Taska Amira best ke tak?

>> 29 October, 2010

Banyak kali gak dapat soalan daripada ibuk-ibuk, best ke Taska Amira?
Kadang-kadang kat pesbuk ada yang add kak Jellyna ni.
Ingatkan peminat (perasan gile bajet ada peminat, blog pon takde orang nak baca?).
Rupanya mak-mak yang menyayangi anak mereka nak tanya pasal Taska Amira.

Selalunya memang akak jawab dengan penuh ramah mesra la kan.
Walaupun lepas dah accept tu hati agak kecewa sebab derang nak add bukan sebab minat dengan akak pon.
Lebih minat kat Taska Amira rupanye.
Haha. Kesian.

Antara soalan-soalan feberet yang ditanya:

1. Ok tak Taska Amira tu?
Ok jer. Selagi anak-anak saya dijaga dengan baik. Ok la kot.

2. Ramai tak budak kat situ?
Ramai jugak sebab derang ada transit. Tapi teacher derang pun ramai jugak. So, takde hal kot?

3. Cikgu derang ok tak?
Setakat ni teacher-teacher derang adalah sangat baik. Saya suka dengan semua teacher-teacher di Taska Amira. Dulu jer sekali penah ada sorang teacher yang suka cubit budak, sampai Syasya takmo pegi Taska. Nampak jer taska, terjerit-jerit menangis. Teacher tu dah benti. Maka, anak saya dan anak anda selamat.

4. Baby ramai tak kat sana?
Hmm. Tak tanya pulak baby ramai ke tak. Tapi saya pernah naik atas amik Muya. Ramai yang anak cikgu, so baby-baby tu half day jer.

5. Kalau untuk budak-budak besar ada aktiviti tak?
Ada. Syasya pandai nyanyi, pandai lukis, pandai macam-macam sebab dia ada aktiviti kat taska. Tapi, mak bapak Syasya pon ajar kat rumah jugak ye. Kadang-kadang je la tapi. Hehe. Oh iye. Syasya pon ada belajar Iqra'. Skang Syasya dah Iqra' 2. Alhamdulillah. Tapi sila la bayar yuran Iqra' tu~

6. Taska Amira tu berdaftar ke dengan JKM?
Yep. Kat depan taska Amira pon ada memo tentang pendaftaran taska Amira kat JKM.


No.87 dalam senarai taska berdaftar.

0 komentar:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP