Nose & Ear Cleaner

>> 18 September, 2010


Zaman skang ni macam-macam teknologi orang cerdik pandai cipta.
Kalau baby idung tersumbat a.k.a banyak hingus.
Beli jer alat ni.
Masukkan beberapa titik cecair Saline menggunakan alat ni dalam idung macam dalam gambar kat atas.
Pehtu tekan jer ON/OFF untuk sedut hingus dalam idung baby.


Bila dah berjaya sedut, kuarkan jer ujung alat ni, hingus pon terkeluar sekali.
Bestkan?
Agak-agak Muya suka tak kalau aku wat macam ni kat idung dia?

Sebenarnya kan.
Aku carik alat yang boleh korek telinga baby dengan selamat.
Yang ada skang ni cotton bud yang bentuk atas kecik bawah besar tu.
Direka supaya kita tak terkorek telinga baby dalam-dalam.


Pehtu ada gak pengorek telinga berlampu.
Yang ini best gak.
Bila kita ON lampu, masukkan dalam telinga.
Wuiyoo nampak bahan-bahan dalam telinga tu.
Memang senang sangat.
Tapi masih kena hati-hati la kan.
Takut terover korek lak.


Maka dengan ini.
Harapan saya agar ada orang yang akan mencipta pengorek telinga baby yang macam pistol untuk idung tadi tu.
Masuk je dalam telinga, terus leh bersihkan telinga tu.
Agak-agak logik tak agaknye?

Oh iye.
Alat pembersih hidung tadi berharga RM119.90.
Alat pembersih telinga pulak tatau. Tapi murah jer tu rasanye. Takde sampai ratus2 macam alat idong tadik.
Maka. Sila lah beli kalau suka.

mamajelly: Siapa tak suka senang?

1 komentar:

armouris 1:07 AM  

info tentang korek telinga di SIHAT SELALU - Bahaya Korek Telinga

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP