I ♡ Cardigans

>> 24 November, 2010

Cardigan.
Sejenis sweater yang boleh diikat, dibutang atau dizip di bahagian depan sweater tersebut.
Senang citer, cardigan ni baju sejuk yang ada butang/zip/tali kat depan.
Dah nama pun baju sejuk, patutnya kena pakai time sejuk.
Tapi disebabkan fesyen.
Time tak sejuk pon orang pakai jugak.
Espeseli kat Mesia ni.
Ramai jer orang pakai baju sejuk time panas.
Termasuk ler aku.

Kalau malam-malam tengah pakai t-shirt takde lengan kat umah.
Tetibe jer ada orang bagi salam kat luar rumah.
Ada cardigan, amik jer terus sarung.
Pastu pakai tudung, leh dah kuar umah jumpa orang kat luar.
Kan ke senang tu.
Rasanya banyak dah cardigans yang aku ada.
Yang dah tak muat dah pass kat adik pompuan aku yang sorang tu.

Budak pakai cardigan purple bertali tudung itam tu adik aku la. Cardigan yang dia pakai tu cardigan aku la tu. Brand COMMA - RM40 kot masa tu. Skang COMMA tu pon dah tak wujud. Oh iye. Kawan dia yang belah kanan sekali tu pon pakai cardigan gak.


Yang ni lak cardigan butang kat belakang dia ada tali. Brand MNG - RM75 kot. Cardigan ni tebal sket. Tu pasal muka aku berminyak-minyak masa gambar ni diambil. Panas tapi ku relakan jugak sebab aku suka sangat cardigan ni.


Skang ni aku macam terrr-minat cardigan gambar kat atas ni. Labuh tutup punggung, sleeve puff pesen terkini. Brand TOPSHOP - RM280. Ok. Takpelah. Aku tak beli kot. Aku berangan jer dah la. Mahal dowh.


Orait.
Kalau sesiapa nak ikut berangan pasal cardigans dengan aku.
Boleh pegi tengok kat link ni.
Ada banyak jenis cardigan macam-macam pesen.
Mengujakan sungguh.

Sekian. Terima kasih.

Read more...

Penjagaan kulit oleh OLAY

>> 21 November, 2010

Bukak fesbuk nampak iklan OLAY.
Bukak blog pon nampak iklan OLAY.
Promosi habis-habisan nampaknya?

Iklan yang asik kuar tu iklan REGENERIST by OLAY.
Ala, bekas yang warna merah tu.
Oleh sebab aku suka merah.
Jadi, warna bekas tu menarik minat aku nak klik?
Sungguh tak logik lah alasan ini.
Tapi memang aku klik.

Cantikkan bekas yang berwarna merah ini?

Jap study jap apa ke menda nye REGENERIST ni.
Oooo.
Ianya produk 'anti-ageing', atau nama melayu 'anti-penuaan'.

Ayoyo.
Jap pk jap ye.
Aku dah masuk kategori muka orang yang kena pakai produk 'anti-ageing' kah?

Hmmm.
Camne ni?
Tetibe rasa macam tak reti lak nak pilih skincare yang terbaik.
Sebab rasa macam masih muda jer nak pakai produk yang 'anti-ageing'.
Akan tetapi.
Masih muda kah aku?
Lalala...

**Memang tengah nak carik produk skincare yang sesuai.

Read more...

Happy 1st Beeday, Muyassarah!

>> 20 November, 2010


White Dark Chocolate Cheese from SR
(deco atas tu deco sendirik, SR tak provide cekelatcip)

Alahai.
Kejapnye masa berlalu.
Kejap jer Muya bucuk-bucuk dah setahun...

Headband tu handmade, mama wat sendirik.. :D

Mama doakan Muya jadi anak yang solehah, bijak & berjaya dunia akhirat.
Cayang Muya...
Muah muah!


Theme birthday Muya ni last minit punya plan.
Tetibe rasa macam nak wat Bee Theme laks.
Jadilah.
Jangan tak ada.
Yang penting semua hepi.
Hehe.

Read more...

Hobi yang dah tak berapa hobi sangat dah

>> 15 November, 2010

Dulu menda ni kengkonon nak dijadikan hobi.
Dapat buat baju untuk anak-anak sendiri pon cukup la.
Sebab susah betul nak carik baju kurung bebudak ikut taste sendiri.

Ye. Ikut taste sendiri lah.
Dah sah-sah bebudak pompuan tu tak pandai pilih baju lagi.
Eh, tapi Syasya pandai la pilih.
Cuma kalau Syasya pilih asik-asik PINK.
Standard la tu budak pompuan baru nak naik.
Feveret kaler, PINK.

Mak derang pon satu hal gak.
Baju kurung kain perca takmo.
Ye ler.
Baju kurung kain perca tu kalau beli pon harga rm30 gak.
Merepek.
Padahal kain perca tu lebih kain buat baju orang tua jer.
Podah cit!

Maka.
Dengan permasalahan seperti di atas tadi.
Saya telah mengaplikasikan hobi saya itu dan menubuhkan sebuah kedai yang dinamakan:

Sempena nama aku la tu kononnye~

Supaya mak yang cerewet macam aku ni.
Tak susah-susah nak carik baju yang cantik-cantik untuk anak-anak sendiri.
Dengan harga yang berpatutan.
(Agaknye la kot?)

Tepuk dada, tanya selera.
Eh, kenapa ek tepuk dada, tanya selera?
Bukan selera kat tekak ke?
Camne orang-orang tua dulu buat pepatah ek?
Tetibe skang baru terasa tak logik lak.

SWEETIE from TheJellikids


Oklah.
Kalau terasa nak carik baju kurung bebudak.
Bole lah pergi kat TheJellikids, kot ada yang berkenan.
Takyah tunggu raya, pegi wedding ke, pegi hejadi ke, pegi dinner ke, leh jer nak pakai baju kurung.

Sekian, time kasih.
*Sowi aa, entry promo~

Read more...

Ugliest Living Room

>> 07 November, 2010

Petang tadi tengok rancangan America's Ugliest Living Room.
Tetibe jer terasa hati pulak tengok rancangan tu.
Macam sama jer rumah ugly yang kena make over tu dengan rumah aku.
Ish ish ish.

Terus terfikir takde orang ke nak yang make over living room umah aku?
Kalau la aku dapat make over, aku nak mintak tolong divide kan rumah aku kepada bahagian tengok tv dan ruang makan.
Rumah aku ni hall 4 segi jer, kecik pulak tu.
Cemana agaknya kalau dibahagikan 2 ek?
Nak tau gak keterelan peng'make over' itu.

Pastu terus la mula berangan-angan (habit).
Nak buat langsir baru, nak cat dinding kaler baru, nak tukar chandelier baru, sofa baru...
Pendek kata nak semua baru lah, senang citer.

Rumah yang sekali sekala jer kemas.
Kemas 1 kali.
Sepah 80 kali.


Read more...

Syasya kena make over

Masuk ni dah berapa kali Syasya wat make over.
Macam-macam style rambut yang pendek-pendek dah buat.
Macam-macam sebab kenapa rambut Syasya kena potong.

Dulu masa kecik, sebab kulit kepala Syasya macam ada keruping.
Skang ni dah besar, kutu la pulak.

Nampaknya Syasya memang takkan merasa la nak berambut panjang mayang mengurai.
Esok kalau Syasya dah besar, pandai jaga rambut.
Syasya bela la sendiri rambut panjang yek.

Kali ni memang pendek habis.
Dah tak ayu langsung dah.
Takpe. Rambut Syasya cepat panjang.
Bulan depan panjang la tu.

Mama ingat Muya ni mama nak try kasi rambut panjang plak.
Muya pon nampak girlish walaupon dia macam ganas.
Pakai sepit rambut pon tak bukak-bukak.
Tak macam Syasya masa kecik dulu.
Boleh yek Muya?

Read more...

Petua daun sup tahan lama

>> 02 November, 2010


Bagi orang yang jarang-jarang sekali dapur dia berasap.

Memang sesuai tau petua ni.
Ia dapat mengelakkan pembaziran duit akibat membeli daun sup secekak sampai 8 kali sebulan.

Petua ni aku belajar daripada makcik sedara abahgirls.
Masa tu kat kampung, nampak dia amik menda dari freezer.
Pastu tabur dalam sup.
Rupa-rupanya menda tu ialah daun sup.

Makcik abahgirls pun bagila petua kalau nak daun sup tahan lama....

Memula racik dulu daun sup macam biasa kita wat kalau nak tabur dalam sup tu.
Pastu basuh dan keringkan daun sup tu.
Tapi.
Kalau ada yang suka basuh dulu, pastu baru potong.
Sekati ler.
Yang penting lepas racik, keringkan daun sup tu.
Bukan keringkan bawah matahari tau.
Keringkan daun sup tu daripada air akibat pembasuhan tadi tu.

Bila daun sup dah kering daripada air.
Masukkan dalam bekas.
Simpan dalamfreezer.
Bila nak pakai daun sup, kuarkan dan tabur la dalam masakan.
Senangkan?

Nak apply petua ni kat daun-daun lain pon boleh gak kot.
Cuba la try test sendiri.

Read more...

Faux Fashion


Masa tengok ANTM Cycle 14 Episode 5.

Derang wat photoshoot 'Faux Fashion'
Sebelum photoshoot tu, Mr J ada bagitau.
"Jenayah fesyen yang paling besar ialah membeli barangan tiruan. Designer penat mendesign, pastu pengeluaran barangan tiruan menyebabkan fesyen industri kerugian 9.2 billion setahun. Yang juga menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan."

Hmmm...
Macam biasa jer fenomena membeli barangan tiruan ni kat mana-mana.
Nak beli yang original mahal sangat.
Maka.
Orang beli la yang tiruan.

Macam aku ni.
Yang tiruan pun tak mampu nak beli. (Tiruan gred AAA++)
Yang original lagi ler jangan harap.

Tapi.
Tak dinafikan aku memang minat.
Tipu kalau cakap aku tak minat barang-barang branded macam LV, CD, Chanel, Prada, Gucci, bla bla bla.
Cuma duit jer yang jadi penghalang.

Tengok lah nanti.
Mana tau satu hari nanti ada duit jatuh dari langit.
Aku akan pegi shopping semua menda mahal-mahal ni nanti.
(Tak abis-abis berangan...)

Read more...

Mom Jeans

>> 01 November, 2010

Kalau korang ada jeans macam dalam gambar di atas tu.

Ada 2 perkataan jer yang sesuai: "Sila Buang."
Beli jeans baru.
Mom Jeans akan membuatkan pinggul dan perut anda LEBIH BESAR DARIPADA BIASA.

Artis-artis pon ada jer wat kesilapan macam ni.
Antaranya ialah...

Datuk Siti kita...

Mischa Barton yang comel ini...

Read more...

Blackie

Blackie ni gadget terbaru saya.

Saya beli Blackie sebelum raya hari tu.
Saya memang dah lama nak beli Blackie.
Rasanya ada la makan tahun gak kot saya letak Blackie dalm wishlist kat sebelah tu.

Tapi tu la.
Kadang-kadang ada menda lain yang lagi penting.
Maka hajat nak beli Blackie selalu la kena tunda.
Tak kisah la. Tu citer dulu.
Skang dah ada Blackie.
Murah jer Blackie saya.
Termurah di pasaran.


Ooo. Patut la murah.
Sebab model ni dah discontinue.
Ganti dengan model D3100 plak.
Kira time aku beli tu, dah diambang nak pupus.
Tak kisah ler.
Yang penting gambar Syasya dengan Muya tak kelabu asap lagi.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP