OK Karaoke MTV

>> 30 January, 2011

Tak dapat layan karoke kat Green Box.
Layan karoke kat umah pon jadi lah.

Cenel 713. Pukul berapa? Ntah?
Nasib-nasib jer terbukak, pastu ada.


Tetibe ada pulak lagu Aerosmith - I Don't Wanna Miss A Thing.
Tetibe abah & mama pon menyanyi la mengikut lirik dalam tv.
Stended karoke la kan.
Walau dah hafal lagu, tapi kalau karoke jer memang kena tengok lirik lagu yang kuar kat tv.

Bila abah & mama terjerit-jerit nyanyi lagu Aerosmith tu.
Syasya senyum-senyum tengok abah & mama.
Mama tengok Muya.
Muya pon senyum-senyum jugak tengok abah & mama menyanyi.

Syasya tu senyum kalau orang menyanyi sebab dia tak sangka orang tau lagu tu.
Kira macam kagum la.

Muya pulak senyum kenapa ek?
Tak penah tengok abah & mama menyanyi yo-yo on ye, Muya?
Hehehe.

Sori la Muya.
Mama malas dah sekarang nak bawak anak-anak pegi pusat karoke.
Sebab sekarang ni gejala penyakit bersepah-sepah.
Kita karoke kat rumah jer ye Muya?

Read more...

Trend Diaper Cakes

Pandai orang meniaga kan.

Macam-macam produk derang invent.
Kreatip sungguh.

Katak Theme

Skang ni kalau ada orang bersalin, pastu takde idea nak kasi hadiah.
Leh kasi hadiah Diaper Cake.
Comel sangat.
Kalau sendiri rasa pandai buat.
Ha sila buat la sendiri.

Diaper Cake ni pon selalu orang guna bila time Baby Shower Party.
Aku tak pernah join, atau buat Baby Shower Party.
Hmmm... Takde orang nak jemput I ke Baby Shower Party korang?
Lalalalala.

Pink Bear Ballerina Theme

Selalunya...
Dalam Diaper Cake tu ada beberapa keping diapers, baju, bib, mittens & booties, mainan, atau suka ati la nak letak apa.
Janji bila ko design, menda-menda tu semua jadi bentuk cake.
Yang penting bahan utama yang perlu ada opkos la DIAPERS.
Dah nama dia pun Diaper Cake kan?
Ngeh ngeh ngeh.

Nak style munge-munge pon boleh.

Kalau rasa bajet ciput.
Leh beli Mini Diaper Cake.
Macam gambar kat bawah ni.

Comel. :)

Read more...

Ini Muya punya cerita

>> 29 January, 2011

Dulu masa Syasya.
Mama sebok dok citer kat dalam blog Syasya dah pandai ni, dah pandai tu.
Ye la, anak baru sorang.
Excited terlebih nak cerita pasal anak yang sorang itu.

Sekarang masa Muya.
Mama dah tak sebok cerita pasal Muya dah pandai ni, dah pandai tu.
Sebab apa yang berlaku kat Muya, dah berlaku kat Syasya dulu.
Excited terlebih jugak, tapi lebih kepada di dalam rumah jer.
Tak cerita pun dalam blog.

OK la.
Kali ini mama nak excitedkan diri mama.
Nak cerita pasal Muya pulak dalam blog.
Yeah! yeah!

Pada umur 1 tahun 2 bulan.
Muya dah pandai...

Pegang mouse, tolak-tolak mouse atas mouse pad macam tengah guna laptop.

Main komputer, tekan-tekan keyboard. Asal on laptop jer dia menyebok nak tekan.

Dan juga...

Main tulis-tulis. Menda ni feberet Muya, diusung ke hulu ke hilir.
Kekadang Muya menulis sambil tonggeng.
Kekadang Muya menulis sambil meniarap.
Kekadang menulis guna tangan kiri.
Kekadang menulis guna tangan kanan.

Selain yang sempat dicaptured seperti di atas.
Satu perkara yang mama baru discover siang tadik ialah:
Muya amik botol bedak, pastu acah-acah tabur bedak kat badan.
Pastu tangan lagi sebelah konon-konon sapu bedak tu atas badan.
Klako.
Kompem Muya tiru abah dia nye style pakai bedak.
Hahaha.
Ala cayang Muya bucuk-bucuk.
Cium sikit. Muah!

Read more...

Ikan Bakar Sekinchan

>> 28 January, 2011

Hari-hari lalu jalan pegi keje nampak bunting ni.
"Sekinchan Ikan Bakar cawangan Desa Tun Razak".

Hari-hari lalu jalan pegi keje aku terliur tengok gambar ikan bakar tu.
"Akan dibuka 28 Januari 2011".

Adakah sedap sangat Sekinchan Ikan Bakar ini?
Perlukah kami sekuarga mencobanye?

So, Abah kepada bebudak pompuan.
Camne?



Cis.
Terliur lak tengok gambar ikan, ketam, udang bakar ni.

Read more...

Main mekap-mekap

>> 27 January, 2011

Dulu masa belajar dulu, suka main mekap-mekap dengan osmet.
Ye la, beli mekap tapi simpan.
Haruslah kitaorang main mekap-mekap sebab nak habiskan mekap tu.

Kitaorang mekap macam hindustan la.
Kitaorang mekap tiru model dalam majalah la.
Ko mekap aku. Aku mekap ko.
Pastu amik gambar.
Gambar tak pakai tudung, so takleh nak letak dalam blog.

Ok. Kantoi aku guna duit loan beli barang mekap.
Sori abah. Jiwa remaja time tu.
Hehehe.

Ingatkan time jiwa remaja jer perangai gitu.
Rupanya time jiwa tak remaja sangat ni pon ada habit sama gak.
Muehehe.
Yang penting kita enjoyyy!

Nak tengok Kim Kardashian punya tutorial mekap jap.






Tapi time jiwa tak remaja ni, stok mekap macam dah kurang.
Camne nak mekap ek?
Hmmm..
Aku upah jer lah member aku sorang tu yang terel mekap.
Lalalalala.

Read more...

Resepi Kek Batik Jawa

Acah ye tu mak enon.
Mesti ingat aku nak kasi resepi kan? kan?

Sebenarnya kan.
Ada sorang ex-opismet aku dulu mintak resepi kek batik jawa kat aku.
Lama betul dah.
Sampai skang aku tak kasi lagi kat dia.

Sebenarnya kan.
Dulu aku penah kasi kat dia masa keje sama-sama dulu.
Dia kata dah hilangkan.
Dia dah try banyak resepi kek batik jawa yang lain.
Tapi dia kata takde yang sedap macam aku punya resepi.

Wah??
I take that as a compliment.
Lalalala.

Kek batik jawa, warna & corak dia macam corak kain batik jawa ni.
Tu pasal nama dia Kek Batik Jawa.


Sori ye kak.
Memang ingat nak letak resepi tu dalam blog.
Tapi saya fikir saya nak wat dulu kek versi saya pastu amik gambar.

Masalahnya sampai sekarang saya tak berjaya meluangkan masa membuat kek batik itu.
Maka, sampai skang la takde entry pasal resepi kek batik tu dalam blog.
Tengoklah nanti.
Kot wiken ni tetibe ada aura rajin datang.
Saya wat entry resepi kek batik saya yang SEDAP tu ye.
Hehehe.

Read more...

Color of the Year

>> 26 January, 2011


Tulun tulun.
Cantiknya kaler ini.

Ni adalah PANTONE 2011 Color of the Year.

Pengsannn.

Nak belikan Syasya dengan Muya dress kaler ni lah.

.................

Ni tahun lepas punya color of the year.




Kannnnn??
(Eh betul ke ni kaler turqoise?)

*Time kasih kat encik chuop yang kasi info pasal color of the year.

Read more...

Muka jelita, suara tak jelita

Hehehe.

Ini kesinambungan entry yang untuk lelaki hari tu.
Ini kali saya mau bagitau yang perempuan lak.

Tapi dalam kes ini.
Pompuan jarang sekali muka jelita, suara tak jelita.
Selalunya, muka jelita, suara pon jelita.

Meh tengok sape pompuan yang muka jelita, suara TAK jelita.
Dia ni kategori artis jelita la kot, walaupon aku tak suka pon dia ni.

Lalalala.
Betulkan? Suara dia tak jelita sangat kan?


Yang pompuan omputih aku tak dapat nak kesan lak sape yang muka jelita, suara tak jelita.
Rasa macam semua muka jelita, suara pun jelita.

Read more...

Abah down bila...

Syasya bercerita pasal kawan-kawan dia yang kat taska.

Syasya: Kete Alphard ada tv kan?
Abah: Haa? Siapa ada kete Alphard?
Syasya: Insyirah.. Izzati...
Abah: Ok. Abah down.

Hahaha..

Read more...

Ikan bakar sumbat kelapa

>> 25 January, 2011

Time lapar-lapar ni mula la fikir semua jenis makanan.
Ni tengah terkenangkan ikan cencaru sumbat kelapa ni.
Lamanya tak makan.
Padahal buatnya bukan susah pon.

Tapi serius aku taktau camne nak mengadun part kelapa yang nak disumbat tu.
Nanti la aku tepon mak aku mintak resepi.

Mintak resepi jer lah kan.
Buatnye entah bila.

Ngeh ngeh ngeh.

Source gambar ikan bakar dari hanieliza fotopages.
Gambar ni paling menggiurkan aku. Tu pasal aku pilih gambar ni.

Read more...

Muka ensem, suara tak ensem.

>> 24 January, 2011

Kenapa ek selalunya orang muka ensem ni suara derang tak ensem?

Kiranya kalau kita bercakap dengan dia dalam tepon, kita mmg bajet dia tak ensem la.
Tapi tak semua la macam tu.
Ada gak yang ensem, suara pon ensem.

Ni contoh orang muka ensem, tapi suara tak ensem.
(Aku rasa ensem la, kalau korang rasa tak ensem, sila abaikan entry ini.)

Omputih

Omesia

Eh? Apesal dedua pemain bola?
Aku kan tak minat bola?

Read more...

Rawat jer terus boleh tak?

>> 23 January, 2011

Minggu lepas Muya demam.

Suhu 38.5 darjah Celcius.
Lepas makan ubat, turun jadi 38 darjah Celcius.
Antibiotik dah makan.
Tapi demam tak kebah-kebah gak lagi.
Mama dah risau.
Harus dibawak ke sepital ni.
Amik darah, x-ray dada.

Masalahnya.
Kalau pegi sepital, ada menda yang tak best.
Kena marah, kena acu soalan bertubi-tubi dengan doktor sepital.

Bab menjawab soalan tu ok.
Bab kena marah tu tak ok.

Kenapa itu doktor kasi ini ubat?
Kenapa kasi ini ubat selsema?
Ini ubat tak boleh kasi baby.

Eh doktor.
Kalau aku tau ubat apa leh kasi, aku takyah bawak jumpa ko la.
Ingat aku suka ke anak aku sakit?
Ingat aku suka ke nak bawak anak aku pegi klinik/sepital banyak kali?
Tensen betul la makcik.

Ko rawat jer terus boleh tak?
Ko takyah kondem-kondem doktor klinik lain boleh tak?
Ko takyah marah-marah kat aku yang bukan doktor ni boleh tak?
Ko ingat aku tak boleh jadi doktor gak ke kalau aku belajar rajin sket dulu? (Wah, agak poyo di situ)

Ok doktor.
Alhamdulillah Muya dah baik demam.
Selamat takyah jumpa doktor tu nak dengar dia membebel.

Muya dan Syasya, jangan demam lama-lama lagi ye anak-anak.
Nanti mama dengan abah kena marah, kena bebel dengan doktor tu.
Kitaorang tak sanggup.

Read more...

Mesti mama menang kan?

Orang kata budak kecik kalau bercakap mesti tak tipu, mesti benar belaka.

Sedang syok-syok tengok rancangan favourite terkini (yang ditonton dengan kaedah reverse, dah tau pemenang sape, baru tengok episod yang awal-awal)...
Syasya berkata-kata:
Kalau mama masuk rancangan ni mesti mama menang kan?
Syasya makan mama masak semua sedap.
Mama masak sedap.
Mesti mama menang.


Alamak.
Mama adalah sangat terharu bila Syasya cakap macam tu.
Walaupun hakikatnya, mama tau.
Makan nasi putih, taruk kicap dengan telur goreng pon Syasya leh puji mama masak sedap.

Ye ye.
Time kasih Syasya.
Mama sayang Syasya sebab Syasya puji mama masak sedap.

Hmmm..
Semua budak memang macam tu kan.
Masakan mak la masakan yang paling sedap.
Kita yang mak budak pon memang asik cakap masakan mak kita adalah paling sedap di dunia.

Kenapa judges rancangan pertandingan masakan mesti lelaki?

Yang ni pon aku tengah layan.

Pandai betul budak-budak ni masak.
Siap dengan garnishing ala-ala chef.
Mana derang belajar?

Read more...

Cuti-Cuti Company

>> 20 January, 2011

Lama betul rasanya tak pegi bercuti.
Rasanya lepas Muya ada, memang tak pegi bercuti dah.

Syasya pon sampai dah ada dialog feveret dia.
Start jer kete nak pegi memana, Syasya tanya: "Kita tido sana ke?"
Errr.. Padahal masa tu on the way nak pegi Mines jer.
Eh, bersalah betul rasanya diri ini.

Pastu tetibe opis lak plan company vacation untuk semua staf.
Yeay! Percutian free nampaknya ni.
Time kasih bos.
Termakbul gak impian Syasya nak tido 'sana'.
Hahaha.

Dekat jer percutian kitaorang ni.
Kat Port Dickson jer.
Elok la tu, dekat senang sikit.
Dah ada kuarga besar memang leceh nak pegi jejauh angkut barang banyak-banyak.

Kat Avillion Admiral Cove

Kenapa nangis Muya? Nak suh orang urut kat belakang tu ek?

Aktiviti wajib kalau ada anak.

Mandi pantai pon wajib gak la.

BBQ session di malam hari.

Kitaorang sangat menghargai percutian ini.
Walaupun Syasya demam masa tu.
Walaupun kitaorang cam selalu jer takde* di tempat kejadian.

Time kasih sekali lagi.

*Sebenarnya kitaorang tertunggu-tunggu panggilan/sms darimu, darimu dan darimu.

Read more...

Oi minyak kenapa la ko mahal?

>> 13 January, 2011

Dear minyak,

Dulu kan minyak, aku isi minyak kete kancil aku rm20 dah penuh tank.
Skang ni isi minyak rm20, lepas sikit jer dari separuh tank.
Kenapa ko mahal sangat minyak oi??

Lepas ni kan minyak, aku ingat aku nak pegi keje naik beskal jer.
Balik semula ke zaman Jepun.
Semua orang guna beskal jer.
Kete kat umah aku ingat buat perhiasan, takpon aku jadikan tukun.
Ko boleh kasi cadangan kat aku tak, minyak?

Ok la minyak.
Aku taktau nak cakap apa lagi dah dengan ko.
Tetiap tahun pon, ko suka naikkan harga.
Apa-apa je lah minyak ye~

Aku nak pinjam beskal ni, buat pegi keje.


Terima kasih.

Salam 1 Malaysia dari saya,
Pengguna minyak petrol.

Read more...

Steamboat Antarabangsa Vs Red Wok

Steamboat Antarabangsa

Feeling makan Steamboat Antarabangsa adalah tak sama langsung macam makan kat Red Wok.

Steamboat Antarabangsa: Kedai kecik, sempit.
Red Wok: Kedai sangat besar, luas.

Steamboat Antarabangsa: Binatang tak banyak pilihan.
Red Wok: Binatang adalah sangat banyak.

Steamboat Antarabangsa: Sos biasa macam sos yongtaufu. Beli kat pasar malam pon boleh.
Red Wok: Sos adalah spesel.

Steamboat Antarabangsa: RM25 per head.
Red Wok: RM30 per head.

Steamboat Antarabangsa: Ada Chocolate Fountain.
Red Wok: Takde Choc Fountain tapi ada makanan sampingan yang banyak.

Steamboat Antarabangsa: Ada peti aiskrim tapi takde aiskrim di dalamnya. Orang yang pegi beli aiskrim tak balik lagi. (Pengakuan sebenar pekerja SA)
Red Wok: Ada peti aiskrim dan ada aiskrim di dalamnya yang pelbagai perisa dan dah habis derang refill. Rajin orang yang pegi beli aiskrim tu kan?

Red Wok

Kesimpulannya...

Steamboat Antarabangsa: 1 kali pegi & takkan pegi lagi.
Red Wok: 3 kali pegi & akan pegi lagi.

Read more...

Classic Ray-Ban Aviator

>> 12 January, 2011


Cermin mata ini diberi nama Aviator kerana bentuknya macam goggle pilot yang bawak kapal terbang. Pastu company Ray-Ban memang jual cermin mata ni kat tentera laut dan tentera darat. Tu pasal nama dia Aviator.

Skang ni artis-artis semua pakai style Ray-Ban Aviator ni.
Contohnya macam...

Brangellina

Jennifer Aniston (yang lagi 2 orang tu tetibe aku tak kenal)

Artis Mesia lak...

Heliza Helmi

Nora

Dan juga...

Jellyna Jal
(Muahahaha)

Read more...

Bila Muya dah setahun


Bila umur dah setahun, kena tingkatkan daya tahan badan.
Masa Syasya dulu, Paed ada pesan bagi makan Scott's Emulsion.
Untuk meningkatkan daya ketahanan badan.
Kurangkan jangkitan-jangkitan dan sakit-sakit biasa macam selsema, bla bla bla.

Bila Muya dah setahun, Paed masih bagi pesanan yang sama.
Bagi makan Scott's Emulsion.
Hari tu dah beli untuk Syasya, tapi takmo makan.
Dah expired, pasni kena beli baru.

Paed ada tanya gak.
Muya ada kena sembelit tak?
Mama kata memang ada gak la kena sembelit.
Paed kata memang normal umur macam Muya kena sembelit.
Maka, Paed pesan suh minum Yakult.
Sebab Yakult bagus untuk perut.


Ok. Dah beli Yakult.
Tapi Syasya yang melantak semuanya.
Haiyaa. Camna Muya nak minum Syasya oiii!

Read more...

Dokoh

>> 10 January, 2011

Dokoh ialah sejenis hiasan yang tergantung di leher dan yang paling popular semenjak dua ratus tahun yang lampau khususnya di Pantai Timur.

Motif aku buat entry pasal dokoh?
Takde pape pon.
Tadi ternampak ada orang juak dokoh kat pesbuk.

Dokoh pon nak jual online kan?
Semua menda pun nak jual online.
Memang senang betul nak sopping zaman sekarang ni.
Klik-klik jer, sampai dah barang kat rumah.

Oh ye.
Aku pon ada memiliki benda bernama dokoh ni.
Dedulu masa aku kawin aku beli dokoh ni.
Tapi dokoh aku bukan bentuk rantai, dokoh aku brooch yang bercantum-cantum.
Kira dokoh gak la kan?


Wahhh.
Tetibe rasa nak letak gambar kawin dedulu dengan dokoh.
Masa ni majlis bertandang kat kampung abahgirls.
Ni gambar kat rumah atuk aku.
Rumah atuk adalah sangat dekat dengan kampung nenek abahgirls.

Wahhh.
Kurusnya memasing espeseli abah bebudak pompuan tu.
Hahaha.
Tapikan, aku still boleh pakai lagi tau baju kawin aku tu.
Maknanya aku masih kurus macam dulu kah?
Lalalala.

Read more...

Tolong ingatkan aku. Aku lupa! Aku lupa!

Hahaha.

Frasa terglamer untuk bulan Januari 2011.
Satu pasal AJL malam tadi.
Satu lagi pasal Raja Lawak musim.. err..tetibe tak ingat yang ke berapa.

Rata-rata baca komen kat facebook, semua tak suka Ana Rafali tu menang.
Aku pon terkejut gak dia menang.
Semua orang suruh TOLONG INGATKAN AKU DIRI masing-masing lepas tu.
Klaka klaka.
Oh iye. TOLONG INGATKAN AKU adalah lagu yang menjadi JUARA AJL 2010.

Cam sesuai jer, suruh TOLONG INGATKAN AKU, sebab AKU LUPA! AKU LUPA!
AKU LUPA! AKU LUPA! lak dialog Nazmi Raja Lawak yang terlatest.
Aku pon tak tengok tapi abah bebudak pompuan tu kata lawak.
Sampai Aflin Shauki pon buat lawak guna ayat AKU LUPA! tu.

Ye lah tu.
Time kasih la kawan-kawan yang buat status klakar kat pesbuk malam tadi.
Aku gelak sorang-sorang baca status & komen korang.
Saya sangat suka!
Korang sangat comel!


Untuk yang nak tau lawak AKU LUPA!

Untuk nak tau lagu Ana Rafali.
Search sendiri la yek.
Kalau tak jumpa, google & taip penyanyi pompuan pakai baju kurung.
Nanti korang jumpa la pasal AR tu.

Read more...

Akai Osei

>> 06 January, 2011

Bukan akal tau. Akai tu nama orang.

Kalau tengok si Akai ni menari, meremang bulu roma.
Selalu kalau dengar suara gemersik atau dengar cerita pasal hantu jer yang boleh buat meremang bulu roma.
Rupa-rupanya tengok orang menari pon boleh meremang bulu roma.
Itu aku la. Orang lain tak tau la camna.

Errr...Tapi kalau tengok Mari Menari tak meremang bulu roma ok.
Sorry to say.
Ngeh ngeh ngeh.





Ni la Akai. Juara Got to Dance UK.
Comel. Pandai giler menari.
Dia memang patut menang.

Apesal Mesia takmo wat rancangan menari yang macam ni?
Mencungkil bakat-bakat penari?
Lagi best kot daripada buat rancangan Mari Menari tu?

Read more...

Citer pasal sekolah

>> 05 January, 2011


Nak buat jugak lah entry pasal masuk sekolah.
Entry ni spesel sebab hanya mak-mak yang ada anak masuk sekolah jer yang boleh buat entry camni.
Mak-mak yang belum ada anak masuk sekolah, tunggu turn yek.

Sebelum pegi sekolah.
Uniform merah kuning, warna bendera Selangor tu.

Mama: Syasya bangun. Hari ni sekolah.
Syasya: Hah, cepatnye pagi! (Terus bangun dari katil tanpa berlengah lagi)
Mama: Cepatkan? Jom kita mandi.
Syasya: Yeay yeay, boleh pakai baju sekolah.

Rilek jer muka Syasya.
Tengah tunggu teacher pujuk budak yang menangis.

Yang ni lak uniform hari Rabu.
Ala Pendidikan Jasmani la ni kunun.
Patutnya tshirt lengan panjang baru sesuwai gitu.


Ok Syasya.
Mama harap Syasya belajar rajin-rajin tau.
Mama nak Syasya dapat nombor 1 setiap tahun, bley? (Pressure tak, Syasya?)
Lalalala.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP