Handbag Merah

>> 23 July, 2011

Lama dah aku tak wat entry berangan.
Tetibe tengok gambar member aku kepit handbag merah kat ketiak.
Tetibe je rasa nak berangan tengok gambar handbag merah.
Sambil berangan kepit handbag merah kat ketiak jugak.


Lawa lak COACH ni sebab padanan warna merah dan juga purple. I loikee!


Ha yang ni MULBERRY, dah lama aku ngidam nak handbag pattern camni. Ala-ala bag bungkus kain.

Yang ni lak DKNY. Lawa kalau ikat scarf lembut kat tepi tali pemegang dia tu. Design handbag ni bese-bese jer. Tapi aku suka tang kulit croco tu.


Ini GUESS. Sekali sekala pakai handbag stripey cun gak per. 
Aku kan kuda belanggg. (Time kasih *Cikgu Ryan kerana gelarkan saya nama ini. Memang saya suka belang-belanggg.)

Ok.
Puas hati dapat mengamalkan tabiat lama ni.

*Cikgu Ryan: Cikgu kelas masa darjah 6. Dia anti dengan aku sebab suka sangat kuar time kelas pegi bersukan. Tu yang dia panggil aku KUDA BELANG. Tapi cikgu, saya juga salah seorang best student kat sekolah kan? :)

Read more...

Hejadi Syasya 5 Tawun

>> 01 July, 2011

Alamak.
Baru aku perasan.
Aku tak buat entry pasal hejadi Syasya.
Tak boleh woo.
Ini salah satu cara nak aku nak mengenang hejadi anak-anak.
Esok bila bosan-bosan nak mengenang masa silam.
Boleh bukak blog, carik entry hejadi.
Leh mengenangkan diri yang masih muda masa dedolu tu.

Jadi.
Marilah kita flash back apa yang berlaku di hejadi yang ke-5 tawun budak Syasya itu.

Memula kejut bangun pepagi.
Nak pegi The Mines nak belanja Syasya tengok Kungfu Panda 2.
Dah belanja Syasya tu, opkos la kena belanja sumorang.
Ecece. Macam aku plak yang belanja.

Besar dah anak-anak dara saya.
Syasya memang mesra camera. Muya bukan mesra camera.

Lepas tengok Kungfu Panda 2 yang best itu.
Pegi makan donut lak.
Biasa la bebudak kan memang suka donut.
Mak bapak budak pon suka donut gak.
(Tekak kitaorg skang ni prefer JCo donut)

Eh Syasya. Bukan ke tu Choreo mama?
Syasya kena terima kenyataan. Adik memang akan suka enterprem.

Lepas dah makan donut.
Misi mencarik kek hejadi Syasya la.
Apa lagi.
Selagi aku tak beli, selagi tu disalaknye aku ni.
Time beli kek tu.
Memacam la minah tu mengepaw mak dia.

Antara yang dipaw. Topi party itu. 
Menda wajib ada pada setiap hejadi anak-anak saya.
Biar takde besday party pon. Tapi kek mesti ada.
Camtu la Syasya, kalau ada adik. Dia mesti enterprem punye.
Keluarga si Syasya.
Sedapkan Syasya kek tu walaupun murah ajer. Oops!
Biasalah. Takde drama tak sah.
Maka.
Berakhirlah sambutan hejadi Syasya bersama kuarga terchenta.

Akan tetapi.
Tiba-tiba...

NenekAtonSyasya datang bersama-sama nekuda & makcik-makcik Syasya membawa sekotak KFC.
Tidak lama selepas itu pula (wah ayat bahasa melayu).
TokTeh & NekTeh juga sampai bersama-sama dengan Aunty Shila.
Membawa sebijik lagi kek hejadi.
Wah wah wah.

Maka. Dengan itu lilin sekali lagi dinyalakan.
Kelihatan Syasya malu-malu di situ.
Dan Syasya, meniup lilin kek hejadi sekali lagi.

Happy 5th Birthday, Syasya!
Mama loves you so much.
Kalau mama pukul Syasya tu bukan sebab mama tak suka Syasya.
Tapi sebab mama nak ajar Syasya jadi budak yang sopan santun, berbudi bahasa.
Oke Syasya?

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Top 5 Komenters

Widget by Blogger Gadgets

Terjah dari Mana?

free counters

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP