Jelingus & Mee Doreng

>> 14 March, 2010

Minggu lepas sebelum pegi bergambar kat Putrajaya, kitaorg pegi sapedem dulu.
Hari yang panas memang sedap makan cendol.
Nak nak lagi makan 'gerai cendol basikal' peberet kitaorg.

Oh ye. Syasya gelarkan cendol = jelingus.
Tak tanya lak Syasya apesal.
Tapi komfem mesti sebab cendol tu seperti jeli yang macam hingus berwarna ijau.
Haha. Macam-macam la Syasya ni.

Gerai cendol basikal feberet kitaorg tu tepi jalan.
Sebelah dia ada gak 'gerai rojak+mee goreng motor'.

Oh ye. Syasya gelarkan mee goreng = mee doreng.
Ni kisah dulu kala masa Syasya kecik.
Syasya memang suka tukar-tukar perkataan yang dia sebut.
Tapi tu dulu, skang Syasya cakap mee goreng la.
Dah betul dah.

Ini gambar minggu lepas. Minggu ni makan jugak tapi takde ler nak amik gambar lagi skali.

Tak sangka lak 'gerai rojak+mee goreng motor' sebelah 'gerai cendol basikal' tu masak mee goreng sedap.
Tak penah lak kitaorg try beli selama kitaorg beli cendol kat sebelah dia.
Alamak.
Masa taip entry ni terbayang mee goreng mamak yang baru dimakan petang tadi (2nd time).
Kwang3x...

Ok. Memang tebiat kitaorg.
Kalau dah suka tu, kalau boleh tiap-tiap minggu nak pegi makan.
Tu kalau kedai/gerai tu dekatlah.
Kalau jauh, tak kuasa ler.
Wat abis duit minyak jer.

Tu je lah cerita saya untuk aktiviti minggu ini.

Itulah dia 'gerai cendol basikal' dan 'gerai rojak+mee goreng motor'...


Oh iye. Uncle-uncle ni meniaga kat tepi jalan kat Sg Jelok, Kajang.

Coretan: Asik makan kedai orang jer, bile yek nak ada kedai makan sendiri?

2 komentar:

Ejamaria 2:25 PM  

ha, kat jalan nak pegi tmn tasik ttwangsa pun ade mamak jual cendol, rojak ngan mee goreng bawak motor cam tu... sama la tepi jalan...

jijah 4:23 PM  

jelingus....ahahaha
mula2 baca aku ingat penulis blog ni sedang mengidap demam selsema
jellyna+hingusan = jelingus

i like syasya....hahahaha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP