Hantu melambai-lambai

>> 04 February, 2011

Dulu mak mentua aku pernah cerita.

Ada sorang kawan dia jenis ada 6th sense.
Ala jenis orang yang boleh nampak dunia lagi satu tu.

Mak mentua aku cerita.
Kawan dia tu penah pegi makan kat satu kedai makan ni.
Kawan dia nampak banyak hantu melambai-lambai kat kedai makan tu.
Melambai-lambai panggil orang masuk kedai makan tu.
Kedai makan tu memang ramai orang.
Kedai makan kat mana aku tak ingat.

Lepas tu ada kawan aku pon penah cerita jugak.
Jiran sebelah rumah dia pun jenis orang yang warak sikit.
Jiran sebelah dia ada cakap satu kedai feveret aku kat Kajang memang ada letak menda tu jugak.
Ok. Sebaik aku dah lama banned kedai tu.
Patut la aku makin menyampah jer dengan kedai tu.
Rupanya ada hantu melambai-lambai jugak.

Maka.
Sekarang ini.
Bila aku pegi makan kat kedai yang orang dok kecoh-kecoh sedap sangat.
Sanggup datang jejauh buta nak pegi makan kat situ.
Tapi bila aku dengan abah bebudak pompuan tu makan jer rasa tak sedap mana pon.
Kitaorang assumed kedai tu ada hantu melambai-lambai.

Ye lah.
Walaupun mungkin sebenarnya tekak kitaorang berdua yang lain dari tekak orang kot?
Bley jer kan?

Baik makan beger abah bebudak pompuan ni buat, lagi sedap!

2 komentar:

Melati 10:36 AM  

hantu melambai-lambai, seram jea kan bunyinya... kat shah alam sec7 ni rasanya penah ada orang cakap kedai tu ada hantu melambai,. kena banned jugak.

beger tu nampak sedap ada cheese, telur,. nyummm =))

jellynajal 8:30 PM  

tu la melati, menakutkan la hantu melambai-lambai tu, cuba bayangkan, tangan dia melambai-lambai panggil kita dengan muka dia yg buruk tu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP