Petua daun sup tahan lama

>> 02 November, 2010


Bagi orang yang jarang-jarang sekali dapur dia berasap.

Memang sesuai tau petua ni.
Ia dapat mengelakkan pembaziran duit akibat membeli daun sup secekak sampai 8 kali sebulan.

Petua ni aku belajar daripada makcik sedara abahgirls.
Masa tu kat kampung, nampak dia amik menda dari freezer.
Pastu tabur dalam sup.
Rupa-rupanya menda tu ialah daun sup.

Makcik abahgirls pun bagila petua kalau nak daun sup tahan lama....

Memula racik dulu daun sup macam biasa kita wat kalau nak tabur dalam sup tu.
Pastu basuh dan keringkan daun sup tu.
Tapi.
Kalau ada yang suka basuh dulu, pastu baru potong.
Sekati ler.
Yang penting lepas racik, keringkan daun sup tu.
Bukan keringkan bawah matahari tau.
Keringkan daun sup tu daripada air akibat pembasuhan tadi tu.

Bila daun sup dah kering daripada air.
Masukkan dalam bekas.
Simpan dalamfreezer.
Bila nak pakai daun sup, kuarkan dan tabur la dalam masakan.
Senangkan?

Nak apply petua ni kat daun-daun lain pon boleh gak kot.
Cuba la try test sendiri.

1 komentar:

Kazaztan Team 5:08 PM  

wah...bagus untuk akak jugakkk

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP