Pemegang kunci

>> 06 March, 2010

Oops bukan.
Bukan key-chain.
Ni kisah orang.
Orang yang pegang kunci.

Tetibe baru terperasan.
Aku ni memang selalu jadi tukang pegang kunci sejak sekolah rendah.

Masa sekolah rendah agama jadi tukang pegang kunci kelas 3 tahun berturut-turut.
Ada sekali tu aku demam (aku memang jarang demam) tak dapat pegi sekolah agama, ustazah anto budak pegi umah amik kunci kat aku.
Ye, umah aku dekat dengan sekolah agama.
Ekceli tu kelas fardhu ain sebab blom naik taraf jadi sekolah agama lagi time tu.

Gambar pinjam. Ni bukan gmbr kelas aku.
Pintu cokelat kanan tu lah kelas yang aku pegang kuncinye dedolu.
(Bukan yg belakang tu, itu stor)

Masa sekolah menengah lak jadi tukang bukak lampu kelas (sebab pintu kelas takde kunci).
Selalu sampai sekolah awal.
Pukul 6.50 pagi dah ada kat kelas.
Giler awal.
Tu masa Form 1 sampai Form 3 lah.

Best sekolah ni. Suka sekolah kat sini.

Tingkatan 1A. Kelas first ok~

Masa Form 4 aku dah tukar sekolah.
Masuk sekolah berasrama penuh.
Masa tu kelas pun tak kunci gak.
Bukak lampu lak ramai-ramai pepagi, sebab kitaorang ada prep pagi.

Form 5 Cekal.
Rindu kat kengkawan ni sume. Yang lelaki skang sume dah boroi-boroi.


Hmmm...
Masa dah kerja pun pegang kunci opis gak sebab kadang-kadang datang awal (ikut mood).
Setakat ni dah 4 kali tukar keje, 2 company tu aku memang ada kunci opis.

Maka.
Kesimpulannya.
Aku = Key-chain.
???

Coretan: Best datang opis awal ni. Dapat setup mood awal.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP