3 perkara pelik di Mesia

>> 18 April, 2011

Kekadang aku awal sampai opis.
Aku tak pegang kunci opis.
(Sebab nanti aku yang susah.)

Maka.
Aku bekpes kat kedai mamak bawah sambil tunggu orang lain bukak opis.

Hari ni aku dengar perbualan meja depan aku.
Orang-orang keje kat MAJUIKAN depan tu.
Giler kuat brader ni bercerita.
Memang dia saja nak kasi aku dengar kot.

Bla bla bla. (Aku tak dengar sangat.)
Ada 3 perkara pelik yang orang ni kata kat dia.
Rasanya orang yang bercakap kat dia tu foreigner.
Orang negara mana aku tak dengar.

Ok.
Ni la citer brader tu:

Perkara pertama: Pelik tengok orang Mesia ni makan. Semua lauk dicampur-campur dalam satu pinggan. Kalau kat negara dia, orang makan lauk asing, letak dalam mangkuk lain.
Perkara kedua: Orang Mesia ni primitif. Sebab masuk toilet pastu guna cebok lepas toot toot. Very the primitive.
(Time ni kengkawan dia yang lain dah gelak.)
Perkara ketiga: Pelik dengan orang Mesia ni. Naik motor pakai jacket terbalik. Memang pelik sungguh katanya.
(Kengkawan brader tu gelak besar. Part ni aku tak tahan nak tergelak. Maka, aku pura-pura pegang henpon konon baca mesej kelakar kat henpon aku. Padahal aku tergelak sebab citer brader tu. *Matilah cover.)

Pelik kan orang Mesia? Egegege.
*Gambar ehsan gugel.

1 komentar:

suez 1:09 AM  

perkara pertama: aku mmg kategori makan nasik gaul semua lauk. baru sebati beb. hingga ade org ingat aku nak bagi kucing makan. huhu.

perkara kedua: aku tak faham sgt apa maksud dia. depends pada toilet tu la kan, kalau cebok je yg ada, terpaksa la guna tu je. yg pasti, mesti guna air. aku lagi pelik tengok org cuci tak guna air. erk.

perkara ketiga: takde experience sgt sbb bukan kaki motor. tapi aku lagi pelik tengok mat/minah motor yg bawak motor tak pakai helmet. bile masuk jalan besar sikit, baru amik helmet ngan sebelah tangan n sarung kat kepala. konfemla tak ikat helmet tu kan? org mesia ni ikut peraturan hanya sbb takut kene saman, bukan sebab keselamatan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP