Majalah Kenangan 80-an

>> 01 May, 2010

Tetibe terpanggil nak wat entry bersambung.
Tetibe terasa aku tipu lak kata aku start baca magazine masa 1994.
Aku rasa aku start baca magazine time umur kecik lagi dari itu.
Tahun 80-an. Sekolah rendah.

Tetibe aku teringat...
Aku baca majalah Jelita mak aku yang disimpan di dalam stool meja mekap dia.
Iye. Dulu-dulu nye meja mekap kan kusyen stool dia tu boleh bukak.
Dalam tu boleh simpan apa-apa.
Mak aku simpan majalah Jelita dia.

Tipu jugak kalau aku kata aku baca majalah Jelita mak aku jer.
Bapak aku pon ada belikan aku majalah Kuntum, Bambino & Bujal masa kecik-kecik dulu.
Pehh. Majalah feveret gile baban dedulu tu.


BUJAL 1986 = Darjah 1

Tiap-tiap bulan aku beli.
Oopss. Bukan aku.
Bapak aku kasik duit suh beli.

Tak ingat sangat dah apa ada dalam Bujal tu.
Yang aku ingat, Bujal ada frackles kat pipi dia.

Dalam Bambino, aku teringat citer Hikayat Burung Bayan.
Kuntum aku tak berapa minat sangat.
Tapi layan aje lah dah bapak aku beli.

Tapi Bujal..
Feveret aku lah.

KUNTUM - Masih wujud lagi sampai skang.

Eh jap.
Bujal ni komik ke majalah ek?
Tetibe aku konpius?

Coretan: Memori daun pisang.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP