Rawat jer terus boleh tak?

>> 23 January, 2011

Minggu lepas Muya demam.

Suhu 38.5 darjah Celcius.
Lepas makan ubat, turun jadi 38 darjah Celcius.
Antibiotik dah makan.
Tapi demam tak kebah-kebah gak lagi.
Mama dah risau.
Harus dibawak ke sepital ni.
Amik darah, x-ray dada.

Masalahnya.
Kalau pegi sepital, ada menda yang tak best.
Kena marah, kena acu soalan bertubi-tubi dengan doktor sepital.

Bab menjawab soalan tu ok.
Bab kena marah tu tak ok.

Kenapa itu doktor kasi ini ubat?
Kenapa kasi ini ubat selsema?
Ini ubat tak boleh kasi baby.

Eh doktor.
Kalau aku tau ubat apa leh kasi, aku takyah bawak jumpa ko la.
Ingat aku suka ke anak aku sakit?
Ingat aku suka ke nak bawak anak aku pegi klinik/sepital banyak kali?
Tensen betul la makcik.

Ko rawat jer terus boleh tak?
Ko takyah kondem-kondem doktor klinik lain boleh tak?
Ko takyah marah-marah kat aku yang bukan doktor ni boleh tak?
Ko ingat aku tak boleh jadi doktor gak ke kalau aku belajar rajin sket dulu? (Wah, agak poyo di situ)

Ok doktor.
Alhamdulillah Muya dah baik demam.
Selamat takyah jumpa doktor tu nak dengar dia membebel.

Muya dan Syasya, jangan demam lama-lama lagi ye anak-anak.
Nanti mama dengan abah kena marah, kena bebel dengan doktor tu.
Kitaorang tak sanggup.

2 komentar:

Ain 11:32 PM  

errr doktor tu doktor kpmc ke? hege

jellynajal 9:17 AM  

bukan kak ain, ni doktor sepital kajang. doktor cina yang scary. ehehehe.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP