Cop! Ni tempat Syasya!

>> 31 October, 2010

Ni besday party Qaseh.
Anak Uncle Chuop kawan mama.
Time kasih Uncle Chuop sudi ajak kitaorang pegi besday Qaseh yang gilang gemilang.
Konsep theme Princess Birthday Party gitu.


Ni besday Qaseh 3 tawun.

Ni pulak besday Qaseh 2 tawun.

Nampak tak apa yang sama?
Yes. Tempat Syasya berdiri.
Syasya mesti berdiri kat sebelah Qaseh.
Atau dengan lebih tepat -- tepi cake.

Cemana yek Syasya dapat memboloskan diri dari orang ramai untuk berdiri sebelah cake?
Hebat Syasya.
Agak-agak tahun depan camne agaknye ek?

Read more...

Hah! Anak aku dah nak sekolah?

>> 30 October, 2010


Hari Jumaat hari tu.

Masa amik Syasya dengan Muya kat taska.
Teacher derang tanya.
"Syasya nanti nak hantar tadika mana?"

Aku terus jawab, "Tadika PASTI. Abah dia kata nak hantar situ".
Pastu ada la lagi perbualan-perbualan lain.
Malas lak nak citer.

Pastu sampai umah.
Syasya lak cakap,"Mama, hantar la Syasya tadika Little Tots. Teacher Intan leh hantar."
Sambil tunjuk flyers kaler pink dari Little Tots.
Errr.. Ok...
Hari Ahad ni kita pegi Little Tots Open Day tu yek, Syasya.

Mama tak kisah Syasya nak tadika kat memana.
Tapi kasi mama survey dulu tadika tu ok ke tak.
Kalau tak semenggah jer memang mama takmo.

Janji Syasya senang nak pegi dan balik.
Janji Syasya selamat.
Janji Syasya boleh belajar dan jadi bertambah pandai.

Hai. Tak sangka anak aku dah nak sekolah.
Aku pun dah makin tua la yek?
Hmm...

Read more...

My Best Bedmate's Wedding

Dulu masa sekolah.
Katil kitaorang katil 2 tingkat.
Aku tido bawah, dia tido atas.
Tu masa Form 4.
Bila Form 5, kitaorang pindah ke dorm Senior.
Kitaorang still amik posisi yang sama.
Dia tido atas, aku tido bawah.

Teringat kalau time tido.
Dia suka tido lambat.
Budak rajin baca buku.
Pastu suka goyangkan kaki dia dengan selimut terjuntai ke bawah.
Bila kaki goyang, selimut pon goyang la kan.
Dah la selimut kaler putih.
"Wei, ngeri tau kain kaler putih beralun-alun daripada atas malam-malam."

Lama gak tunggu wedding dia ni.
Ye la. Komitmen kat kerja lebih kot.
Sebab rajin baca buku malam-malam la katakan.

Akhirnya.
Kawin gak bedmate aku.

Selamat Pengantin Baru, Dr. Zarina!
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Read more...

Aik? Awak ketuk kepala saya ye? (A Tribute to P.Ramlee)

Jiran 1: Bukan ketuk, itu tunjuk eksyen tu!
Jiran 2: Tunjuk eksyen sampai bergoyang kepala saya begini? (sambil menggoyangkan kepala jiran dia yang ketuk kepala dia dengan frame tu)
Jiran 1: Aik? Kepala saya awak goyang-goyangkan begini? Nenek saya pon tak penah goyang kepala saya tau!
Jiran 2: Ooo.. Nenek awak tak penah goyang kepala awak yek? Kepala saya yang awak ketuk ni? Ha? Awak ingat kepala saya ni tak bayar zakat?

Haha. Klako klako.
Lawak tak lapuk dek zaman.
Tak lekang dek panas.

P.Ramlee memang best.

Tengok kat minit 8:30 sampai la abis...

Read more...

Oh Fuschia!

>> 29 October, 2010

Fuschia, colour code: #FF00FF.
Aku suka plak dengan kaler ni skang.

Aku bukan minah pinky.
Tapi Fuschia ni kira adik beradik pinky.
Cuma kaler dia hot lagi.
Hot macam aku. (*perasan?)
Ok la. Hot macam aku sikit-sikit jer.

Maka, skang ni aku dah jadi minah pinky ke?
Hot minah pinky la kan?

Kalau dapat dress kaler fuschia cani... Santek...

Blouse Fuschia cani pon Santek gak.

Heels kaler Fuschia pon santek, kalau pakai baju itam...


Tak dapat dinafikan.
Pengaruh rakan sebaya memang kuat.
Hati-hati dalam memilih kawan...

See? Fuschia semata-mata derang ni.

Ye. Saya memang dah ada tudung kaler Fuschia tau.

Tudung Fuschia Najjah la opkos. Hehe.

Read more...

Makan kat Red Wok, Bangi

Pertama kali makan masa bulan pose.
Dengan opismet semua.
Buka pose reramai.

Sebelum pegi tu dah skodeng website Red Wok.
Alamak aiii.
Menggiurkan sungguh la.

Sebab aku memang suka stimbot.
Tak kisah la yang cocok-cocok tepi jalan ke.
Yang kedai ada kuah ke macam Johnny's.
Yongtaufu sup ke. Yongtaufu biasa ke.
Semua yang macam tu memang aku tergila-gilakan.


2 kali pegi.
2 kali melantak sizzling stimbot.
Gilakan kupang.
Banyak gile binatang yang ada kat situ.
Pilih jer apa binatang ko nak.
Memang ada kat situ.
Ketam, kupang, kepah, udang, sotong kembang, sotong basah, daging kambing, daging ayam, daging lembu, isi ikan, apa lagi binatang yang aku tak sebut ek?

Masa 2nd time makan kat Red Wok.
Kitaorang try sup tomyam dia.
Hmm. Macam tomyam Adabi jer.
Tak best.
Best lagi sup ayam.
Leh campur dengan sos dia yang 2 jenis tu.
Lagi lahzat.



Pasni.
Kalau pegi lagi, nak try ala carte pulak la.
Macam terliur dengan buttered fish seperti di atas.
Menjejes air liur...

Read more...

Taska Amira best ke tak?

Banyak kali gak dapat soalan daripada ibuk-ibuk, best ke Taska Amira?
Kadang-kadang kat pesbuk ada yang add kak Jellyna ni.
Ingatkan peminat (perasan gile bajet ada peminat, blog pon takde orang nak baca?).
Rupanya mak-mak yang menyayangi anak mereka nak tanya pasal Taska Amira.

Selalunya memang akak jawab dengan penuh ramah mesra la kan.
Walaupun lepas dah accept tu hati agak kecewa sebab derang nak add bukan sebab minat dengan akak pon.
Lebih minat kat Taska Amira rupanye.
Haha. Kesian.

Antara soalan-soalan feberet yang ditanya:

1. Ok tak Taska Amira tu?
Ok jer. Selagi anak-anak saya dijaga dengan baik. Ok la kot.

2. Ramai tak budak kat situ?
Ramai jugak sebab derang ada transit. Tapi teacher derang pun ramai jugak. So, takde hal kot?

3. Cikgu derang ok tak?
Setakat ni teacher-teacher derang adalah sangat baik. Saya suka dengan semua teacher-teacher di Taska Amira. Dulu jer sekali penah ada sorang teacher yang suka cubit budak, sampai Syasya takmo pegi Taska. Nampak jer taska, terjerit-jerit menangis. Teacher tu dah benti. Maka, anak saya dan anak anda selamat.

4. Baby ramai tak kat sana?
Hmm. Tak tanya pulak baby ramai ke tak. Tapi saya pernah naik atas amik Muya. Ramai yang anak cikgu, so baby-baby tu half day jer.

5. Kalau untuk budak-budak besar ada aktiviti tak?
Ada. Syasya pandai nyanyi, pandai lukis, pandai macam-macam sebab dia ada aktiviti kat taska. Tapi, mak bapak Syasya pon ajar kat rumah jugak ye. Kadang-kadang je la tapi. Hehe. Oh iye. Syasya pon ada belajar Iqra'. Skang Syasya dah Iqra' 2. Alhamdulillah. Tapi sila la bayar yuran Iqra' tu~

6. Taska Amira tu berdaftar ke dengan JKM?
Yep. Kat depan taska Amira pon ada memo tentang pendaftaran taska Amira kat JKM.


No.87 dalam senarai taska berdaftar.

Read more...

Family Picnic

>> 28 October, 2010


Video ni dishoot masa Muya kecit lagi.
Rasanya masa umur 6 bulan kot.
Rambut pon jarang. Tak panjang macam skang ni.
Syok la ada video camni sekali sekala.
Time kasih Horahorey.
Sebab sudi shoot video kitaorang satu family.
Kalau sape minat nak video macam kitaorang.
Boleh pegi kat website derang yek.
Sekian, time kasih.

Read more...

Britain's Next Top Model



Tengok BNTM tak best sangat macam tengok ANTM.
Judges BNTM suka komen & kutuk gila-gila kat model-model.
Bukan ke derang tu baru belajar?
Takde experience lagi?
Kutuk yo yo on sangat.
Dah la pentas judging derang macam sempit.
Kesimpulannya.
Tak best lah BTNM.
ANTM lagi best.


Ok. Nak sambung layan ANTM Cycle 14.
Dah abis Cycle 14, leh layan Cycle 15 laks.
Sambil-sambil berangan amik gambar ala-ala Nigel Baker.
Hehehe.

Read more...

Momma

>> 27 October, 2010



Comel tak botol susu ni?
Eii. Geram pulak tengok bentuk bulat-bulat.

Sebijik botol susu harga dia RM41.90.
Size 250ml.

Tengok la berus botol dia.
Pon bulat jugak.
Ye la sebab botol dia pon bulat.
Harga berus RM29.90.

Ni lak thermal bag dia.
Nak kasi susu warm jer.
Comel sungguh.
Harga RM35.60.



Ni la cup with straw and handle.
Sesuai untuk baby yang dah pandai pegang, minum sendiri.
Harga RM55.90.

Semuanya BPA Free.
Menarik tertarik ko memang daboom.
Haruskah dimasukkan ke dalam wishlist?

sayasukaberangan.com

Read more...

Bila Anak-Anak Demam

Bila anak-anak demam.
Mula la berfikir.
Semalam pegi mana?
Malam tadi masa tido ada nyamuk ke?
Kena hujan ke?

Bila anak-anak demam.
Mula la berfikir.
Hari ni kena amik cuti lagi ke?
Hari tu kan dah cuti?
Kan best kalau tak keje?

Bila anak-anak demam.
Mula la berfikir.
Nak pegi sepital kejaan ke swasta?
Pegi sepital kejaan berapa lama mau tunggu?
Pegi sepital swasta berapa banyak mau bayar?

Aiyakkkk.


Anak-anak jangan demam selalu ye.
Mama sentiasa doakan anak-anak sentiasa sihat sejahtera selalu.
Jauh dari segala penyakit & bahaya bencana.
Amin.

Read more...

Lawatan Sambil Belajar: Zoo Melaka

Ahad hari tu kan kitaorg pegi Zoo Melaka.
Tak planning pon nak pegi.
Lepas malam birthday Qaseh tu.
Mama asik tanya kat abah mana nak pegi jalan esok.
Mama ajak pegi Zoo Negara.
Abah cakap tak best.
Abah kata Zoo Melaka best.
Binatang dekat-dekat tak macam kat Zoo Negara.

Oh iye ke? Tak ingat la.
Mama last sekali pegi Zoo Melaka dekat 20 tahun yang lalu.
Lamanyerrrr tak pegiiii.
Ingat nak tunjuk gambar lama posing depan Zoo Melaka, tapi album tu kat umah atuk kat Klang la plak.

Gambar macam kat dalam Harian Metro:
Kat sini la tempat kejadian gajah terbang tu.

Dekat tak binatang? Singa tengah nyorok belakang tembok nun.

Kalau lalu kat kandang rusa, mesti bau busuk hancing.

Kasi makan secara illegal. Sebaik zirafah tu tak tercekik.


Sebenarnya kan.
Lawatan sambil belajar adalah untuk bebudak pompuan tu dan juga untuk mama derang.
Bebudak pompuan belajar pasal binatang.
Mama derang pulak belajar pasal camera.
Ngeh ngeh ngeh.

Amacam? Ada bakat tak?

Read more...

Teringin nak masak ujung minggu

>> 22 October, 2010

Tok! Tok!
Ada orang kat rumah tak?
Nampak macam tuan rumah lama tak singgah rumah merah ni.

Bulan raya yang lepas.
Tiap-tiap minggu tak lekat kat umah.
Asik pegi makan jer kat umah orang.
Time kasih yang sudi jemput.
Dah lama saya tak merasa masak kat umah time ujung minggu.
Alasan la sangat.

Ingatkan bila raya dah abis.
Kira boleh rileks la dok umah.
Masak untuk kuarga.
(Konon je la kan, pura-pura rajin la konon)

Tapi tak rupanye.
Ramai yang tak kasi saya masak ujung minggu.
Alasan lagi sekali.

Maka.
Memang tiap-tiap minggulah saya tak masak sekarang ni.
Sebab saya dan kuarga makan kat rumah orang.
Hehehe.

Ni aktiviti kitaorg Ahad lepas - Lawatan sambil belajar
(Time ni tak makan kat umah orang, makan kat kedai)


Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP