Lain dicari, lain yang jumpa

>> 30 April, 2010

Opismate aku mintak tolong aku carik contoh offer letter.
Nak buat surat katanya untuk staf baru.
Aku pon kata nanti aku carik.
Carik punya carik.
Aku jumpa surat ni.


Oh.
Aku ingatkan aku belum register.
Tak sangka dah rupanye.
Tahun 2008 lagik.

Maka.
Sudahkah aku e-filing?

Coretan: Esok last day e-filing.

Read more...

Sedapnye Kuih Lopes

Pinjam gambar ye tuan punya gambar kuih lopes. Kuih lopes anda nampak menarik.

Tetibe rasa nak makan kuih lopes.
Last sekali makan tahun lepas kot.
Ada makcik kedai tepi jalan tu jual.
Lepas tu pegi lagi sekali, dah takde.

Susah ke nak wat kuih lopes?
Kalau senang, nak try buat lah.

Ecececece.
Macam ada masa jer ko nak buat ek?
Masak nasi pon ala-ala malas?
Kwang kwang kwang.

Coretan: Tengah cari resepi kuih lopes. Apakah?

Read more...

Ku Bukan Aku

>> 29 April, 2010



Alamak.
Best lak lagu ni.
Salute la KRU.
Video clip ala-ala omputih gitu. (Tapi macam penah tengok lak lagu omputih dengan video clip camni..)

Takpelah.
KRU punya pasal.
Saya sker.

Tapi nape band Indonesia?
Nape KRU tak carik band dari Mesia?
Takde yang sore sedap ek?

Takpe lah.
Yang penting saya memang sker lagu ni.

Coretan: Suka KRU dulu, masih lagi suka sekarang...

Read more...

Hepi Besday to Me

Bizi sangatkah aku sampai takde masa nak hapdet entry pasal besday sendiri?
Bizi sangatkah aku sampai aku tak dapat nak wat entry pasal besday aku sendiri yang tiap-tiap tahun aku wat? (Eh? Ye ke?)
Bizi sangatkah aku?
Bizi sangatkah?
Bizi?

Apapun.
Tak sangka umur dah bukan 20-an lagi.
Dah masuk 30-an.
Lagi 9 tahun dah masuk era 40-an.
Bersediakah?

Coretan: Hepi besday to me...

Read more...

Apa makan malam ni?

>> 28 April, 2010


Hah.
Tengok gambar dah tau makan ape.
Pulangnye abahgirls tu dari skolah, dia terus ke dapur.
Masak megi.

Alamak.
Sedap la pulak bau.
Bau megi tomyam.
Petanda takyah masak hari ni pon iye jugak.

Baiklah.
Mari kita makan megi beramai-ramai.

Time kasih abahgirls.
Boleh mama terus sambung blogging dan fesbuking.
Time kasih sekali lagi.

Coretan: Tingat megi udang, skang dah takde...

Read more...

LEGO

>> 19 April, 2010

Rasa macam nak belikan Syasya mainan LEGO.
Teringat dulu masa kecik-kecik, ada macam-macam LEGO.
LEGO yang kotak kecik-kecik jer la.
Yang dalam kotak-kotak besar, takde.

Contoh kotak besar yang mahal harganya. (Spongebob pon LEGO skang?)

LEGO Astronaut ni paling banyak ada.
Topi dia tu boleh bukak-bukak. Best.


Ada gak LEGO yang gini. Helmet ada visor tu pon leh bukak-bukak.

Yang ni pon penah ada rasanya. Chef LEGO.

Zaman pon makin maju.
LEGO pon makin maju.

Sekarang.
Dah ada LEGO ikut karektor movie lak.
Macam LEGO X-Men ni ha..

Versi X-Men(Tengok la Wolverine tu)

Star Wars - Dahsyat, dahsyat. Luke Skywalker tu, hehehe...

Toy Story pon ada...


Alamak.
Macam-macam lak ada.
Nanti mama beli ye Syasya.

Coretan: Petanda mama dia yg bakal over nanti?

Read more...

Translate?

>> 18 April, 2010

Hebat betul la teknologi zaman sekarang.

Bukak jer website mana-mana.
Kalau rasa tak paham.
Pastu rasa nak translate.
Silakan.

Sebelum translate dia tanya kita dulu.
Macam kat bawah ni (dalam kotak kaler itam tu):

Klik gambar untuk penglihatan lebih jelas.

Lepas dah translate, dia bgtau lagi sekali page kita tu dah ditranslated (dalam kotak kaler itam tu):

Klik gambar untuk penglihatan lebih jelas.

Nak tau apa yang diberjaya ditranslatekan?


Ni ha yang ditranslatenye.


"Design bole tahan" = "Design can get hold."

Apakah maksud?
Akakaka.

Klako klako.

Coretan: Saya tak terel English.

Read more...

Liz Claiborne (LC)

>> 16 April, 2010

Dia bukan makcik aku.
Dia ntah makcik sape ntah.
Aku pon taktau.

Tapi.
Aku suka la dengan makcik ni punye design.
Espeseli henbeg ngan wallet dia.

Design bole tahan.
Harga dia pon bole diterima pakai.
Espeseli untuk orang-orang yang tak berapa nak kaya macam aku ni.

Tak berapa nak kaya tapi nak pakai barang ala-ala branded konon.
Haha. Tak sedar diri.

Oleh kerana aku nye wallet dirampok orang dulu tu.
Aku memang macam dah ala-ala kecewa nak pakai wallet mahal-mahal dah.
Ingat nak beli je LV imitation RM35 kat Downtown.

Bengong.
Ingat agaknya orang percaya ke aku mampu pakai LV?
Mesti la tak.
Maka, selepas itu dah tentu-tentu orang akan mengata aku nak pakai LV tapi beli kat Downtown.
Sanggup?

Tetibe terasa insap.
Kensel la beli wallet LV imitation.
Pegi KLCC, skodeng wallet-wallet.
Tetibe nampak LC ada less.
Ye. Standard ler beli time less.

Dah start suka kat logo bentuk ni. Nak kumpul lah. Kat mana nak kutip?

Ikutkan nak wallet merah tapi takde. Rembat je ler memana, alang-alang dah less.

Maka.
Selepas itu.
Saya dengan bangganye berjaya mendapatkan wallet LV LC yang branded tapi dengan harga yang reasonable.

Sekian, time kasih.

Coretan: Nak wristlet ngan sling henbag lak. Mengade.

Read more...

GLEE


Aku teringin nak tengok citer GLEE ni.
Macam best.

From Wikipedia, the free encyclopedia
Glee (TV series)

Glee is an American musical comedy-drama television series that airs on Fox in the United States. It focuses on a high school glee club called "New Directions", at the fictional William McKinley High School in Lima, Ohio. The pilot episode of the show was broadcast after American Idol on May 19, 2009, and the first season began airing on September 9, 2009. On September 21, 2009, Fox officially gave the series a full-season pick-up. Glee aired its mid-season finale on December 9, 2009 and returned from a four-month hiatus on April 13, 2010, picking up the remaining nine episodes of the season.
Macam menarik hati aku.
Hati orang lain aku taktau.

Tapi tu lah.
Pagi aku ingat, petang aku dah lupa.
Bile aku ingat, citer tu pulak takde kat tv.
Ayoyo.

Last sekali aku teringat nak tengok.
Tetibe GLEE dah episod FINALE.
Apakah ini satu cabaran?

Ingat aku paham ke kalau aku tengok citer GLEE sekali tu jer?
Episod terakhir plak tu.
Dah sah sah aku takkan paham kan?
Ni citer bersiri okkk.

Maka.
Dengan itu.
Aku mengharapkan agar ada orang tolong aku donlod citer ni kat Syok.org yang dibanggakan sangat tu.
Harap-harap orang tu baca entry ni.
Pastu esok tolong aku donlod dari 1st episode sampai final episode.

Eh?
GLEE ni kat cenel mana ek?
Ke aku tak subscribe cenel tu?

Iskkk.
GELI la ko ni Jellyna...

Coretan: Gelinyah.

Read more...

Gadget baru

>> 15 April, 2010

Eiii.
Makin lama makin bertambah lak gadget yang aku BERANGAN nak beli.
BERANGAN jer ok. BERANGAN...

Eiii.
Bile la nak dapat duit banyak yang jatuh dari langit ni?
Boleh aku joli sakan, beli seme gadget yang aku nak kat dalam wishlist tepi tu.
BERANGAN.

Eiii.
Nampaknya.
Gadget terbaru ni akan mengatasi priority kesemua jenis wishlist gadget aku.
(Yang entah bile tawun aku nak dapat)

Dulu, aku konon setkan priority kat si dia ni...

Oh Blackie. Orang lain dah melambak ada. Aku gak yang tak dapat-dapat.

Eh.
Aku takde la BERANGAN nak beli yang lens dia panjang berjela macam paparazzi ni.
Aku BERANGAN nak beli yang standard ala-ala dapat gambar cantik sikit daripada camera cap ayam aku skang ni.
Yang biasa-biasa untuk amatur je dah ler...

Tapi.
Tu lah.
Nampaknye terpaksa ketepikan niat nak beli si dia kat atas tu.
Demi mencapai hajat nak beli gadget terbaru yang lain.

Hmmm.
Bencilah perasaan macam ni. *Poyo.

Coretan: Teka ler.

Read more...

Iced Watermelon

>> 12 April, 2010

Peti ais kat umah aku ni dah melampau-lampau.
Aku memang risau sket nak simpan pape dalam peti ais aku ni.

Ada sekali tu sayur kobis jadi kobis ais.
Cili kering blended dalam bekas pon jadi eksem cili.

Akan tetapi.
Kalau tak simpan dalam peti ais.
Aku nak simpan kat mana lagi?
Nak taknak, hantam sajalah.

Aku dah agak dah ini akan berlaku.

Macam tembikai kat meja pengantin lak.

Tembikai sebelah ni aku takde tempat nak simpan.
Nak potong kecik-kecik malas.
(Memang ada penyakit malas potong buah)

Akhirnya.
Tembikai ni pon jadi mangsa peti ais sejuk beku tu.
Best gak.
Dapat minum ice blended watermelon takyah blend.
Abah bebudak pompuan tu yg korek kasik kuar seme isi dalam.
(Aku kan memang ada penyakit malas potong buah)

Sekian, time kasih.

Coretan: Buah ape nak dijadikan ice ye pasni?

Read more...

Iqra'

>> 10 April, 2010

Syasya: "Mama, seme orang belajar Iqra'. Uzma, Lilo..."
Alamak ai.
Sian lak anak aku.
Rupanye kengkawan dia kat taska masuk kelas Iqra'.
Mama: "Ok lah Syasya, nanti mama registerkan Syasya kelas Iqra' tu. Boleh belajar ngan Uzma..Lilo.."
Sungguh berbunge-bunge hati Syasya.
Agaknye dulu time kengkawan dia tengah belajar Iqra'.
Dia wat ape yek?
Sian...
Teacher: "Syasya dah start Iqra'. Nanti belikan dia buku Iqra' tu yek."
Ooo.
Kena beli ek?
Ingat taska provide sekali.
Hehe.
Baiklah.

Iqra' Syasya! RM15 jer satu set.

Syasya: "Aa, Ba, Aa.. .Ba Aa Aa... Aa, Ba... Aa, Ba... Abah.. Hehehe"
Dapat jer buku kitab.
Syasya terus tunjuk skill.
Very good Syasya.
Rajin-rajin belajar ye.
Nanti mama nak test.

Coretan: Aku dulu belajar ngaji darjah 1 rasanye...

Read more...

Gadget terbaru

Kalau ada anak pompuan yang rambutnye tak bole dibuat skinhead.
Memang kena ada gadget ni.

Biar la jaga cemana pon.
Kalau dah bercampul gaul kat skolah.
Jangan harap dapat elak.

Tergaru-garu kepala sampai rambut jadi serabai.
Bila menggaru melampau-lampau.
Memang kena cek apa ada kat kepala dia tu.
Sekali selak, mak aiii, berkilau-kilauan menda alah tu.

Eiii, geram-geram.
Zasss.
Amik ko.

Tak sangka dah moden rupa paras sikat kutu ni...

Dulu camni la rupa sikat kutu.

Sekali sikat, sekor mak dpt.
Sikat lagi, anak plak.
Sikat lagi, mak sedara plak.
Sikat lagi, kakak sedara.

Ayoyo.
Banyaknyeeee...
Akan ku kerjakan rambut budak Syasya nih.

Oopss.
Abah bebudak pompuan tu pon terlibat sama dalam ini pencarian.
Dia lak yang over.
Hehe.

Coretan: Lenguh tengkuk.

Read more...

Pre-order Lunch

>> 05 April, 2010

Kitaorang dah terasa lapar.
Semua pun dah masuk dalam kereta.
Dah siap sedia nak pegi carik kedai makan kat area-area opis.

Trutt truttt!
Telefon berbunyi.

Dialih bahasa kepada Bahasa Melayu: "Bos kata dia dah belikan lunch untuk kita semua. Lagi 5 minit dia sampai.."
Lalu sang driver pun cakap kat penumpang-penumpangnya: "Apa lagi tunggu? Kuar la.."
Ha Ha Ha.
Dengar makan free terus menggelabah.

Lepas selesai makan lunch free.
Semua sambung buat keje.
Pandai bos ni.
Semua pun takde la pegi makan kat luar lama-lama.

Tetibe.
Dah petang sikit.
Datang satu senarai...

Oh oh oh.
Rupanya senarai makanan yang boleh dipilih untuk minggu ini.
Ada 4 jenis makanan yang boleh dipilih untuk sehari.

Alamak ai.
Bahagianye terasa.
Makan free selama seminggu?
Sangatlah menarik okkkk.

Maka.
Menu lunch saya untuk minggu ini ialah...
Selasa: Ketiau goreng ayam


Rabu: Nasi ayam


Khamis: Murtabak


Jumaat: Beriyani ayam



Bestnye...
Takyah pk menu duit dah untuk seminggu.
TQ Bos!

Coretan: Makan free kat kenduri..

Read more...

Kajang -Territory Haji Samuri

>> 03 April, 2010

Siapa tak kenal Haji Samuri?
Pelopor sate Kajang era masa kini.
Wah wah. Ayat tak hingat?
Bodek keeeee?

Lupa dah ke terhadap kepayahan nak makan sate Samuri?
Lupa la tuh.
Bak kata MrsSue, "Melayu mudah lupa" (Eh? ni bukankah kata-kata Tun M?)

Dek kerana sate lain susah nak jadi sedap kat area Kajang ni.
Kitaorang sekuarga masih tak dapat lupakan sate Samuri.
Cemana ni?

Kan nak beli kena beratur?
Kan pekerja dia ramai tapi semua lepak jer tak wat keje?
Lupa la tuh.

Tapi sebenarnya kan...
Kalau nak tau.
Kat Kajang ni sate Samuri ni ada kat 3 padanan koordinat.

Koordinat pertama:
Yang glamer ada ekon kena booking tu.

Koordinat kedua:
Belakang dewan ape ntah. Dekat dengan uptown Kajang yang tak berapa nak uptown tu.

Koordinat 3:
Kat depan Metro Kajang & KFC bandar Kajang.


Tu, belakang tu kedainye. sate Samuri dah konker hampir keseluruhan kedai kat sini.

Kelihatan Metro Kajang di belakang.

Yeah. Koordinat 3.
Kat sini lah kita akan ketemu dengan sate original Haji Samuri.
Bila order baru derang akan masak sate.
Maka, satenya adalah panas.
Bukan macam yang kat Koordinat 1.er

Abah bebudak pompuan tu kata.
Koordinat 3 la tempat asal Haji Samuri memula berjual sate.
Sinilah tempatnye.

Oraits.
Kini terpaksa la koordinat 3 ni menjadi tempat peberet kitaorg sekuarga makan sate.
Sekian, terima kasih.

Coretan: Mudah lupa.

Read more...

Hujung minggu datang lagi

>> 02 April, 2010

Hujung minggu datang lagi.
Setelah penat keje hari-hari.
Ada banyak keje yang menanti.

Hujung minggu datang lagi.
Baju tak basuh berbaldi-baldi.
Baju setimbun tak siap lipat lagi.

Hujung minggu datang lagi.
Kalau siap lipat baju nanti.
Hati pasti rasa suka hati.

Setimbun okkkk!

Coretan: Bestnye kalau jadi Jeannie. Kelip mata jer dah siap semua keje.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP