmilik mutlak kepada Syasya yang ketagih puting itu...

Takbley tahan dengan dia punye comel. Tu pasal nak beli gak. Huhu.

Nampaknye.
Ramalanku benar belaka.
Muya memang takmo.
Syasya yang mo.

Ye Syasya.
Sila isap puting yang baru ni.
Gigi Syasya pun dah makin macam Goofy Dog skang ni.
Jangan esok ada lagu Halimah Syasya Jongang lak nanti.

Bile nak berenti isap puting ni Syasya?

*TT = Tommee Tippee

Coretan: Halimah Jongang, Fatimah Juling?

Read more...

Pemegang kunci

Oops bukan.
Bukan key-chain.
Ni kisah orang.
Orang yang pegang kunci.

Tetibe baru terperasan.
Aku ni memang selalu jadi tukang pegang kunci sejak sekolah rendah.

Masa sekolah rendah agama jadi tukang pegang kunci kelas 3 tahun berturut-turut.
Ada sekali tu aku demam (aku memang jarang demam) tak dapat pegi sekolah agama, ustazah anto budak pegi umah amik kunci kat aku.
Ye, umah aku dekat dengan sekolah agama.
Ekceli tu kelas fardhu ain sebab blom naik taraf jadi sekolah agama lagi time tu.

Gambar pinjam. Ni bukan gmbr kelas aku.
Pintu cokelat kanan tu lah kelas yang aku pegang kuncinye dedolu.
(Bukan yg belakang tu, itu stor)

Masa sekolah menengah lak jadi tukang bukak lampu kelas (sebab pintu kelas takde kunci).
Selalu sampai sekolah awal.
Pukul 6.50 pagi dah ada kat kelas.
Giler awal.
Tu masa Form 1 sampai Form 3 lah.

Best sekolah ni. Suka sekolah kat sini.

Tingkatan 1A. Kelas first ok~

Masa Form 4 aku dah tukar sekolah.
Masuk sekolah berasrama penuh.
Masa tu kelas pun tak kunci gak.
Bukak lampu lak ramai-ramai pepagi, sebab kitaorang ada prep pagi.

Form 5 Cekal.
Rindu kat kengkawan ni sume. Yang lelaki skang sume dah boroi-boroi.


Hmmm...
Masa dah kerja pun pegang kunci opis gak sebab kadang-kadang datang awal (ikut mood).
Setakat ni dah 4 kali tukar keje, 2 company tu aku memang ada kunci opis.

Maka.
Kesimpulannya.
Aku = Key-chain.
???

Coretan: Best datang opis awal ni. Dapat setup mood awal.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP