Ini saya yang jait

>> 26 May, 2010

Yeah.
Dengan gadget baru tu.
Berjaya jait beberapa jenis menda.

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Baju kurung pink untuk Syasya.
Baju kurung ini kain tak siap lagi, sebab aritu tersalah jait lipat-lipat dia tu.
Dah bukak, malas nak jait balik.

Baju kurung coklat untuk Muya.
Baju kurung ini pulak leher tak siap, terpotong pendek dia punye pelapik leher tu.
Lom adjust lagi. Nanti lah.
Berjaya jait zip kat belakang, walaupun senget.

Sarung bantal untuk Rumah.
Lebih kain buat langsir bilik, dapat la buat sarung bantal untuk 2 bijik bantal.
Secara kesimpulannya, sarung bantal yang dijait adalah ok.
Tiada kecacatan.

Seluar Bermuda untuk Abah bebudak pompuan.
Dia terlalu mendambakan suar jaitan tailor amatur ni.
Hasilnya suar ini boleh dipakai depan dan belakang.
Ok ape?

Dan.
Secara keseluruhannya.
Kesemua produk ini, tak berjait tepi.
Sebab ni hanya testing jer.
Kalau anta jait tepi, kompem taun depan baru siap.

Ooo lupe nak bagitau.
Ni first time akak time jait seme menda ni...

Sekian, timekasih.

Coretan: Usaha tangga kejayaan!

Read more...

Memang sonok ada hobi

>> 24 May, 2010

Seme orang ada hobi.
Hobi aku taip entry dalam blog.
Tapi kalau entry jarang update, tak bole nak kata hobi la kan?
Eh tapi tak kisah la kan.
Kalau dah suka buat tu, tu dah kira hobi la tu kan?

Itu citer hobi buat blog.
Pastu ada lak hobi kumpul magazine.
Tu pon hobi hangat-hangat taik ayam.
Hobi ikut bajet.
Ada bajet ada la, takde bajet takde la.

Antara perkakasan hobi baru

Ni dah hobi lain lak.
Hobi ni pon kena ada bajet gak.
Takde bajet tak boleh jalan.
Paling-paling koman, bajet kena rm10.
Nak beli seme perkakas.
Kang tak siap lak produk.

Port hobi baru

Hmm...
Ada tak hobi yang tak payah guna duit?

Coretan: Kurang masa nak layan hobi.

Read more...

Google memang Kreatip

>> 23 May, 2010

Eh, baru terperasan button Insert Coin tu..?
Kalau tekan, bole tambah player ke-2.

Dah main dah ker Pacman kat Google?
Derang ni memang kreatip.
Wat logo Google dengan letak game Pacman feveret tu.
Sempena 30 tahun enibeseri game Pacman.

Agaknya derang kreatip sebab opis derang best ke?
Opis derang kan ada gelongsor, bilik main game, etc.

Apa pun.
Best gak layan game Pacman kat google ni.
Aku memang suka main game Pacman.
Lama dah tak main.

Coretan: Tak bole start main game.

Read more...

Swarovski

Memula ingat nama orang Russia mana ntah.
Rupa-rupanye nama batu atau lebih tepat lagi kristal.
Diambil sempena nama founder company tu, Encik Daniel Swarovski.
Eceh, macam kenal je aku ek?

Takde ape nak citer pon.
Sejak kebelakangan ni asik ternampak perkataan Swarovski kat merata-rata tempat.
Espeseli swarovski kat tudung.
Rasa terpanggil lak nak cari tudung swarovski.
(Ni kes baru lepas skodeng tudung la ni, kwang3x)

Jadi, ni lah contoh tudung yang guna kristal swarovski. Ooo..selalu nampak..

Tengah menggoogle, nampak lak gambar Zahnita ni.
Cun jer tengok dia pakai tudung gini.
Ye la kan.
Dah dia memang cun. Pakai pape pon cun ler.
Aku lak kalau pakai, macam ....

Eh, baju dia cun la wei. Nak tempah la. *Tetibe~

Pastu, menggoogle lagik.
Jumpa lak gambar ni.
Tengok model tu pakai tudung.
Apesal elok jer?
Kalau aku pakai mesti ganjil.
Mesti orang tengok aku semacam.
(Tak sedar diri la tu)

Tingin lak nak pakai menda-menda yang ada dlm gambar ni.

Oit.
Tadi kata nak citer pasal Swarovski.
Ni ape cer lak ni?

Coretan: Suka terbabas.

Read more...

Tukang masak pon tau penat

>> 17 May, 2010

Kesian tau.
Ingat tak penat ke dia masak hari-hari?
Start kedai bukak sampai kedai tutup.
Masak masak masak.

Patutla kadang-kadang dia masak kejap sedap, kejap tak sedap.

Kadang-kadang pegi makan.
Sedap gile nak mampos.

Kadang-kadang pegi makan.
Tak sedap gile nak mampos.

Menu feberet kat kedai ni:
Nasi goreng kerabu (Ada mangga hiris-hiris)


Ye ye.
Aku paham perasaan tukang masak.
Aku pon kadang-kadang masak kejap sedap, kejap tak sedap.
Eh? Aku penah masak sedap ek?

Coretan: Yang penting kenyang (Sebenarnye bengang)

Read more...

The new SLR compact

>> 16 May, 2010

Malam tadi tertengok iklan kat tv.
Promote slr compact.
Wau wee!

Compact dah ada slr?
Wau wee!

Terkesima kejap tengok iklan tu.
Terus google carik.
Wau wee!

Best giler.
Adakah perlu bertukar wishlist?
Dari dslr besar tu kepada compat slr?
Senang sikit nak bawak pegi mana-mana.

LUMIX - Ni la camera yg aku tengok kat tv malam tadik. Dah ler kaler merah. Cun giler.

Ini OLYMPUS lak. Ini ke yang Kak Ain citer aritu?


Ini SONY - Boleh tambah lens pepanjang macam dslr yg glamer skang tu...

Setakat ni blom kaji lagi kebolehfungsian compact slr dengan dslr yang hebat tu.
Setakat utk orang-orang amatur macam aku ni, kalau beli yang compact slr ni ok gak per.
Best jugak nih.

Coretan: Teknologi tiada kesudahan...

Read more...

Selamat Hari Guru Housemate

Entri ini khas untuk housemate saya.
Sebab housemate saya ialah seorang cikgu.

Tetibe tak sangka saya serumah dengan seorang cikgu.
Macam tak percaya je housemate saya tu cikgu.
Tak sangka dia boleh jadi cikgu.
Dulu masa saya kenal dia, dia bukan seorang cikgu.

Saya pulak apply cikgu beberapa kali.
Asik tak dapat.
Agaknye memang saya tak layak jadi cikgu.

Hmm... Apesal ek saya nak jadi cikgu?

Apa-apa pun.
Kepada housemate, jadilah cikgu yang baik hati, ikhlas, dan apa-apa yang sepatutnya ada pada ciri-ciri seorang guru.
Pastu cuba la jadi cikgu yang hebat supaya boleh naik pangkat sampai jadi Pengetua.
Boleh la saya menumpang title 'Bini Pengetua'.

Haha.
Ape ko merepek ni labu?

Oklah.

Selamat Hari Guru!

Coretan: Salute kat cikgu yang boleh keje kat tmpt takde ekon.

Read more...

Freddy Krueger 2010


Dulu masa kekecik tengok citer ni macam takut sangat.
Lepas tengok citer ni, ada la macam takut-takut nak tido lepas tu.
Takut jumpa Freddy Krueger.

Bila dah besar-besar tengok citer ni.
Langsung dah tak takut dah.
Terkejut-kejut je ade la.

Hmm.
Ke memang citer dulu memang seram?
Ke memang citer skang memang dah tak seram?

Entah.

Yang penting, akak tak tengok wayang citer ni.
Asben akak donlod jer via internet.
Hehehe.

(Padahal, bukan tengok full pon citer ni tadi, tido je lebih. Tapi sebok nak citer.)

Coretan: Tiada wayang sehingga Muya layak dibawa masuk ke dalam wayang.

Read more...

Kat bawah ada kedai mamak

>> 14 May, 2010

Memang best tau kat bawah opis bebetul ada kedai mamak.
Hari-hari leh suruh mamak tu delivery makanan.

Tepon je, 10 minit pastu.
Ting tong!
Mamak pon sampai bersama dengan order kitaorg.

Macam-macam derang ni selalu order.
Mee goreng mamak la.
Roti tsunami la.
Teh tarik kurang manis la.

Ish ish ish.
Kalori kalori kalori.

Makan kat bilik miting. (Apa-apa wajah ko wat tu cik shida?)

Karipap yang sedap 40 sen seketul, teh ais, teh tarik. Kaloriii aaaa~

Hmmm.
Patut la aku rasa aku macam dah terlebih kalori skang.
Alamak.
Insap insap.

Coretan: Sedapnye teh ais.

Read more...

Makan malam dengan nuget lembu Ramly

Malam ni abahgirls cakap mama takyah masak.
Kita goreng naget ngan makan pau yang abahgirls beli.

Jadi.
Simpan la semula daging ngan udang yang dikuarkan dari peties tadik.

Yeay!
Suka nye saya takyah masak.
Kadang-kadang balik keje penat.
Memang kadang-kadang terasa malas nak masak.
Time kasih abahgirls kerana memahami.

Maka.
Dengan itu, malam ini kita makan naget lembu dengan kuepau.
Dipersilakan.



Tetibe tengok website Ramly tadi.
Ada gak beger ikan ngan beger udang ek.
Tak penah nampak pon?

Coretan: Lama tak makan beger biasa.

Read more...

Selamat Hari Ibu (belated version)

>> 13 May, 2010

Pada satu petang atau malam (tak ingat lak bile) yang panas.

Syasya: Mama, Syasya ada ailebiu (i love u) untuk mama.
Mama: Oo ye ke. Mana dia?
Syasya: Ada dalam beg Syasya.
Mama: Pegi la amik. Mama nak tengok.
Syasya: Jap ye.
Muya: (Tido. Zzzzz)
Syasya pon turun bawah pegi amik ailebiu dia tu.
Syasya: Nah mama!
Mama: Wahhh! Syasya buat ni untuk mama?
Syasya: Teacher suh bagi kat mama semua orang.
Mama: Wahhh bestnye. (Gud Taska Amira. Thanks ajar anak saya untuk mengenal Hari Ibu)
Syasya: (Senyum simpul)
Muya: (Masih tido. Zzzzz)

Yang Syasya wat, tampal-tampal jer.. Tapi menda ni dah koyak.
Sebaik mama sempat amik gambar kenang-kenangan.


Mama: Syasya! Sayang sikit! (Mama kiss Syasya kat pipi. Mama terasa bangga. Bangga seorang ibu. Tetibe hati berkonsep naluri keibuan. Kwang3x)
Syasya: Mmmm!
Muya: (Masih tido lagi. Zzzzz)

Happy Mother's Day to all the mommies in the world!


Coretan:
Tak sangka dah jadi mak orang & ada anak yang wish Mother's Day untuk i...

Read more...

Bestnye kalau dapat Maxi Dress CANTIK

Skang ni tengah pesen maxi dress.
Sape-sape pakai pon cun.

Kalau orang tinggi pakai lagi la cun.
Kalau orang tinggi dan kurus pakai lagi la cun.
Kalau orang tinggi, kurus dan cantik pakai lagi la cun.

Ah. Pedulik la kan.
Kalau rasa nak pakai tu, pakai jer.

Nak tunggu tinggi, takkan la boleh tinggi.
Nak tunggu kurus, takkan la kurus sekelip mata.
Nak tunggu cantik, takkan nak wat pembedahan plastik kot sebab nak pakai maxi dress.

Pedulik kan.
Pakai jer.

Tadi missroha kasi link kat aku.
Alamak.
Cecantik sungguh maxi dress yang ado.
Best lah.
Tetibe biasalah, berangan...

Cantiknye~

Black maxi dress - cantik hiasan di dada itu~

Retro - I loike!

Hah ni corak Retro yang cun!

Ye.
Untuk makluman.
Kalau aku dapat baju-baju kat atas tu.
Takde la aku nak pakai begitu saje.
Of cos la pakai inner atau cardigan.

Coretan: Online shopping sampai pening kapla...

Read more...

Menang Baucer Macam Menang Nombor Ekor

>> 12 May, 2010

Abahgirls: BluInc tu ape?
Aku: Magazine company. Nape?
Abahgirls: Ada surat dari BluInc.
Aku: Hah! Ye ke? Alamak, ni mesti surat menang pape nih! Bak sini nak tengok.
Dengan rakusnye membuka sampul surat untuk tengok isi dalam.

Surat kemenangan

Yeay!
Giler best menang hadiah yang berharga RM275.
Diulang.
RM275.

Terasa kembang setaman.
Tak sangka lak boleh menang.
Lama dah aku anta kertas-kertas tu.
Januari 2010.
Bulan Mei 2010 baru tau menang ke tak.

Yeah!
Ni la mendanye yang dimenangi oleh saye.
Lalalalala.

Gateneau Melatogenine Futur Plus Anti Wrinkle Radiance Mask worth RM275

Gatineau Melatogenine Futur Plus Anti-Wrinkle Radiance Mask contains specific ingredients for instant and long term radiance for your skin so you look younger for longer.

Years of research and development have gone in to creating Gatineau Melatogenine Futur Plus, containing some of the most advanced technology and research in anti aging skincare.

The mouth-watering ‘whipped’ cream texture of this advanced face mask, delivers an intense sensation of sensual delight and well-being. When applied, it leaves a wonderfully satin-soft ‘protective cocoon’ finish on the skin. Enriched with wrinkle-filling ingredients such as collagen and the exclusive youthful radiance molecule Mélatogénine™, it has been formulated to rapidly smooth out the appearance of fine lines and wrinkles.

Directions of use

  • Apply liberally to cleansed face and eye contour.
  • For an express treatment, leave on for 10 minutes, then rinse off.
  • For a more intensive treatment, apply the mask in the evening in a thin layer and leave on overnight.
  • Use 2 to 3 times a week.
Eh jap.
Aku dah boleh pakai ke menda-menda anti-wrinkle ni ek?
(Bajet umur masih muda, muka lom ada kedut-kedut...)

Rasanye boleh kot.
Tak kisah la kan.
Kalau tak sesuai sok, aku kasik la mak aku.

Thank you FEMALE mag! Thank you BluInc!

Coretan: Ni yang rasa nak masuk contest lain nih.

Read more...

Beli jugak akhirnye~

Sori abahgirls.
Mamagirls tak dapat kontrol perasaan.

Sape suh abahgirls komplen muka mama tak pakai mekap masa videography hari tu?
Abahgirls telah menimbulkan rasa nak sopping mamagirls semula.

Taktau ke wahai abahgirls?
Kan mamagirls takde bedak sebab hengbag kena rampok dulu?
Kan mamagirls takde listik (style Syasya sebut lipstick) sebab hengbag kena rampok dulu?
Sejak tu mamagirls miskin hina.
Tak replace-replace sampai skang seme-seme tu.

Maka.
Oleh kerana ada orang jual barang bodisop murah dalam pesbuk.

Maka.
Mamagirls terpaksa beli.
Demi untuk tidak membiarkan abahgirls terus mengutuk mamagirls tak pakai mekap.

Loose powder: RM40
(Harga kedai: RM63)

Lip gloss: RM30
(Harga kedai: RM45)

Time kasih abahgirls.
Kerana mengingatkan dan menginsapkan.

Coretan: Boleh claim tak?

Read more...

Hobi baru akak

>> 07 May, 2010

Skang ni akak ada hobi baru.
Sejak menjak ada gadget baru ni.
Rajin lak test skill.

Jangan poyo memula dah la ek.
Jangan hangat-hangat taik gajah lak.

Kang berabuk gadget tu tak bersentuh.
Ada la nanti orang membebel.
Baik rajinkan diri.
Cair taik telinga kang.

Sarung bantal jait sendiri ni. Bangga, bangga.
Motif bantal kat tepi kusi meja makan?
Biasalah, umah kecik. Tido pon merata-rata.


Memula dapat gadget baru aritu.
Akak try wat sarung bantal untuk 2 bijik bantal.
Yeay!

Terasa bangga lak tido pakai bantal yang disarung dengan sarung bantal yang dijahit sendiri.
Rasa macam nak buat sarung bantal banyak-banyak lak.

Coretan: Gile tengok kain.

Read more...

Selamat hari jadi Abahgirls

Selamat hejadi abahgirls.
Semakin tua nampaknya.
Anak pon dah ada dua.

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Kerana rezekimu adalah rezekiku jua.

Semoga dipanjangkan umur.
Boleh perbanyakkan amalan lagi.

Eh, takpekan bgtau umur u berapa?

Ok abahgirls.
Selamat hejadi lah ye.

I lap u.
Syasya lap u.
Muya lap u.
Laplah kitaorg balik.

Coretan: Kami berbintang Taurus.

Read more...

Kue Bolu Coklat Rasa Vanila

>> 06 May, 2010

Apa-apaan sih.
Sekali imbas ingatkan produk buatan Mesia.
Dua kali imbas produk Indonesia rupanye.

Ok.
Skang tengah menggelabah mencarik tanda halalnye plak.

Masa beli takmo cek dulu.
Dah beli, dah makan baru nak cek?
Bagus bagus...

Sedap kek lembut ni...

Ok.
Dah jumpa.
Tanda halal yang ada pada kotak & bungkusan.

Maka.
Boleh makan tanpa was-was kan?

Logo HALAL Indonesia

Coretan: Suka biskut OREO.

Read more...

Vintage Poster

Ini ialah vintage poster.
Dulu aku tatau nama dia ape.
Cukup sesuwai kalau nak deco bilik ke, dapur ke dengan konsep Retro.


Menda ni kita leh wat sendiri.
Guna jari photoshop pon bole.

Tapi aku tak try lagi.
Sebab takde photoshop.


Boleh try belajar nak wat vintage poster ni kat sini.
http://www.smashingmagazine.com/2008/10/14/30-beautiful-vintageretro-photoshop-tutorials/
Ada lagi.
Carik la sendiri.

Coretan: Demam Retro tak abis lagi.

Read more...

Vaksin H1N1 sakit?

>> 05 May, 2010

Satu pagi di sepital swasta.

Cocok Muya untuk 5 bulan.
Kali ni cocok sekali harung.
5 bulan + 6 bulan.
Sebab masa nak cocok 5 bulan aritu Muya demam.
Takleh nak cocok.

Adoi sakitnye kena cocok. (Sejak takde camera henpon, gmbr pinjam je la)

Di kesempatan itu.
Sempat tanya kat doktor pasal vaksin H1N1.
Sepital swasta tu ada wat tak.
Doktor kata takde, tapi staff derang seme dah kena cocok vaksin dah.
Nurse: "Sakit."
Aku: "Sakit?"
Nurse: "A'ah, vaksin tu sakit."
Doktor: "Orang seme takut nak cocok, takde pape pon."
Aku: "Oo, sakit ek?"
Doktor: "A'ah, cocok tu memang la sakit, tapi vaksin tu sakit."
Nurse: "Sakit la..."
Aku: "Ooo...sakit ye?" (Berapa kali mau tanya daa)
Doktor: "Ala, kat sepital gomen sure ada. Free je untuk semua kan."
Aku: "Ha tu la, nanti la kitaorg pegi. Seme kena cocok." (Masih membayangkan cemana rasa sakit vaksin H1N1 tu...)
Maka.
Nanti kena pi cocok vaksin H1N1 ni.
Nak kena tanya kengkawan yang keje sepital gomen pasni.

Tapi.
Sakit ek?

Coretan: Cegah sebelum kena.

Read more...

Play-Doh

Nak wat eskem?

Dah 2 kali dah aku belikan budak Syasya ni play-doh.
Memula dulu masa umur dia 2 tahun lebih kot.
Lagi sekali beberapa bulan lepas.

Hish. Syasya nih.
Abis bersepah, berkecai dibuatnya doh tu.

Nak wat beger?

Yang first play-doh dulu ntah mana ntah dah.
Ada acuan ikan, rumpai laut, ape ntah lagi ntah.
Compound dia ada 4 kot?
Abis ilang ntah ke mana....

Yang second ni mama belikan Syasya yang very the simple.
Hanya ada gunting & sebekas play-doh.
Gunting tu bole diterbalikkan untuk dapat pattern gerigi.

Ini paling best ni, akak skerr!

Masa pesan kat Syasya.
Kalau Syasya nak lagi play-doh kaler lain.
Syaratnya, Syasya kena simpan play-doh yang ada leklok.

Ekceli.
Mama yang geram tengok macam-macam jenis acuan play-doh ni.
Terasa diri sendiri lak yang nak main play-doh.
Apekah?
Hehe.

Eh?
Ada Hasbro warehouse sale la.
Amacam? Ada bran??

Coretan: Apa-apa jer yang nak dibeli ye?

Read more...

Trend orang pegi Gym

>> 04 May, 2010

Sejak-sejak ada rancangan Biggest Loser.
Macam trend lak orang pegi gym, nak kuruskan badan.
Tapi ok per.
Kuruskan badan secara sihat.
Saya sokong.

Nampaknye.
Abah bebudak pompuan pon dah terjebak gak dengan dunia gym.
Bak katanya:"Tunggulah lagi 2 bulan, kurus macam Fahrin Ahmad!"
Apakah? Begitu perasan?

Glamer gak gym ni di sekitar kawasan yang sewaktu dengannya.

Maka. Skang ni.
Abah bebudak pompuan tu dah register gym kat gambar atas tu.
Nak pegi Fitness First jauh ler plak.
Dapat pegi gym dedekat umah pon jadilah.

Alamak, aku teruja gak la.

Weighlifting anyone?

Treadmill itu...

Ni bilik ape ek? Bilik bersenam guna bola getah tu ek?

Alamak ai.
Terasa macam nak join ler gak.
Tapi takde masa nak pegi.

Hmmm...
Tunggu abah bebudak pompuan tu dah jadi FA. (Haha, wait n see)
Pastu baru boleh.
Bley ke?

*Kesemua gambar cilok kat fesbuk kakigym.


Coretan: Hampir-hampir nak join Fitness First.

Read more...

Cekelat DAIM memang sedap

Hai lah Daim-daim semua...

Memang sedap kalau dimakan time-time tengah stay up buat keje opis.
Memang sedap kalau badan nanti naik sebab makan cekelat tetengah malam bute.

Eh eh.
Memang sedap betul lah cekelat Daim nih.
Memang sedap betul sampaikan dulu kazen kecik aku 2 orang datang umah.
Abis ilek sebalang penuh Daim yang aku letak atas meja kopi umah aku.
Hilang tak tinggal kesan.

Eh tak.
Ada kesan.
Derang buang pembalut cekelat Daim tu depan pintu umah aku.
Cis. Takpelah.

Aku tak kisah. Makanlah.
Tapi lenkali aku tak letak dah la dalam balang atas meja.
Aku akan letak dalam balang, pastu balang tu simpan dalam lemari je.
Hehehe.

Eh. Memang sedaplah ko ni cekelat.

Ish, cake Daim ni...tempting!

Oh iye.
Sebagai duta tak rasmi IKEA (lama dah tak promote IKEA).
Saya jemput anda seme makan Daim Cake ni kat IKEA Cafe.
Sila lah ye.

Coretan: Sekali sekala je makan...

Read more...

RETRO kah aku?

>> 03 May, 2010

Ramai kata aku suka stail Retro.
Ramai kata aku suka pakai baju corak Retro.

Sungguh cun blouse itu, sangat menarik minat akak.

Ye.
Memang pon.
Saya memang suka Retro...

Suka fesyen Retro.
Suka lagu Retro.
Sebaik umur bukan Retro.

Tetibe rasa macam nak search Retro fashion ni cemana sebenar-benarnya.
Retro kah aku?

Ni yang dijumpai kat laman sesawang ni:


Fashion Retro #1
Komen: Aku memang penah ada baju corak macam ni dulu-dulu. Blouse warna biru.


Fashion Retro #2
Komen: Ni pon aku penah ada blouse style corak kat leher macam tu. Blouse warna cekelat.



Fashion Retro #3
Komen: Baju belang aku memang melambak. Maka?


Dan saya juga memang suka mendengar lagu Retro.
Kalau omputih Bee Gees & Chicago.
Kalau melayu Flybaits.

Sker lagu derang...

Maka.
Aku memang Retro

Coretan: Menari cocok langit. I loikee!

Read more...

Keliru, akak keliru

Waktu ini, akak sedang membuat keje opis di rumah.
(Jam menunjukkan pukul 11:59 pm, Ahad)
Bukan sebab akak rajin.
Petang Isnin ada review.
Akak kena QA keje yang opismate buat.



2 jam pertama akak OK.
Tapi.
Selepas 2 jam akak KO.

Akak sudah keliru.
Akak keliru dengan teks-teks yang ada dalam kerje itu.
Akak keliruuuuu.

Coretan: Dan ngantuk...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP