Sambil menyelam minum air

>> 26 February, 2011

Dalam kereta on the way nak makan sate.

Mama bebudak pompuan tengah bercerita pasal hidup dia dengan abah bebudak pompuan.
Pastu Mama ada menggunakan ayat ini.
"Sambil menyelam minum air."

Abah pon tanya Syasya.
"Syasya, kalau sambil menyelam minum air, apa jadi?"

Syasya pon jawab dengan muka selamba.
"Tenggelam."

Hahaha.
Budak-budak kalau kasi jawapan memang jujur.

Tak tenggelam yek, Syasya?

Read more...

Nak cat putih lah

>> 22 February, 2011

Lama dah terasa nak mengecat dinding umah kaler putih.
All white.
Terasa macam suci jer kalau dinding umah kaler putih ni.
Umah pon nampak luas.

Best gak kalau dapat cat putih semua ni.
Nak-nak lagi anak-anak aku bukan jenis budak penconteng dinding.
(Alamak, riak?)
Ye anak-anak.
Ada berani conteng la yek.

Tapi putih semua cani tak sesuai.
Sofa putih?
Memang minggu depan jer jadi sofa warna kelabu.

Memandangkan umah aku memang ada elemen merah sikit-sikit.
Style macam gambar kat atas ni cun gak.
Tapi sofa tu tukar sofa merah la kot.
(Wishlist yang dah berzaman. Bila nak dapat ni?)

Hmmm.
Cantiknye bilik kaler putih...

Maka.
Abah bebudak pompuan.
Ke kedai cat, kita?

Read more...

Suar Ketat

Dulu masa darjah 6 kan.
Aku masuk bola jaring wakil sekolah.
Cikgu Badariah coach kitaorang.
Cikgu Badariah suruh kitaorang pakai suar ketat supaya pergerakan kitaorang menjadi ringan.
Leh kitaorang main bola jaring sambil terbang-terbang.
Tapi memang berhasil gak idea tu kot.
Kitaorang JUARA zon A masa tu.

Cuba teka. Yang mana satu saya? Hehe.

Tapi tu la kan.
Kalau kekecik pakai suar ketat takpe la kot.
Umur pon baru 12 tawun.

Tapi kan.
Kalau umur dah tetua ni.
Kaki pulak dah macam batang pokok ru.
Pastu pakai lak tudung.
Diulang suara.
Pakai lak TUDUNG.
Takyah kot pakai SUAR KETAT atau nama zaman sekarang LEGGING?

Tapi hakikatnya.
Tu la konsep fesyen MUSLIMAH sekarang.
Pakai TUDUNG tapi pakai SUAR KETAT.

Ke derang tu inspired by suar ketat WINGS 80-an dedolu? Cer citer, cer citer.

Read more...

Cryin' - Aerosmith

>> 19 February, 2011

Semua worang tau siapa judges baru American Idol Season 10.

Ryan Seacrest (host) , J.LO, Steve Tyler & Randy Jackson

Steve Tyler kasi wa terkenang memori daun pisang wa lah.

Dulu masa zaman baru nak kenal abah bebudak pompuan ni.
Dia suka Aerosmith.
Oleh kerana baru nak bercinta.
Aku pon kena la tau lagu Aerosmith jugak.
Ye la, nanti abah bebudak pompuan tu citer pasal lagu Aerosmith.
Nanti aku cengang-cengang kalau taktau.
Kata nak ngorat. Oops.
(Alamak kantoi, abah bebudak pompuan taktau citer ni.)

Siap pinjam cd lagu Aerosmith kat abah bebudak pompuan.
Alasan jer nak pinjam cd, sebenarnya nak jumpa.
Lalalala.

Abah bebudak pompuan pon kira kasi la hadiah cd Aerosmith tu.
Konon sebab aku suka la.
(Ye ke? Ke belikan cd pirate Aerosmith kat Petaling Street ek? Lupa lak tetibe.)
Tapi memang aku suka Aerosmith lepas dengar lagu derang.
Lagu Aerosmith bikin wa feeling la...

Antaranya.
Ini lagu lah.

Masa audition AI Season 10, play lagu ni sekejap. Alamak. Best.

Read more...

Suar pantai

Pantai tak suar kitaorang?

Best gak kalau tau menjait ni.
Suar pon boleh buat sendiri.
Pegi PD hari tu, satu family pakai suar sama.
Siang jahit seluar, malam pegi PD.

Kos Kain = RM4.80 x 4 mtr = RM19.20
Kos bahan jahitan = 80 sen (kira cincai la)
Kos upah = Free (lagi la kira cincai kan? sendiri punya)

Jumlah = RM20 untuk 4 helai suar pantai

Read more...

I Know What You Did Last Year

>> 18 February, 2011

easily lossing focus,
need to supervise to perform any tasks and assisgned,
lack motivation, need independent, initiative in work.
lack knowledge, put more effort
Comment: send to ID training
Hehehe.
Kisah silam.
Eleh.
Ingat aku tak tau?

First movie aku tengok kat wayang.

Lack knowledge?
WTH.

Read more...

Don't Doodle di Dinding

Orang kata melentur buluh biar daripada rebungnya.
Kalau nak ajar anak pon gitu gak la.
Ajar masa dia kecik lagi.

Teringat masa Syasya kecik.
Cobaan dia nak menconteng dinding rumah tak berjaya.
Tengah gembira-gembira dia baru nak start conteng dinding. (Dapat satu garisan jer)
Kena tepuk tangan dia dek mama dia.
Sekali dengan sergah.
Terkejut Syasya dibuatnya.
Sori ye Syasya.

Tapi.
Hasilnya.
Syasya tak pernah lagi membuat cobaan menconteng dinding rumah.

Bukannya mama tak kasi Syasya nak berfikiran kreatif & kritis.
Tapi biar kena pada tempatnya tau.
Kalau nak conteng tu.
Sila conteng di kertas, whiteboard, atau kat atas doodlepro tu.


Aqua Doodle Mat. Water base.
20 saat jer dia padam sendiri sebab air tu kering. Menarikkan?

Muya pon dah suka conteng-conteng.
Muya pon mama ajar conteng kat tempat yang sepatutnya.
Nanti mama belikan korang menda di atas.
Supaya korang boleh conteng-conteng sambil golek-golek.
Bestkan?

Read more...

Semua menda nak dibuatnya

>> 17 February, 2011

Hari tu kan ada kawan aku tanya.
Camne aku bahagikan masa buat semua menda yang aku suka tu.
(Situasi ni macam ala-ala aku kena intebiu dengan NONA la konon.)

Eceh.
Aku pon jawab.
Tido lambat bangun awal.
Ececece.
Lupa nak cakap kat kawan aku tu.
Bukan tetiap hari pon aku tido lambat bangun awal.
Kekadang jer tu.
Hehehe.

Pastukan.
Ada lagi satu aku lupa nak bagitau kawan aku tu.
Rahsia macam mana aku leh buat semua menda yang aku suka tu.
Dengan jayanye.

Rahsianya ialah...
Aku adakan pertandingan cabutan bertuah setiap hari dan waktu kat setiap bilik.
Mencari baju nak pakai pegi keje.
Mencari baju bebudak nak dibawak ke taska.
Mencari baju nak pegi jenjalan.

Ye.
Aku dah lama tak lipat baju.

Sekain Sekian, time kasih.


I'm not a superwoman.

Read more...

Salam Maulidur Rasul

>> 15 February, 2011

Bila sampai hari Maulud Nabi jer.
Teringat zaman kecik-kecik dulu.
Mesti ada perarakan berselawat kat kawasan flat kitaorang.
Dari nun Blok 1 sampai Blok Delima.
Pastu masuk surau.
Tengok pulak orang bernasyid.

Yang bernasyid tu bebudak kelas fardhu ain. (Aku la tu.)
Yang jadi vokal utama kumpulan nasyid tu budak pompuan. (Aku la tu.)
Wah. Kiranya kekecik lagi kesedapan vokal dah dikesan? (Aku la tu.)
Hahaha. (Ok. Mode perasan sekejap.)

Pastu kitaorang penduduk flat semua ada jamuan makan.
Best. Merapatkan silaturahim penduduk flat.
Di samping mengenang hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Ni dari Blok 1. Kitaorang akan berarak sambil berselawat ke atas Nabi sampai ujung flat lagi satu. Sonotnye time ni.

Oklah.
Mari kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Banyak kelebihannya ke atas kita.
Insya-Allah.

Read more...

Sebok la sangat

>> 14 February, 2011

Sejak dari cuti panjang raya cina tu.
Memang bz la sangat.

Bz sambut raya cina. (Oops.)
Bz kazen abah bebudak pompuan tu tunang.
Bz jait baju.
Bz wat preparation untuk masuk contest.
Bz jaga booth peranten opis punye.

Tu pasal la blog on sunyi sepi sikit dalam 2 minggu ni.
(Eleh, macam tak biasa sepi 2 bulan?)

Pendek kata.
Kira aku ni bz sangat sebab semua menda aku nak buat.
(Konsepnye.)

Pojek minggu lepas.
Tak sangka aku dah terjerumus ke kancah penjahitan.

Read more...

Adrenaline

Adrenaline ialah sejenis hormon dan neurotransmitter.
Ianya meningkatkan degupan jantung dan juga menyempitkan pembuluh darah serta melebarkan saluran udara dari sistem saraf simpatik.

Entahlah.
Aku pun macam tak berapa paham.
Yang aku tahu Adrenaline ni hormon dalam badan.
Pastu kalau kita macam bersemangat tu maknanya hormon adrenaline tengah naik.
Maknanya hormon Adrenaline ni berkait dengan jenis-jenis stress jugak la lebih kurang.


Model:
Noorita Yusof

Photographer:
Ahmad Fakhri

MUA:
Muza Nyra

Art Director:
Taher Musa

Stylish:
Jellyna Jal

Wardrobe:
Najjah from ILoveNajjah
(Dress DR3 Electric Blue, Shawl 003 Hot Pink, Inner 005 Mustard, Electric Blue & Hot Pink)


Adrenaline.
Nama team kitaorang untuk photoshoot muslimah wiken hari tu.
Kat atas tu antara gambar yang ado.
Tapi kitaorang tak hantar gambar tu la.
Kitaorang hantar gambar lain.

Sonot keje dengan team Adrenaline.
Harap-harap kitaorang menang.
Tapi. Kalau tak menang pon takpe.
Boleh dijadikan portfolio dalam bidang masing-masing.

Apapun.
Makcik banggo.

Read more...

Hantu melambai-lambai

>> 04 February, 2011

Dulu mak mentua aku pernah cerita.

Ada sorang kawan dia jenis ada 6th sense.
Ala jenis orang yang boleh nampak dunia lagi satu tu.

Mak mentua aku cerita.
Kawan dia tu penah pegi makan kat satu kedai makan ni.
Kawan dia nampak banyak hantu melambai-lambai kat kedai makan tu.
Melambai-lambai panggil orang masuk kedai makan tu.
Kedai makan tu memang ramai orang.
Kedai makan kat mana aku tak ingat.

Lepas tu ada kawan aku pon penah cerita jugak.
Jiran sebelah rumah dia pun jenis orang yang warak sikit.
Jiran sebelah dia ada cakap satu kedai feveret aku kat Kajang memang ada letak menda tu jugak.
Ok. Sebaik aku dah lama banned kedai tu.
Patut la aku makin menyampah jer dengan kedai tu.
Rupanya ada hantu melambai-lambai jugak.

Maka.
Sekarang ini.
Bila aku pegi makan kat kedai yang orang dok kecoh-kecoh sedap sangat.
Sanggup datang jejauh buta nak pegi makan kat situ.
Tapi bila aku dengan abah bebudak pompuan tu makan jer rasa tak sedap mana pon.
Kitaorang assumed kedai tu ada hantu melambai-lambai.

Ye lah.
Walaupun mungkin sebenarnya tekak kitaorang berdua yang lain dari tekak orang kot?
Bley jer kan?

Baik makan beger abah bebudak pompuan ni buat, lagi sedap!

Read more...

Junior Masterchef Ostolia


Top 12 Contestant

Ish ish.
Kalau sesape suka masak.
Ish tolong la tengok rancangan ni.
Kalau sesapa tak suka masak pon.
Ish tolong la tengok rancangan ni jugak.

Mesti nangis punya tengok budak-budak ni masak.
Umur daripada 8 tahun sampai 12 tahun.



Gile kan?
Bebudak kecik yang umurnya stended masih bersekolah rendah kalau kat Mesia.
Bebudak kecik yang boleh masak menu macam ni?

Ni yang aku teringin sangat nak makan bila tengok judges tu makan. Terliurrrr.

Cuba teka sape yang menang? Ngeh ngeh ngeh.

Scanpan Spectrum Knives.
Ha ni la pisau yang derang guna dalam Junior Masterchef Ostolia.
Comel tapi tajam woo.

Syasya & Muya!
Jom ke dapur!

Read more...

I am Gleek


Glee muncul lagi.
Abah bebudak pompuan dah donlod sampai episod 10.
Hari tu sempat tengok sampai episod 4 jer.
Pastu tak sambung-sambung sampai skang.
Sebab kena berebut laptop dengan abah bebudak pompuan tu.

Bley? Alasan lah sangat kan?
Padahal on jer laptop, bukak pesbuk, update blog.
Hehehe.

Glee Season 2 ada banyak lagu best-best.
Lagi best dari Glee Season 1.
Sebab ada lagu best-best la aku jadi Gleek.
Sebab derang nyanyi semula lagu-lagu yang best-best dengan sangat best sekali.

Walaupun realitinya.
Aku kalau tengok muka heroin dia jer, aku rasa nak lempang-lempang.
Nyanyi bukak mulut besau-besau.
Nyanyi sampai tutup-tutup mata.
Poyo yo yo on gitu.

Tengok la mulut dia menyanyi. Lempang kang baru tau.

Tak kisah la.
Yang penting aku memang suka Glee.
I am Gleek!

Jom layan lagu LUCKY - Glee Version.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP