Billowy Sleeves

>> 31 March, 2011

Auntie.
Saya mau tempah baju.
Itu tangan kasi bawah dia kembang.
Pastu, ujung dia kasi getah or ada grip.
Boleh aaa?

Ala auntie.
Tak dapat bayangkan ke?
Ini saya kasi tunjuk dia punye gambar la sama auntie.




Ok auntie.
Get it?

*Dialog kat atas tu hanya angan-angan sajokk. :P


Read more...

Always Be My Baby


Saya memang suka David Cook nyanyi lagu ni.
Dari memula dia nyanyi masa AI.
Sampai skang pon saya masih suka.
The best male version ever.
(Aku ler yang rasa gitu.)


Luv diaworang!

Read more...

i-City yang jauh itu

>> 28 March, 2011


Jauh la sangat.
Tetiap bulan balik Klang.
Kekadang lalu jer depan icity tu.
Tak penahnye nak singgah.

Syasya lak asik citer je kawan dia dah pegi icity.
Maka.
Demi merealisasikan impian Syasya tu.
Akhirnya abah dia bawak jugak ler pegi.

Syasya siap 'geli' bila sampai kat dalam icity tu.
"Ish, Syasya rasa 'geli' la."
Sambil tergedik-gedik dalam kete.
'Geli' tu excited kot?
Syasya taktau nak ekspresikan perasaan dia tu la tu.




Ok Syasya.
Nak pegi lagi ke tak?

Abah cakap takyah pegi la lagi.
Sekali cukup.
Janji orang tanya," Dah pegi icity?"
Kitaorang leh jawab, "Dah."

Read more...

Tebus Pendapatan Saya!


Yeayeah.
First time saya menebus pendapatan saya ini.
Start letak iklan Nuffnang tahun 2009.
La ni dah tahun 2011.
2 tahun dapek la RM100.
Bley ler.
Sape nak kasi.
Bukan susah pon koje.
Hapdet blog jer.

Mekasih NN.
Mekasih pembaca blog yang sudi klik iklan kat blog saya.
Mekasih kat diri sendiri yang suka klik iklan kat blog sendiri. (Eh, yg tu tak kira kan? Haha.)

Read more...

Nanak

>> 27 March, 2011

Macam Nang Nak ler pulak.
Boleh gak la dikonsider.
Muya Nang Nak.
Hehehe.

Nanak tu antara perkataan feberet Muya skang ni.
Asal sikit nanak. Sesikit nanak.
Nanak nanak nanak.
Kalau sebut nanak tu leh menanak nasik takpe la gak.
Senang sket keje mama.

Nanakkkkk. Dapat bayangkan kan kan?
Abaikan muka mak yang bughuk beno tengah makan tu.
Eh, sedap gile baban tau nasik beriani kenduri ni.
Pure Batu Pahat punye nasik beriani.

Nanakk. Yang ni sikit jer nanak dia.

Ha yang ini Muya nanak buat lagi yek.
Sian betul mama tengok Muya.
Sampai tertumuih muka dia tetido dok tunggu abah men fb.
Ish ish ish.

*Tertumuih = Tertumus/Terpelosok/Terlangkup.

Read more...

Dulu

>> 26 March, 2011

Saje nak imbas memori lama.
Terjumpa lak gambar sketch kc umahku dedolu.
Masa ni suh opismet Sarah Roha tolong merealisasikan imiginasiku.



Sama kan macam yang di sketched di atas?
Cuma kat tang microwave tu jer ada lebih ruang sket.
Tapi.
Tu duluuu.

Skang ni dapur aku ni macam.
Errr. Hmm.. Aaaa.
Takpe lah takmo citer.
Lalalalala.

Read more...

Kalkitos



Penah dengar tak?
Masa kita kecik-kecik dulu. (Yang umur ala-ala aku ler opkos.)

Ala.
Menda yang ada gambar atas kertas macam kertas tekap tu.
Menda tu sekali dengan kertas background dia.
Pastu amik pensel, kalerkan atas gambar tu.
Pastu gambar tu melekat kat atas background yang dia tu.




Ok.
Ingat tak?

Aku suka betul main menda ni dulu.
Abah aku selalu belikan.
Kalau nak beli menda ni leh tak?
Bukan untuk aku ler tapi.
Untuk Syasya la opkos.

Leh berimaginasi nak letak kat ner. Letak kat sini. Letak kat situ.

Hmm.
Sume menda nak beli.
Kan best banyak duit.
Sume menda leh beli.
Kan?

Read more...

Menggelabah gaban

>> 25 March, 2011

Orait.
Gaban pon tak menggelabah macam ni.
Makcik dah lama suka kat botol ni.
Malahan makcik pernah wat entry pasal botol ni.



Tapi.
Makcik lom terpanggil untuk beli botol ni.
Akan tetapi.
Makcik rasa kali ni makcik akan tertewas.
Sebab makcik baru tau yang botol ni ada warna MERAH!

Ok. Korang memang VOUGE lah!

Kalau beli sarung dia tu, leh sangkut macam ni yek makcik-makcik.

Ok Muya.
Tunggu minggu depan yek.
Muya akan dapat ini motol mulat wane MERAH yang vogue the vass!

Syasya.
Dun worry.
Botol di atas pulak adalah untuk Syasya.

Tunggu ye anak-anak!

Read more...

Mengada-ngada

>> 24 March, 2011


Sangatlah kan kalau plastik beg ikea ni pon ko nak beli.
Tapi.
Comel la pulak.
Leh masukkan roti sapu mayonis untuk Syasya bawak pegi sekolah.
Re-sealable pulak tu.
Boleh digunakan berkali-kali. (Kalau Syasya tak buang lah.)
Freezer-safe.
Leh digunakan untuk simpan ayam ikan daging.
Gile.
Mengada-ngada sangatkan?

Read more...

Kasut Renda

>> 18 March, 2011

Taktau la kasut renda ni trend sekarang ke tak.
Kalau untuk wedding tu memang biasa la kot kasut renda ni.
Tapi macam cantik la pulak kasut renda ni.
Berkenan pulak rasanya diri ini.


Yang ni Givenchy. Suka kaler dia.
Rasanye kalau pakai yang ni, kaki tak cantik sangat pon takpe kot?


Yang ni Stuart Weitzman.
Selalu kalau lace hitam terbayang pompuan filem porno.
Tapi kasut renda ni tak kot?


Haa. Yang ni cantik kan? Seksi tapi sweet gittew.
Yang ni kalau aku pakai, hmmm. Ntah. No komen.

Sayasukaberangan.com.

Read more...

Oh Kecewa!

Alamak.
Baru lepas berborak-borak dengan incik wahdi.
Dia kata Day Bed Ikea idamannya yang juga idamanku dah discontinue!

Suka sangat yang kaler putih ni.


Oh no no no!
Ingatkan nak beli Day Bed ni letak dalam bilik Syasya Muya.
Boleh la siang dijadikan sofa.
Malam dijadikan katil.
(Tapi sorang je la boleh tido atas tu yek.)

Alahai.
Kompunan terkonang juo.
Nyesal tak beli time ada dulu.
Standard la kan suka tangguh-tangguh.
Ha kan padan muka.
Terus tak dapat langsung.

Baru berangan nak susun bantal kecit-kecit cani nanti.

Kalau letak dalam bilik tetamu pon best.
(Eh, ada ke bilik tetamu? Haha)

Ish.
Semua menda nak beli la gamaknye.

Read more...

Mimpi beli sling bag

>> 17 March, 2011

Dua hari lepas mimpi beli sling bag.
Memang dah lama bebeno nak sling bag.
Ntah bila ntah nak beli.
Tatau la.
Sampai dah mimpi-mimpi.
Haru.

Oh sling bag!

Sebenarnya.
Kalau dah beranak pinak ni senang ada sling bag.
Beg kompem melekat jer kat badan.
Nak amik beg duit ke henpon ke senang.

Hmmm.
Nak masuk dalam wishlist la.
(Masuk kan ajer, beli ntah bile)

Read more...

Red DSLR

>> 16 March, 2011

Canon EOS 1100D

Halamak ai.
DSLR merah wok.
Kalau dulu aku tak beli lagi si Blackie.
Kompem aku beli DSLR merah ni.

Ada 4 kaler yek.

DSLR dah ada warna dah skang.
Terbaek!
Harga? RM1999 jer.


Read more...

Macam Artis

>> 11 March, 2011

Suatu hari.
Nak pegi berjalan.
Pegi berdua je dengan Syasya.
Muya ditinggalkan dengan abah bebudak pompuan tu.
(Sian Muya, nanti Muya dah besar, mama bawak yek.)

Di perkarangan porch kete.
Mama: Syasya! Kenapa rambut serabai ni? Pegi amik sikat kat dalam umah sekarang!
Syasya: Ok!

Sikat tersebut di bawa masuk ke dalam kete.
Mama: Sikat rambut tu. Serabut la mama tengok.
Syasya: Dah sikat dah. Macam artis kan, mama?
Mama: Hah macam artis? (Buat-buat terkejut.)
Syasya: Ye la. Dah sikat rambut cantik-cantik, macam artis la kan.
Mama: Hehehe. A'ah betul la tu. Macam artis. (Sambil terkenang kat diri sendiri yang memang suka sebut perkataan 'macam artis' tu.)
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.
Kan?

Senyum 'macam artis'.

Read more...

Phlox

Raya tahun ni abah bebudak pompuan tu kata nak baju theme purple.
Kalau ikut PANTONE, Phlox antara warna pilihan untuk 2011.

Cantikkan?

ADAM by Adam Lippes


Read more...

Nak pakai puting tak?

>> 10 March, 2011

Syasya,
Kalau mama tau ada jual puting macam ni masa dedolu.
Dah lama mama belikan Syasya.

Gigi arnab
Gigi emas

Gigi jongang

Gigi jongang dan bersepai

Syasya,
Kalau dulu mama belikan Syasya puting cenggini.
Agak-agak Syasya sanggup tak pakai puting?
Mesti Syasya tak sanggup kan?

Macam ni la muka Syasya kalau pakai puting tu.


Syasya nak ke gigi Syasya macam ni?

Tapikan.
Sebenarnya.
Mama lebih tergoda nak belikan Syasya puting kaler gold ni.
Ala-ala fabulous gitu.


Sebaik Syasya tak pakai puting dah kan?
Muya pon memang takmo berputing.
Maka.
Sebaik sangat lah.
Kalau tak memang mama dah rembat seketul.

Oh iye.
Puting-puting ini berjenama Billly Bob.

Read more...

Colorstrology

>> 03 March, 2011

Tadi sebenarnya.
Saja skodeng PANTONE sebab nak pilih warna baju raya tahun ni.
Sekali tu terklik lak kat link Colorstrology.
Tergatal tangan lak nak tengok diri ini kategori warna apa.
Eh macam best pulak.

Aprilstrology.
Cantik la warna bulan April.
Cayenne.
(Biased, aku kan memang suka merah)

Pastu pilih tarikh lahir lak.
Jeng jeng jeng.
Owh oh oh. Warna Ultramarine.
Sesuai ke dengan kulit aku?

Cer bace. Cer bace.
Creative? Talented? Lovely Voice?
Owh patut laa...
Lalalala.

Dah tu?
Raya tahun ni kaler apa?

Read more...

Krisis Lemari Pakaian

Ooo.
Bila kita bukak almari baju kita nak pilih baju. (Eh, penah bukak ke?)
Ataupun.
Bila kita buat cabutan bertuah kat longgokan baju untuk pilih baju. (Ha, ni baru betul.)
Dalam banyak-banyak baju yang ada tu.
Last-last kita cakap, "Alamak, takde baju nak dipakai."
Itu tandanya.
Kita sedang mengalami krisis lemari pakaian.

Mengapakah hal ini berlaku?
Menurut kata stylish (eh, aku la tu kan?)
Krisis ni bukan sebab kuantiti baju tu yang buat kita rasa banyak sangat baju sampai tatau nak pakai yang mana.
Tapi dek sebab, kita ada feberet baju kita yang buat kita nak pakai baju tu banyak kali atau kerap.

Ini bermakna.
Lenkali, kalau pegi beli baju.
Sila pastikan baju yang nak dibeli tu.
Betul-betul baju feberet kita.
Bukan sebab baju tu murah sebab diskaun.
Bukan sebab baju tu patung pakai cantik.




Bila la nak dapat lemari pakaian macam derang-derang ni ek?

Read more...

Mayat

>> 02 March, 2011

Hehehe.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP